Yang Berbahagia Dato' Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif | |
---|---|
Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-15 | |
Menyandang jawatan 15 Ogos 2024 | |
Didahului oleh | Kamarulzaman Mat Salleh |
Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) | |
Dalam jawatan 20 Januari 2018 – 19 Januari 2024 | |
Didahului oleh | Joan Clos |
Pemangku Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Nairobi (UNON) | |
Dalam jawatan Januari 2019 – 8 Januari 2020 | |
Didahului oleh | Hanna Tetteh |
Digantikan oleh | Zainab Bangura |
Datuk Bandar Pulau Pinang | |
Dalam jawatan Julai 2017 – Disember 2017 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia | 26 Ogos 1961
Kewarganegaraan | Malaysia |
Tempat belajar | Institut Sains dan Teknologi Universiti Wales |
Laman web | unhabitat |
Maimunah binti Mohd Sharif [1] (lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, 26 Ogos 1961; umur 63 tahun) ialah seorang perancang bandar di Malaysia. Beliau ialah Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).[2] Beliau bermula pada Januari 2018 dan menjadi wanita Asia pertama berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat.[3][4] Pada 20 Januari 2022, beliau dipilih semula, untuk penggal dua tahun yang berakhir pada 19 Januari 2024 oleh Perhimpunan Agung PBB.[5]
Dari Januari 2019 hingga Januari 2020, beliau juga secara serentak berkhidmat sebagai pemangku ketua pengarah Pejabat PBB di Nairobi (UNON).[6][7] Beliau menyandang tahap Pembantu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sistem PBB dan menduduki Lembaga Ketua Eksekutif PBB bagi Penyelarasan dan Kumpulan Pengurusan Kanan Setiausaha Agung.[8][9]
Sebelum pelantikan beliau sebagai pengarah eksekutif UN Habitat, Maimunah pernah menjadi Datuk Bandar Pulau Pinang, Malaysia.[10] Sebelum itu, beliau ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai dari 2011, dan merupakan wanita pertama dilantik mengetuai sesebuah kerajaan tempatan.[11]
Bermula 15 Ogos 2024, Maimunah mula berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.[12]
Pendidikan
Mendapat pendidikan di University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar). Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar).[13]
Beliau turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2023.
Anugerah dan pengiktirafan
Darjah kebesaran raja
- Malaysia
- Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 2008
- Pulau Pinang
- Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) - Dato' (2014)
- Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Dato' Seri (2018)
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2020)
Rujukan
- ^ "LAWATAN OLEH UN HABITAT KE PUTRAJAYA". Majlis Keselamatan Negara Malaysia. 12 August 2022. Dicapai pada 3 September 2022.
- ^ "Ms. Maimunah Mohd Sharif of Malaysia elected new Executive Director of UN-Habitat – UN-Habitat".
- ^ "IUT – Datuk Maimunah Mohd Sharif – the first Asian female head of UN-habitat". www.iut.nu. Dicapai pada 2020-08-27.
- ^ Basyir, Mohamed (2017-12-23). "Penang mayor first Asian to be appointed UN‑Habitat executive director | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-27.
- ^ "Ms. Maimunah Mohd Sharif of Malaysia - confirmed by General Assembly decision as Executive Director of the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat)l".
- ^ "Office of the Director-General - UNON". unon.org.
- ^ "Ms. Zainab Hawa Bangura of Sierra Leone - Director-General of the United Nations Office at Nairobi (UNON) | United Nations Secretary-General". www.un.org. Dicapai pada 2021-11-04.
- ^ "Board Members | United Nations - CEB".
- ^ "Senior Management Group | United Nations Secretary-General".
- ^ "Maimunah takes over on island while Rozali assumes Seberang Prai post".
- ^ "From mayor of Penang to 'Mayor of the World'". Malaysiakini. 8 July 2018.
- ^ Yamin, Essa Abu (2024-08-14). "Dr Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-14.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-malaysia/maimunah-dilantik-datuk-bandar-kuala-lumpur-mulai-15-ogos-483490. Dicapai pada 2024-08-15. Missing or empty
|title=
(bantuan)