Kampung Madras | |
---|---|
Petempatan | |
Transkripsi lokal | |
• Jawi | كامڤوڠ مدرس |
• Tamil | மதராஸ் கிராமம் Matarās kirāmam |
• Hindi | मद्रास गांव Madraas ganv |
• Cina | 馬德拉斯村 Mâ dé lā sī cūn |
Nama panggilan: Little India | |
Negara | Indonesia |
Provinsi | Sumatra Utara |
Kota | Medan |
Kecamatan | Medan Polonia Medan Petisah |
Kampung Madras (dahulunya disebut Kampung Keling) ialah sebuah petempatan seluas sekitar 10 hektar di Medan, Indonesia yang menjadi rumah kepada masyarakat India yang banyak. Kawasan ini terletak di sekitar mukim Medan Polonia dan Medan Petisah. Di kawasan ini, terdapat kuil Hindu yang tertua di Medan iaitu, Kuil Sri Mariamman dan seni bina kuil Cina terbesar di Medan, Vihara Gunung Timur. Selain itu, di Kampung Madras juga terdapat Sekolah Khalsa (sekolah Sikh; sekarang Khalsa English School), yang dulu pernah terkenal kerana merupakan satu-satunya sekolah dengan pelajaran dalam bahasa Inggeris di Medan.
Kawasan tersebut awalnya dipanggil "Patisah", namun kemudian terjadi perubahan nama menjadi "Kampung Madras" guna mencerminkan tanah asal para warga keturunan India yang berdiam di sana. Nama "Kampung Madras" ternyata tidak masyhur dan sebaliknya istilah "Kampung Keling" digunakan.[1]
Meskipun hingga tahun 1950-an kawasan ini masih dihuni oleh warga keturunan India dalam jumlah yang besar, sejak itu jumlah tersebut telah berkurang karena keadaan ekonomi yang sulit sehingga membuat mereka mesti berpindah ke kawasan lain. Kampung Madras kini, lebih banyak dihuni oleh warga keturunan Cina daripada India. Sebelumnya khalsa dibuka dan diajar oleh guru-guru yang profesional, dan akhirnya diambil alih oleh orang tidak bertanggung jawab.
Rujukan
- (Inggeris) "Kampung Keling: Economic symbiosis in Medan's Chinese-Indian enclave", The Jakarta Post, diakses 29 Januari 2006