Koordinat: 5°42′10″N 100°26′15″E / 5.70266°N 100.43761°E
Maktab Rendah Sains MARA Merbok مكتب رنده ساءين س مارا مربوك | |
---|---|
Alamat | |
Jalan Lembah Bujang Merbok, 08400, Kedah Malaysia | |
Maklumat | |
Nama lain | MRSM Merbok |
Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
Ditubuhkan | Januari 2007 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Roslan bin Hj Mohamed Salleh |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Hanafi bin Ahmad Kamal |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Edeey Ameen bin Ibrahim |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | En. Adli bin Abdullah |
Sistem pendidikan | SPMRSM Program Premier |
Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Together Everyone Achieved More Success |
Nama alumni | ANSARA Merbok |
Laman sesawang | merbok |
Pintu depan MRSM Merbok | |
Kali terakhir dikemaskinikan: November 2022 |
Maktab Rendah Sains MARA Merbok (singkatan: MRSM Merbok) merupakan sebuah institusi MRSM yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak kira-kira 15 km dari bandar Sungai Petani, Kedah, berhampiran pekan Merbok. MRSM Merbok merupakan institusi MRSM ke-35 ditubuhkan dan ianya dirancang dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8). Visi MRSM Merbok ialah Menjadi pusat kecermelanagn pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia, manakala misi maktab ialah Menyediakan Pelajar Bumiputera Yang Berpotensi Tinggi Dalam Bidang Sains Dan Teknologi.
Sejarah
Penubuhan maktab
Majlis peletakan batu asas MRSM Merbok telah disempurnakan oleh Tun Daim Zainuddin, Ahli Parlimen Merbok, pada 10 Oktober 2003. Kini, MRSM Merbok tersergam indah di atas tanah seluas 45.95 ekar (termasuk tanah yang belum dibangunkan), di kawasan Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman. Syarikat Jurutera Perunding Fajar Sdn. Bhd. merupakan perunding yang merekabentuk dan menyiapkan bangunan MRSM Merbok[1].
MRSM Merbok mula beroperasi pada 3 Januari 2007. Pentadbirannya diketuai oleh seorang Pengetua dan dibantu oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar serta seorang Penolong Pegawai Tadbir (Kanan). MRSM Merbok mempunyai 58 orang guru dan 30 orang staf pentadbiran pada ketika itu.
Kumpulan pelajar perintisnya seramai 409 orang mula melapor diri pada 18 Mac 2007. Mereka terdiri daripada 123 orang pelajar tingkatan satu dan 286 orang pelajar tingkatan empat. Selain itu, pada 20 Mac 2007, MRSM Merbok menerima 356 orang pelajar MRSM Pengkalan Hulu yang ditempatkan sementara di sini. Kumpulan pelajar MRSM Pengkalan Hulu tersebut terdiri daripada 116 pelajar tingkatan satu dan 240 pelajar tingkatan empat.
Pada bulan Disember 2007 lebih seratus orang pelajar tingkatan 4 berpindah ke MRSM-MRSM lain. Calon SPM 2008 adalah seramai 423 orang. Pada semester 2 2007, Program Gempur Gemilang PMR dan SPM telah dilancarkan dengan sasaran 100% 1A SPM 2008 dan 100% A PMR 2009. Pada bulan Januari 2008, Pengetua Pn. Rohana bt. Mohd. Yunus mengumumkan sasaran MRSM Merbok menjadi MRSM no. 1 di Kedah pada SPM 2008.
Pada tahun 2009, MRSM Merbok telah memperolehi keputusan SPM yang membanggakan apabila mendapat menduduki tangga ke-8 dalam keputusan SPM 2008 bagi MRSM seluruh Malaysia.
Senarai pengetua
Nama | Mula berkhidmat | Tamat berkhidmat |
---|---|---|
Puan Rohana binti Mohd Yunus | 2007 | 2012 |
Tuan Hj. Ahmad Nazir bin Lateh | 2012 | 2018 |
Encik Rusidi bin Mustapha | 2019 | 2023 |
Encik Roslan bin Hj Mohamed Salleh | 2023 | sekarang |
Kemudahan
Akademik dan pentadbiran
Penginapan pelajar
Sukan dan rekreasi
Lagu maktab
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
- ^ "Company Projects". Syarikat Jurutera Perunding Fajar Sdn. Bhd. Dicapai pada 16 November 2022.
Lihat juga