Aman Graseka | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Mas Idayu (k. 1997; c. 2006) Nurul Amrina Zamri (k. 2018) |
Anak-anak | 1 |
Aman Graseka (lahir 28 Februari 1968) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.
Kerjaya
Beliau yang memulakan pada 1991 setelah pulang dari melanjutkan pengajian di luar negara dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane. Dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12 [1]. Aman kemudiannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 menerusi telefilem Amy Anuar yang dilakonkan bersama-sama pelakon/pengarah Adam Hamid.
Kehidupan peribadi
Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia. Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah. [2]
Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon dan juga seorang model Reena Areena setelah 10 tahun menduda. Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah. Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun [3]. Selain itu, pasangan ini juga dijangka menimang cahaya mata pertama mereka [4] [5].
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Cinta Kita | Arman | Filem pertama |
1998 | Penyair Malam | Farid | |
2014 | Abang Long Fadil | Pailang | |
2015 | Kapsul | Malik | |
2016 | Pelepas Saka | Tok Penghulu | |
2017 | Hijabsta Ballet | Shakiri | |
2019 | Kron | Profesor Daud | |
Sangkar | Hassan | ||
2020 | Tyickoouns | Orang Jahat 4 | |
Hijabsta Ballet | Shakiri | ||
2022 | Seratus | Penampilan khas | |
2024 | Jiwa 8 Belas | Ayah Atien | |
Pungut | Din Cengkoi | ||
Telekinesis | Tuan Rahman | ||
Sengketa | Ustaz Hamdi | Filem pendek |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Gerak Khas (Musim 11) | Othman | TV2 | Episod: "Geng Ragut" |
2010 | Arjuna | Satria Aduka | TV3 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 7) | Taufik | Astro Oasis | Episod: "Anak Yatim" |
2014 | Tanah Kubur (Musim 9) | Muzaffar | Episod: "Pucuk Muda" | |
2015 | Munajat Cinta Ayahanda | |||
2016 | 7 Hari Mencintaiku | Pak Samad | TV3 | |
2017 | Kekasih Paksa Rela | Kamal | ||
Kerana Anisa | Long Yahya | |||
2018 | Papa Nak Menantu | Pak Saad | ||
Cik Sempurna | Papa | |||
Budak Boys | ||||
Yes Sir Nak Pergi Mana | Tuan Syed | Hypp Sensasi | ||
Seribu Rindu | Husin | TV3 | ||
2019 | Cikgu, Papa Kirim Salam | Rahman | ||
Biar Jadi Kartus | Tengku Amir | TV2 | ||
Rumah Siti Khadijah | Haji Ismail | TV3 | ||
Tuan Danial | Tengku Khalil | |||
Sembil9n | Astro GO | Pelakon undangan | ||
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Pak Ali | Astro Ria | ||
2021 | Kuali Mentua Lauk Menantu | Chef Hafiz | TV2 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Mahligai Impian | VCD | Telefilem pertama | |
1999 | Amy Anuar | Amy Anuar | TV2 | |
2013 | Janji Si Bidadari | TV3 | ||
2017 | Kayuhan Kasih Ayah | Yatim | TV3 | |
2018 | Tulus Cinta | |||
Selirat | Dharma | |||
Rezeki Tanpa Alamat | ||||
Di Sisi | Mamud | TV1 | ||
2019 | Telapak Waktu | Pak Jamil | TV3 | |
2 Hari 3 Malam | Akob | TV2 | ||
Mana Ada Hantu Malam Raya | Mamat | |||
Kau Langit Aku Laut | TV3 | |||
2020 | Aku, Bunga | Baba | Astro First Eksklusif | |
Demi Tuhan Aku Bersaksi | TV1 | |||
2021 | Dosa Itu Bukan Miliknya | Rahim | TV2 | |
2023 | Kafankan Aku Dengan Ihram | Ahmad | Astro Oasis | |
Kum | Pak Abu | tonton |
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Lelaki Terbaik (TV) - Drama "Amy Anuar" - Anugerah Sri Angkasa 1999
- (pencalonan) Pelakon Lelaki Terbaik - Filem "Cinta Kita" - Festival Filem Malaysia ke-12
Rujukan
- ^ Tema menarik pikat Aman. harian metro. Dicapai pada 11 Oktober 2018.
- ^ Aman Graseka tercabar cinta wanita muda. berita harian. Dicapai pada 11 Disember 2018.
- ^ 'Kami tak nikah sorok-sorok'. berita harian. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ #Showbiz: Aman Graseka's 'bersanding' ceremony went smoothly, despite wife's pregnancy. new straits time. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ "Syukur Mampu Teruskan Majlis Walaupun Dia ..." - Aman Graseka Selamat Bersanding, Isteri Bunting Pelamin. gempak. Dicapai 10 Januari 2019.