EYE | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Mentari (1987–1993) |
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Rock, hard rock, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal Gitar Bass Dram |
Tahun aktif | 1987–2004 |
Syarikat rakaman | Fantasia Music City |
Pengkarya berkait | Arrow, Rio |
Bekas ahli | Izam (Vokalist) Amir (1st Guitarist) Kamal (2nd Guitarist) Ijam (Bassiat) Mazni (Drummer) |
Kumpulan EYE merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1987 di mana anggota kumpulan ini telah bertukar ganti sehinggalah ia mula dikenali pada tahun 1993. Kumpulan ini diketuai oleh Izam. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan EYE merupakan kumpulan penyanyi kedua yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City atau ringkasnya FMC, iaitu selepas, Kumpulan Arrow.
Sejarah
Penubuhan awal
Kumpulan EYE ditubuhkan pada tahun 1987 di Gopeng, Perak oleh pasangan adik-beradik kembar Mohd Azmi Arshad (Amir) sebagai pemain gitar utama dan Mohd Izam Arshad (Izam) sebagai penyanyi utama. Turut dibarisi oleh Kiss (gitar kedua), Ari (bass) dan Man (dram), kumpulan yang pada asalnya menggunakan nama Mentari. Kumpulan ini sejak ditubuhkan apabila kerap mendapat undangan untuk membuat persembahan di pesta ria, kelab, konsert-konsert mini dan majlis-majlis perkahwinan di seluruh Malaysia. Antara pengaruh awal bagi Mentari ketika itu adalah kumpulan heavy metal dari luar negara seperti Iron Maiden dan Black Sabbath. Bagaimanapun, kumpulan ini mula dikenali ramai setelah menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88 pada tahun 1988. Mentari pernah mendapat peluang untuk merakam lagu dalam album kompilasi War Rock 3 (1989). Kemudian pada tahun 1990, Kiss, Ari dan Man pula mengambil keputusan keluar dari Mentari kerana mereka bertiga ingin menyertai kumpulan Putra yang diketuai oleh Nik. Tinggallah Amir dan Izam sahaja dan secara rasmi akan berkubur kumpulan ini dengan kekosongan pemain gitar irama, pemain gitar bes dan dram. Pada tahun yang sama, kembali mengaktifkan kumpulan ini, kebetulan Amir yang sudah mengenali Amy yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Handy Black seorang pemain dram, Amir meminjam khidmat Amy. Izam pula memperkenalkan Opie yang merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Bloodshed dan Man Greng yang merupakan bekas pemain gitar bes kumpulan Gersang kepada Amir seorang pemain gitar irama dan bes. Amir tertarik dengan karekter dan aksi Opie menggalas posisi gitar kedua dan Man Greng bermain bes dan terus mempelawa Opie dan Man Greng menyertai kumpulan Mentari untuk menggantikan tempat Kiss sebagai pemain gitar kedua dan Ari sebagai pemain bes. Tidak lama secara kebetulan Amy sekaligus menyambung khidmatnya bersama Mentari. Kemudian pada tahun 1991, Amy menarik diri dari kumpulan tersebut setelah dipanggil oleh rakan lamanya, Zuar XPDC (ex-Babylon) untuk menyertai kumpulan XPDC menggantikan Lee Space. Sebagai pertukaran, Lee Space kemudiannya mengisi posisi yang ditinggalkan Amy. Pada tahun yang sama, Man Greng pula disingkirkan kumpulan itu kerana ingin menubuhkan menubuhkan yang di beri nama Keno dan kekosongan itu digantikan oleh Badd yang merupakan bekas pemain bes kumpulan Handy Black dan Scandals. Pada masa yang sama juga, mereka berbincang untuk menambah 1 orang pemain keyboard. Izam mensyorkan Judy yang merupakan bekas pemain keyboard kumpulan Bloodshed sebagai pemain keyboard, kemudian Amir dan rakan-rakannya bersetuju. Kemudian pada bulan Oktober, Badd disingkirkan kumpulan tersebut kerana ingin menubuhkan menubuhkan yang di beri nama Strangers, Arrow dan Jump-P dan kekosongan itu digantikan oleh Rawita Ahmad yang merupakan bekas pemain bes kumpulan Bloodshed. Pada tahun 1992, Lee Space menarik diri dari kumpulan tersebut setelah dipanggil oleh rakan lamanya, Man Kidal untuk menyertai kumpulan Lefthanded menggantikan Man Dayak. Sebagai pertukaran, Man Dayak kemudiannya mengisi posisi yang ditinggalkan Lee Space. Kemudian pada tahun 1993 dan mereka sempat membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan. Pada tahun itu juga mereka telah mengikat kontrak bersama Fantasia Music City Sdn. Bhd. (FMC) dan terus merakamkan album pertama. Ketika proses rakaman berbaki 50%, Opie, Judy, Rawita dan Man Dayak terpaksa menarik diri dari kumpulan ini. Selepas tiga orang meninggalkan kumpulan, Opie dan Rawita menjadi pemuzik undangan dalam kumpulan Fotograf yang mengisi kekosongan Shahrul dan Said yang keluar untuk fokus dengan kerjaya masing-masing ketika itu. Opie dan Rawita sebelum ini pernah membantu dalam 3 album Fotograf iaitu, Fantasi, Fokus (album Fotograf) dan Juara Mimpi (album Fotograf). Manakala Judy ingin direhatkan atas alasan pribadi selain Man Dayak pula ikut kembali menyertai semula kumpulan Lefthanded untuk menggantikan Black yang keluar kerana beliau ingin kembali menyertai kumpulan Wings setelah pemain dramnya, Jojet keluar dari kumpulan tersebut. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Ijam (bass) dan Mazni (dram). Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Mentari kepada EYE. Nama kumpulan itu adalah pilihan nama terbaik kerana mereka berpendapat kekuatan Izam kelihatan seperti 'mata' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris 'Eyes'). Maka dengan itu nama pilihan muktamad mereka ialah kumpulan EYE (Dalam terjemah Bahasa Melayu 'Mata'). Sah EYE di bentuk dalam 4 orang anggota iaitu Izam (penyanyi), Kamal (gitar), Ijam (gitar bes) dan Mazni (drum).
Ahli-ahli
Kumpulan Eye mempunyai seramai 5 orang ahli yang kesemuanya adalah:
- Izam[1] (Vokalist)
- Amir (1st Guitarist)
- Kamal (2nd Guitarist)
- Ijam (Bassiat; beliau menyertai pada tahun 1989)
- Mazni (Drummer)
Diskografi
Album studio
- Mekar (1994)
- Satu Nukilan Abadi (1995)
- Semakin Menjadi Jadi (1996)
- Lebih Hebat Lagi (1997)
- Mahkota Impian (1998)
Album kompilasi
- Unggul Hitz (1998)
- The Best EYE - Memikat Syahdu (1999)
- Suatu Abadi (2004)
- Kenangan Lalu (2007)
Peserta Gema Gegar Vaganza 2017
- Izam EYE - Penyanyi rock dan nasyid
Rujukan
- ^ "Ezam (EYE) Hilang 13 Tahun Kerana Sertai Tabligh - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2019-11-18.