Mana Mau Lari | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Ahadiat Akashah |
Dihasilkan oleh | Eksekutif
|
Dibintangi | |
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | |
Tarikh tayangan | 27 November 2014 |
Masa tayangan | 85 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Mana Mau Lari merupakan sebuah filem komedi pengembaraan Malaysia 2014 arahan Abdul Razak Mohaideen, lakonan Saiful Apek, Yassin Yahya, Tauke Jambu dan Shuk Balas. Ia mengisahkan tentang persahabatan diantara empat orang penunggang motosikal berkuasa tinggi menolong antara satu sama lain selepas sebuah daripada motosikal mereka hilang ketika dalam pengembaraan. Filem ini ditayangkan pada 27 November 2014. Saksikan Mana Mau Lari Mulai 27 November Khamis 12:00 Malam Tayangan Serentak Di Astro Citra Astro Warna & Astro Maya HD [1][2]
Sinopsis
Sebuah geng Harley Rider yang bernama “Kassem Selamat” yang terdiri daripada Abang Pen, King, Kapten dan Kyo memutuskan untuk pergi bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen di pertandingan “motor-cross” baru-baru ini. Di chalet berkenaan, motor Abang Pen telah dicuri oleh seorang penunggang misteri misteri. Atas dasar setiakawan, mereka berempat memulakan pencarian yang bakal menguji persahabatan dan keberanian mereka! Dalam misi “memburu” penunggang misteri, banyak kejadian pelik, lucu dan ngeri telah mereka harungi. Abang Pen yang melihat keadaan iti akhirnya mengalah dan merancang untuk pulang. Sewaktu mereka singgah di chalet di mana Abang Pen kehilangan motornya, mereka terkejut kerana melihat motor Abang Pen masih di tempat asal dan seperti tidak pernah disentuh! Siapakah pencuri yang mereka kejar? Adakah mereka bermimpi? Tetapi apa yang mereka tempuhi benar-benar terjadi. Ini menimbulkan keraguan pada mereka bahawa adalah selama ini motor itu dicuri hantu.
Pelakon
Pelakon utama
- Tauke Jambu sebagai Abang Pen
- Yassin Yahya sebagai King
- Shuk Balas sebagai Kapten
- Aliff Yasraff sebagai Kyo
Penampilan khas
- Saiful Apek sebagai Pencerita / Suara Latar / Tak Tau
- Delimawati sebagai Hantu Kak Limah
- Dira Abu Zahar sebagai Gadis Jelita
- Sathiya sebagai mekanik
- Ruminah Sidek sebagai Mak Cik Sata
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Pondan
- Abu Bakar Omar sebagai Pak Lebai
- Tania Hudson sebagai penyambut chalet
- Farah Nabilah sebagai penyambut tetamu
- Ropie Cecupak sebagai pekerja pam minyak
Pelakon tambahan
- Ezzaty Abdullah sebagai mangsa rogol
Penerbitan
Mana Mau Lari diarahkan oleh A Razak Mohaideen dengan skrip ditulis oleh novelis terkenal Ahadiat Akashah, ia merupakan filem pertama arahannya dalam tempoh dua tahun selepas kali terakhir menduduki kerusi sutradara menerusi dua filem arahannya, Bujang Terlajak dan Ngorat yang kedua-duanya ditayangkan pada 2012.[3] Ketika penggambaran dijalankan, satu insiden kemalangan telah berlaku melibatkan Yassin dan pelakon baharu, Aliff Yasraff.[4]
Filem ini turut mendapat tajaan dari jenama motosikal berkuasa tinggi terkenal, Harley-Davidson.[5] Penggambaran dijalankan selama 28 hari meliputi beberapa lokasi termasuk Putrajaya, Shah Alam, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru.[6]
Keluaran dan sambutan
Mana Mau Lari ditayangkan pada 27 November 2014.
Rujukan
- ^ "'Mana Mau Lari' 100% Tentang Bikers, Bakal di Pawagam November Ini". Malaysia Digest. 24 Oktober 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
- ^ "Mana Mau Lari Bakal Menggegar Pawagam". Astro Shaw. 2 Disember 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
- ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Julai 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (26 Oktober 2014). "Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 27 Julai 2015.
- ^ "Lima perkara menarik tentang filem 'Mana Mau Lari'". Astro Awani. 28 November 2014. Dicapai pada 27 Julai 2015.
- ^ Akmaliah Razak (1 November 2014). "Mana Mau Lari percaturan Razak Mohaideen". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Julai 2015.