Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta | |
---|---|
![]() Salinan dari Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta , abad 5 SM, Muzium India, Kalkota | |
Bahan baku | batu sekis |
Ukuran | 8-9 cm x 66 cm |
Dibuat | Abad 5 M |
Ditemukan | Provinsi Wellesley, Penang, Malaysia |
Lokasi sekarang | Muzium India, Kolkata |
Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta ("Penjelajah Agung Buddhagupta") ialah sebuah batu bersurat Budha dari abad ke-5 M yang ditemukan di Provinsi Wellesley, Pulau Pinang, Malaysia. Prasasti ini ditemukan tahun 1834 oleh Kapten James Low, dari Syarikat Hindia Timur Inggeris.[1]
Batu bersurat ini terbuat daripada batu sekis, selebar 8–9 cm dan setinggi 66 cm .[1] Saat ini, batu tersebut disimpan di Muzium India di Kolkata.[1]
Batu bersurat ini menggambarkan ilustrasi stupa Budha.[1] Tulisannya ialah Brahmi dari India Selatan dan sangat mirip dengan prasasti raja Purnawarman.[1] Buddhagupta mengumumkan dalam Batu bersurat ini bahawa beliau berasal dari Raktamartikka yang di perkirakan ialah Rajbadidanga di Bengal.[1]
Batu bersurat ini merupakan contoh hubungan India dengan Asia Tenggara pada masa lampau dan juga hubungan antara agama Budha dengan Perdagangan.[2]
Batu bersurat lain dari Mahanavika Buddhagupta ialah "Prasasti Sungai Mas I", sebuah batu bersurat Budha, yang ditemukan di Kampong Sungai Mas, Sungai Petani, Kedah dan bertahun sekitar abad ke-5-6 M.[1][3] Batu ini sekarang[bila?] ada di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Malaysia.
Rujukan
- ^ a b c d e f g Jacq-Hergoualc'h, Micheal (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad) (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 214–220. ISBN 978-90-04-11973-4.
- ^ Elisseeff, Vadime (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 56. ISBN 978-1-57181-221-6.
- ^ "Sungai Mas stele". www.metmuseum.org.