Koordinat: 4°29′07″N 100°55′09″E / 4.48525°N 100.91929°E
Maktab Rendah Sains MARA Parit مكتب رنده ساءين س مارا ڤاريت | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
Lot 3836, Mukim Belanja Jalan Parit - Tg. Belanja Parit, 32800, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Parit |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Mei 2012 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | Puan Arifah Ilyana Binti Abdul Rahman |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Hassan bin Ghazali |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | Tuan Hj. Mohd Ferdawos bin Razali@Ghazali |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Puan Sahani Binti Samat |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Wisdom Creates Excellence |
Nama alumni | ANSARA Parit |
Laman sesawang | parit |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA Parit (singkatan: MRSM Parit) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Parit, dalam daerah Perak Tengah di negeri Perak. Maktab ini merupakan MRSM ke-7 di Perak dan yang ke-48 di Malaysia[1]. Maktab yang dibina atas tanah ladang getah yang berleluasan 54 ekar ini terletak 2km dari pekan Parit dan 36km dari bandar Ipoh
Sejarah
Penubuhan maktab
Pada 21 Mei 2012 mula beroperasi dengan jumlah guru dan kakitangan seramai 45 orang. Seramai 251 orang pelajar kumpulan pertama yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah didaftarkan di maktab ini pada 18 Jun 2012.
Pada tahun 2013, MRSM Parit mula melaksanakan program dwisijil iaitu gabungan kurikulum kebangsaan (SPM) dan International General of Secondary Education (IGCSE).
Senarai pengetua
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Tuan Hj Abd Majid bin Abd Ghani | 21 Mei 2012 | 3 Ogos 2015 |
En. Kherman Shah bin Ibrahim | 14 September 2015 | 12 Jun 2017 |
En. Ismail bin Deraman | 13 Jun 2017 | 15 Disember 2019 |
Tuan Hj. Nazrul Hisham bin Mohamad Tahir | 23 Disember 2019 | 26 November 2023 |
Pn. Arifah Ilyana Binti Abdul Rahman | 27 November 2023 | - |
Lagu rasmi
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan