Koordinat: 23°20′N 88°13′E / 23.34°N 88.22°E
Benggala (Bahasa Benggali: বঙ্গ Bôngo, বাংলা Bangla, বঙ্গদেশ Bôngodesh atau বাংলাদেশ Bangladesh) merupakan wilayah terletaknya di bahagian timur laut rantau Asia Selatan. Pada masa ini, Benggala dibahagi kepada dua wilayah geopolitik iaitu:
- Benggala Timur yang menjadi negara Bangladesh yang merdeka
- Benggala Barat merangkumi Tripura, Jharkhand, Assam yang masuk dalam wilayah India
Suku majoriti yang mendiami wilayah Benggala disebut sebagai orang Benggali. 68 peratus penduduk rantau ini menganuti Islam, 27 peratus Hinduisme, 3 peratus Buddhisme dan 1% agama Kristian.