Bangunan Kementerian di New Phoenix Park | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1959 |
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | New Phoenix Park, 28 Irrawaddy Road, Singapore 329560 1°19′25.91″N 103°50′41.64″E / 1.3238639°N 103.8449000°E |
Kakitangan | 26,594 (2014)[1] |
Belanjawan tahunan | ▲ S$ 5.00 bilion (est) (2015)[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi-agensi anak | |
Laman sesawang | www |
ID agensi | T08GA0016D |
Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura (Singkatan: MHA; Inggeris: Ministry of Home Affairs (Singapore); Cina ringkas: 新加坡内政部 ; Tamil: உள்துறை அமைச்சு ) adalah badan berkanun Pemerintah Singapura yang bertanggungjawab dalam keselamatan awam, pertahanan awam dan imigresen. Ia juga dikenali sebagai Home Team.
Sejarah
Kementerian Ehwal Dalam Negeri ditubuhkan pada tahun 1959 ketika Singapura mencapai kerajaan sendiri. Bertempat di Bangunan Empress Place, kementerian itu tetap berpejabat di situ sehingga 16 September 1963 apabila Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) dan urusan dalaman menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan.
Setelah Singapura merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965, kementerian itu kembali semula ke Place sebagai sebahagian daripada bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan (MID). MID ditempatkan di situ selama beberapa bulan sebelum ia berpindah ke Pearl's Hill (bekas Berek Polis Hilir).
Pada tarikh 11 Ogos 1970, Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan dipisahkan menjadi dua kementerian, Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan. MHA masih di Pearl's Hill hingga Ogos 1977, apabila ia berpindah ke Phoenix Park di Tanglin Road.
MHA, bersama-sama dengan Ibu Pejabat Polis, berpindah ke New Phoenix Park di 28 Irrawaddy Road pada tarikh 18 Ogos 2001.
Sub-organisasi
Jabatan
Kementerian Dalam Negeri terdiri daripada jabatan utama berikut:
- Biro Narkotik Pusat (CNB)
- Home Team Academy (HTA)
- Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA)
- Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD)
- Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF)
- Pasukan Polis Singapura (SPF)
- Perkhidmatan Penjara Singapura
Badan berkanun
Bahagian kakitangan
- Bahagian Penglibatan Masyarakat
- Bahagian Hubungan Korporat
- Bahagian Kewangan dan Pentadbiran
- Bahagian Tenaga Manusia
- Bahagian Teknologi Infokom
- Bahagian Kerjasama dan Perkongsian Antarabangsa
- Bahagian Pemeriksa dan Semakan
- Bahagian Audit Dalaman
- Bahagian Operasi Bersama
- Bahagian Undang-undang
- Pejabat Ketua PEgawai Sains dan Teknologi
- Bahagian Perancangan dan Pertubuhan
- Bahagian Pembangunan Dasar
- Bahagian Perolehan dan Logistik
- Pendaftaran Persatuan
- Bahagian Perancangan Teknologi
Jawatankuasa dan majlis
- Majlis Presiden untuk Keharmonian Agama
- Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan
- Majlis Kebangsaan dalam Menentang Penyalahgunaan Dadah
- Majlis Kesediaan Kecemasan Kebakaran dan Awam Kebangsaan
Rujukan
- ^ a b "Head P: Ministry of Home Affairs" (PDF). Budget 2015. Kementerian Kewangan. February 2015. Dicapai pada 21 Disember 2015.
Pautan Luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura |