| DiA misha omar Live Concert | |
| Lancar | 10 Julai 2025 |
|---|---|
| Tarikh Konsert | 29 November 2025 |
| Genre | Pop |
| Penerbit Eksekutif | Misha Omar Mimie Omar |
| Pengarah Muzik | Sze Wan |
| Pengarah Konsert | Jennifer Thompson |
| Pengarah Vokal | Syafinaz Selamat |
| Pengarah Teknikal | Simon Khoo |
| Pengurus Promosi/Media | Opie Sofia |
| Unit Promosi | Mimie Omar (Misha Omar Productions), Ally Sim (Sony Music) |
| Penganjur | Double M Production |
| Pengurusan Konsert | Altus Prohouse |
| Penata Gaya | Colin Sim |
| Konsep Cover | Chuan Looi |
| Label | Sony Music Malaysia |
DiA misha omar adalah sebuah konsert berskala besar yang dianjurkan oleh Double M Production pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menampilkan penyanyi pop Misha Omar [1].
Latar Belakang
Ini merupakan kali pertama Misha mengadakan persembahan di dewan konsert Mega Star Arena yang boleh memuatkan penonton seramai 5,000 orang itu [2]. Kali pertama Misha terlibat dalam konsert di Bukit Bintang adalah pada tahun 2004 ketika siri konsert terbuka sempena acara Malaysian Grand Prix 2004 anjuran Petronas di Changkat Bukit Bintang dengan kehadiran 1,500 penonton. Berikutnya, Misha telah membuat dua siri persembahan konsert mini di Planet Hollywood Kuala Lumpur pada 2004 dan 2006.
Penjualan Tiket
Tiket-tiket dengan harga RM288 (Silver), RM388 (Gold), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond), RM1200 (Twin Seat), RM 688 (VIP 2) dan RM1200 (VIP 1: barisan paling hadapan, dan disertakan sesi Meet & Greet, pas raptai) mula dijual pada 25 Julai 2025 di platform Jiotix Asia [3].
Tenaga Produksi
Penerbit : Mimie Omar (Double M Productions)
Penerbit Penyelaras / Pengarah Konsert : Jennifer Thompson (Altus Prohouse)
Syarikat Rakaman : Sony Music Malaysia
Pasukan Pemuzik & Penari
Pengarah Muzik : Lee Sze Wan
Pengarah Vokal : Datuk Syafinaz Selamat
Pengarah Kreatif : Hamzah Tahir
Programmer : Lee Sze Wan
Keyboards: Hin Ee Jeng
Keyboards : Birg Abeysera
Bass : Ken Chung
Drums : Derric Seow
Gitar : Marcus Leong
Gitar : CJ
Strings : Brian Larson, Ergys Koni, Toko Inomoto, Jin Wen
Horns - Saxaphone : Kevin Choo
Horns - Trumpet : Eddie Wen
Penyanyi Latar : Daniel, Eja, Widy
Koreografer : Boojae Fadzil
Pembantu Koreografer : Mahani Izzati
Penari Funkyfresh : Meyra Sam, Zureen Azhari, Mahani Izzati, Boojae Fadzil, Dhart Imran, Kelvin, Ascsh
Mover : Mohd Faizal, Shah Qireen, Biggiebulbul, Gigi
Pengarah Lakon : Dr Norzizi Zulkifli
Pengurusan Artis
Pengurusan Sony Music : Ally Siew & Vea Norman
Pembantu Peribadi : Pei See, Tunku Marina & Mei Choo
Penasihat Kesihatan : Dr Azrai Abu
Penata Gaya : Colin Sim
Busana : Colin Sim (byColin)
Tatarias - Solekan : Ahma Dhani
Tatarias - Dandanan Rambut : Juno Koo
Pembantu Penggayaan : Shahira, Jason, Lifang
Penata Gaya Penari : Nuffsaid, Sharina Hadzim
Pasukan Produksi
Pengarah Teknikal & Audio (FOH) : Simon Khoo (Flipout Production)
Audio (Monitors) : Mat Firdaus (Double M Productions)
Jurutera Pencahayaan : Charles Goh & Wei Lok (B&C Luminous)
Operator Laser : Selina Yong (Flipout Production)
Jurutera Grafik : Clement Hii
Pereka Video Grafik Latar : Asrul Hafiz
Pereka Video Grafik Persembahan : Azni Akma Abu
Pengurus Pentas : Jay Jeffry, Jue Sha'ari, Nadiah Ramli
Props Master : Daniel Zulhainan, Sofea Hamzah
MCP : Samantha Ng (Everbest Studio Sdn Bhd)
Pengarah Fotografi : Taufiq Nadzri, Aizat Ady Ikram (Visualscapes)
Pengurus Media Sosial : Muar
Jurugambar & Rekaan Poster : Chuan Looi
Jurugambar Belakang Tabir : Aiman
Jurukamera Konsert : Whoamen Studio
Jurugambar Fancam : Jamilah Bidin
Pengurusan Media
Pengurus Media : Opie Sofia (OPR Atwork)
Perhubungan Awam : Yeen Idzhar, Kikie Carla, Effy Kata, Nina Sam, Nurul, Nadz & Mila
Rakan Strategik
Rakan Radio Rasmi : Era FM & Sinar FM
Rakan Digital Rasmi : Astro Gempak
Rakan Makanan Rasmi : Juz Eat Catering
Rakan Jualan Cenderahati : Ana Tomi, Pavilion Kuala Lumpur
Setlist
Konsert bermula jam 8.30 malam, dengan penampilan Misha bermula jam 8.45 malam. Ia berlanjutan sehingga jam 11.15 malam (durasi 2 jam 30 minit)
Set 1
- Entrance : "Bunga-bunga Cinta"
- "Hati Keliru"
- "Terpana"
- "Ku Seru"
- Opening speech
- "Halaman Cinta"
- "Sembunyi"
- "Lilitan Asmara"
- "Tanpa Rela"
- "Nafas Cahaya" (with audience interaction)
Set 2
Gimik selingan : Idris Ezwaa The Magician
- "Angin Syurga" (from upper tier)
- Jukebox Segment : "Semoga Abadi" & "Jawapanmu" (on the floor - Diamond/Platinum section)
- "Terima Ku Seadanya" (on the floor -VIP Section)
- "Destiny" (duet with Idris Ezwaa)
- "Untuk Bermimpi"
- "Dedebu Cinta"
- "Sampai Di Sini"
Set 3
- Deklamasi Puisi oleh Dr Norzizi Zulkifli
- Mash-up Intro - "Love Don't Cost A Thing"
- "Permainan Hati"
- "Cinta Adam dan Hawa"
- "Pulangkan"
- "Masihkah Ada Rasa Itu?"
- Overture "Cinta"
- "Break"
- "Sampai Bila"
- Tribute Adnan Abu Hassan : "Jerat Percintaan"
- Tribute Adnan Abu Hassan : "Gubahan Rindu Puisi Syahdu"
- Tribute Adnan Abu Hassan : "Renungan Terakhir"
- Encore : "Bunga-bunga Cinta"
Sambutan
Kesemua tiket kategori Silver, Gold dan Twin Seats telah habis dijual hanya dalam tempoh 20 minit setelah penjualan dalam talian dibuka pada 25 Julai 2025 [4]. Menjelang konsert Misha mengumumkan penjualan melepasi 85% untuk kesemua tempat duduk. Pada hari konsert 95% tiket konsert terjual dengan 5,000 kehadiran (termasuk tiket tajaan).
Antara selebriti yang hadir ke konsert ini adalah Anuar Zain, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Fazley Yaakob, Dafi Ismail Sabri, Ernie Zakri, Siti Khadijah Halim, Shafiq Erwin, Kelly Azman dan Hasif Upin.
Rujukan
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/07/1418915/kongsi-cinta-dalam-konsert-dia-misha-omar
- ^ https://clublandkl.com/venues/mega-star-arena-kl
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2025/07/14/berjaya-melewati-hitam-putih-20-tahun-sebagai-penghibur---misha-omar-umum-tarikh-konsert-mega/
- ^ https://www.xtra.com.my/video-tiga-kategori-tiket-sold-out-misha-omar-terharu-sokongan-luar-biasa-peminat








