Setiap jalan raya dan lebuh raya ditetapkan dengan kod laluan khas. Sistem kod laluan adalah bergantung kepada jenis jalan - sama ada lebuh raya, laluan persekutuan, laluan negeri dan sebagainya.
Sistem pernomboran jalan raya di Malaysia
Jalan raya di Malaysia diklasifikasikan sama ada sebagai lebuh raya, laluan persekutuan, laluan negeri, ataupun laluan perbandaran atau jalan kampung. Laluan perbandaran dan jalan kampung tidak diberi kod laluan kerana hanya dibiayai serta diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)[1] daerah ataupun pihak berkuasa tempatan masing-masing.
Semua laluan lebuh raya, laluan persekutuan dan laluan negeri dikodkan menggunakan logo heksagon kuning JKR yang diisi nombor laluan masing-masing. Sistem pernomboran adalah seperti berikut:-
- Lebuh raya - Kod laluan lebuh raya bermula dengan huruf E diikuti dengan nombor laluan, misalnya Lebuhraya Utara-Selatan jajaran utara dikodkan sebagai
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara. - Laluan persekutuan[2] - Kod laluan hanya terdiri daripada nombor sahaja, misalnya Lebuhraya Skudai dikodkan sebagai Laluan Persekutuan
LP 1. Namun demikian, kod laluan persekutuan utama di Sabah dan Sarawak juga bermula dengan
LP 1. - Laluan negeri - Kod laluan bermula dengan kod huruf yang mewakili negeri masing-masing diikuti dengan nombor laluan, contohnya Jalan Muar-Labis adalah Laluan Negeri Johor J32. Bagi senarai penuh kod negeri bagi sistem laluan negeri, sila rujuk rencana laluan negeri.
- Jalan Perbandaran dan Jalan Kampung - Tidak mempunyai kod laluan kerana penyelenggaraannya oleh pihak berkuasa tempatan.
Fungsi dan Kepentingan
Sistem nombor laluan ini membolehkan pengguna jalan raya mengenal pasti jenis dan kepentingan jalan secara mudah melalui papan tanda jalan yang menggunakan simbol jata laluan heksagon kuning dan kod yang berkaitan. Ia juga memudahkan pengurusan jaringan jalan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa yang berkaitan.
Contoh Sistem Penomboran[3]:-
- Jalan utama persekutuan diberi nombor 1 hingga 49.
- Jalan sekunder mendapat nombor dari 50 hingga 999.
- Laluan khusus seperti jalan masuk Felda atau kawasan perindustrian mempunyai nombor laluan khas dalam julat tertentu (contoh: 1000-1999 untuk jalan masuk Felda).
Sistem penomboran ini terus dikemas kini dan disusun untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan penggunaan jalan raya di Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "IMPORTANT: Rujukan nombor jalan persekutuan di Malaysia - from JKR". OpenStreetMap Community Forum (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-20. Dicapai pada 2025-10-15.
- ^ Unknown (2016-09-27). "Jalan raya jalan kita....: Kenali Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri melalui KOD JALAN". Jalan raya jalan kita.... Dicapai pada 2025-10-15.
- ^ "Apa yang anda perlu tahu tentang jalan persekutuan". Careta (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-28. Dicapai pada 2025-10-15.








