Kiambang | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Alismatales |
Keluarga: | Araceae |
Subkeluarga: | Aroideae |
Tribus: | Pistieae |
Genus: | Pistia L.[1] |
Spesies: | P. stratiotes
|
Nama binomial | |
Pistia stratiotes | |
Range of the genus Pistia | |
Sinonim[3] | |
|
Kiambang, kembiang, kapu-kapu,[4] kayu apung atau nama saintifiknya Pistia stratoites ialah tumbuhan airan yang hidup timbul di permukaan air. Ia merupakan spesies tunggal genus Pistia dari keluarga Araceae.[5][6] Taburan tempatannya tidak pasti tetapi kemungkinannya di serata tropika; ia julung kali ditemukan di Sungai Nil berdekatan Tasik Victoria di Afrika. Ia kini ada hampir di kesemua aliran air tawar tropika dan subtropika sama ada secara semula jadi atau pengenalan oleh manusia, dan dianggap spesies ceroboh.
Penerangan
Tumbuhan yang seakan-akan kubis turut digelar sebagai kubis air. Batang dan tangkai tumbuhan ini tak nyata. Pucuk barunya terbentuk pada pangkal daun lama membentuk pilin yang rapat. Daunnya berbentuk kelopak bunga beralun menegak. Daunnya kalis air dan mempunyai lapisan seperti lilin dan berbulu di permukaan. Anak benih baru boleh tumbuh dari induk dan terpisah dari pokok utama.
Kiambang ditemukan di danau, kolam dan sungai beraliran perlahan. Spesies ini menampakkan pertumbuhan optimum pada julat suhu 22 - 30 °C, tapi boleh menahan suhu melampau mencapai 35 °C.[7] Ekorannya, kiambang tidak tumbuh pada suhu yang lebih sejuk, di bawah suhu tropika Sartan dan Jadi. Spesies ini juga memerlukan air yang sedikit asam pada julat pH 6.5 - 7.2 untuk pertumbuhan yang optimum.[7]
Pencerobohan
Kiambang sering dikelirukan dengan genus Salvinia dan Lemna. Tumbuhan ini tersebar secara meluas di kawasan beriklim tropika dan menjadi rumpai di sesetengah negara. Sekiranya membiak dengan tidak terkawal, tumbuhan ini mampu mengganggu saliran air serta mengakibatkan banjir kilat.[8]
Kegunaan
Oleh kerana mudah dijaga dan berbentuk cantik, kiambang sering dijadikan tanaman hiasan laman akuatik. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini mestilah sentiasa dipantau kerana mampu menyebabkan kesusutan paras air dengan mendadak. Ia cepat membiak melitupi permukaan tasik atau kolam yang mana membuatkan tumbuhan dasar air tidak mendapat cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. Kandungan oksigen yang rendah akan mempengaruhi ekosistem laman akuatik tersebut.[9]
Kebaikan tumbuhan ini sebaliknya berfungsi selaku tempat perlindungan kepada anak-anak ikan yang baru menetas terutama pada bahagian akarnya.[10]
Budaya
Tumbuhan terapung ini sering dijumpai tumbuh berangkai dan dikaitkan dengan pepatah 'biduk lalu kiambang bertaut'.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Genus: Pistia L". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 2006-02-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-15. Dicapai pada 2011-09-30.
- ^ "Pistia stratiotes". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 2011-09-30.
- ^ "World Checklist of Selected Plant Families: Royal Botanic Gardens, Kew". wcsp.science.kew.org.
- ^ https://prpm.dbp.gov.my/CarianBestari?mode=ext&keyword=pistia+st
- ^ https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/2/3/2343
- ^ https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?search_topic=TSN&search_value=42542#null
- ^ a b Tamada, Katsuya; Itoh, Kazuyuki; Uchida, Yuko; Higuchi, Shunsuke; Sasayama, Daisuke; Azuma, Tetsushi (2014-10-27). "Relationship between the temperature and the overwintering of water lettuce (Pistia stratiotes) at Kowataike, a branch of Yodogawa River, Japan". Weed Biology and Management. 15 (1): 20–26. doi:10.1111/wbm.12061. ISSN 1444-6162.
- ^ Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan
By Hean Chooi Ong - ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-27. Dicapai pada 2017-11-21.
- ^ http://www.alamikan.com/2014/05/tanaman-air-sebagai-media-pembenihan.html?m=1