Sepal (daripada bahasa Latin sepalum daripada bahasa Yunani σκεπη sképē "penutup/pembalut")[1][2] atau kelopak[3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma. Ia biasanya berwarna hijau. Sepal atau kelopak yang banyak membentuk kaliks (daripada bahasa Latin calyx,[4] berasal daripada bahasa Yunani καλυξ "kuntum", "sekam" atau "balutan", daripada bahasa Sanskrit kalika "kuntum"[5]) atau salut bunga[6] dengan bahagian pusaran paling luar membentuk sebuah bunga.
Sepal atau kelopak lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong ranggi apabila mekar.[7] Selepas berbunga, salut ini tidak berguna lagi lalu layu atau menjadi sisa. Sesetengah tumbuhan mengekalkan kaliks berduri yang kering atau pun hidup sebagai perlindungan terhadap buah atau benihnya.
Rujukan
- ^ Stearn, William T. (2000). Botanical Latin (ed. ke-4). m/s. 38–39. ISBN 0-88192-321-4.
- ^ Necker, N.J. de (1790). Corollarium ad Philosophiam botanicam Linnaei. 18. m/s. 31.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕlopak". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 545 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Jackson, Benjamin Daydon (1928). A Glossary of Botanic Terms with their Derivation and Accent (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). London: Gerald Duckworth & Co.
- ^ Tucker, T. G. (1931). A Concise Etymological Dictionary of Latin. Halle (Saale): Max Niemeyer Verlag.
- ^ "salut bunga". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Beentje, Henk (2010). The Kew Plant Glossary. Richmond, Surrey: Royal Botanic Gardens, Kew. m/s. 106. ISBN 978-1-84246-422-9.CS1 maint: ref=harv (link)
Lihat juga
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sepal |