Kaithi | |
---|---|
கைதி | |
Pengarah | Lokesh Kanagaraj |
Lakon layar | Pon Parthiban Lokesh Kanagaraj |
Cerita oleh | Lokesh Kanagaraj |
Dihasilkan oleh | S. R. Prakashbabu S. R. Prabhu Thiruppur Vivek |
Dibintangi | Karthi Narain Arjun Das |
Sinematografi | Sathyan Sooryan |
Disunting oleh | Philomin Raj |
Muzik oleh | Sam C. S. |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Dream Warrior Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 146 minutes[1] |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | ₹25 crore[2] |
Pecah panggung | ang. ₹105 crore[3] |
Kaithi ( terj. Tahanan ) ialah filem aksi debaran bahasa Tamil India 2019 dari India [4]. FIlem ini diarahkan oleh Lokesh Kanagaraj . Filem ini merupakan siri pertama dalam alam sinemetik, Lokesh Cinematic Universe . Filem ini dibintangi Karthi dalam peranan utama, bersama Narain, Arjun Das, Harish Uthaman, George Maryan dan Dheena . Dalam filem ini, yang berlangsung hampir sepenuhnya dalam satu malam, seorang bekas banduan yang baru dibeaskan memandu sekumpulan anggota polis yang telah diracun ke hospital sambil mengelak daripada penjenayah, sebagai pertukaran untuk bertemu dengan anak perempuannya.
Filem ini sebahagian besarnya dirakam pada waktu malam. Ia merupakan sebuah filem tanpa lagu dengan skor yang digubah oleh Sam CS Sinematografi dan penyuntingan masing-masing dikendalikan oleh Sathyan Sooryan dan Philomin Raj .
Kaithi ditayangkan pada 25 Oktober 2019, menjelang perayaan Deepavali . Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik dan mencapai kejayaan box-office, meraih kutipan sebanyak ₹ 105 crore di seluruh dunia, menjadikannya salah satu filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada 2019 . Ia seterusnya dipilih untuk tayangan rasmi di Festival Filem India Antarabangsa Toronto (IIFFT) pada Ogos 2020 dan memenangi dua Anugerah Vikatan Cinema Award , tiga Anugerah Festival Filem Tamil Norway, Anugerah Filem Antarabangsa India Selatan dan empat Anugerah Zee Cine m. Kaithi merupakan siri pertama dalam Lokesh Cinematic Universe, yang disusuli oleh Vikram, dengan Narain mengulangi wataknya sebagai Bejoy manakala George Maryan mengulangi peranannya sebagai Napoleon dalam Leo . Sebuah sekual berjudul Kaithi 2 kini sedang dibangunkan. Filem ini juga sedang diolah semula dalam industri filem malaysia sebagai sebuah filem Melayu, Banduan.
Barisan Pelakon
- Karthi sebagai Dilli
- Narain sebagai Inspektor Bejoy
- Arjun Das sebagai Anbu Das
- George Maryan sebagai Konstabel Polis Napoleon
- Harish Uthaman sebagai Adaikalam
- Dheena sebagai Kaamaatchi
- Baby Monica sebagai Amudha, Anak perempuan Dilli
- Ramana sebagai Tips
- Amzath Khan sebagai Ram
- Kanna Ravi sebagai Ajaz Ahmed / Sampath
- Hareesh Peradi sebagai Stephen Raj
- Arun Alexander sebagai Paalpaandi
- [Vatsan Chakravarthi sebagai Ajay
- Udayaraj sebagai Pelajar Kolej
Tayagan
Kaithi pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan pada pertengahan Julai 2019, tetapi kelewatan pasca produksi menyebabkan tayangan filem itu ditolak kepada 27 September 2019. [5] [6] Tayangan itu ditangguhkan lagi ke Oktober 2019, sebelum akhirnya memuktamadkan tayangan semasa Deepavali (27 Oktober 2019). [7] [8] I
Selepas kejayaan di pawagam, perkhidmatan penstriman digital Hotstar menayangkan filem itu pada 25 November 2019, sebulan selepas tarikh tayangannya. [9] Ia menerima kritikan daripada pengedar dan pemilik pawagam kerana tayangan perdana digital awal akan membawa kepada pengurangan penonton di pawagam. [10] penerbit SR Prabhu, mengaitkan bahawa ancaman cetak rompak sebagai alasan untuk pengstiriman awal, ramai pemilik teater menentangnya. Rantaian multipleks utama seperti PVR, INOX dan AGS, menghentikan tayangannya, sejurus selepas tayangan perdana digital filem itu. [11] Tanpa mengira faktor-faktor ini, filem itu menamatkan tayangan teater selama 50 hari pada 13 Disember 2019. [12]
Olahan semula
Kaithi diolah semula dalam bahasa Hindi sebagai Bholaa (2023). [13] [14] Kaithi juga diolah semula dalam bahasa Melayu dengan judul Banduan (2025) dan Datuk Aaron Aziz sebagai pelakon watak utama.
Rujukan
.mw-parser-output .reflist{margin-bottom:0.5em;list-style-type:decimal}@media screen{.mw-parser-output .reflist{font-size:90%}}.mw-parser-output .reflist .references{font-size:100%;margin-bottom:0;list-style-type:inherit}.mw-parser-output .reflist-columns-2{column-width:30em}.mw-parser-output .reflist-columns-3{column-width:25em}.mw-parser-output .reflist-columns{margin-top:0.3em}.mw-parser-output .reflist-columns ol{margin-top:0}.mw-parser-output .reflist-columns li{page-break-inside:avoid;break-inside:avoid-column}.mw-parser-output .reflist-upper-alpha{list-style-type:upper-alpha}.mw-parser-output .reflist-upper-roman{list-style-type:upper-roman}.mw-parser-output .reflist-lower-alpha{list-style-type:lower-alpha}.mw-parser-output .reflist-lower-greek{list-style-type:lower-greek}.mw-parser-output .reflist-lower-roman{list-style-type:lower-roman}
- ^ "Kaithi (2019)". Irish Film Classification Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2020. Dicapai pada 7 October 2020.
- ^ "Kaithi, Which Started Lokesh Cinematic Universe, Earned Four Times Its Budget". News18. 2023-12-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2024. Dicapai pada 2024-01-19.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama1000cr
- ^ "Kaithi". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 June 2022. Dicapai pada 6 June 2022.
- ^ "Kaithi to hit screens on September 27th?". The Times of India. 18 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2020. Dicapai pada 21 October 2020.
- ^ "Karthi's 'Kaithi' aims for September 27 release?". The News Minute. 22 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Vijay's Bigil, Karthi's Kaithi, Sethupathi's Sanga Thamizhan up for box office clash of epic proportions on Diwali 2019". Firstpost. 4 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Diwali releases- 'Kaithi' and 'Bigil' censored". Sify. 15 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2019. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Kaithi is now streaming on Hotstar". The Indian Express. 25 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2019. Dicapai pada 25 November 2019.
- ^ "Kaithi: Karthi starrer becomes a cause of fights for producers and exhibitors; Here's Why". Pinkvilla. 25 November 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Kaithi's early premiere on Hotstar upsets theatre chain owners because of low footfall in screenings of Karthi's film". Firstpost. 2 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Vijay's 'Bigil' and Karthi's 'Kaithi' completes 50 days". The Times of India. 13 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.
- ^ "Kaithi's Hindi remake, Bholaa, gets a release date". The Times of India. 19 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2022. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ "Shivarajkumar to feature in 'Kaithi' remake". The Times of India. 10 March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2021. Dicapai pada 21 December 2021.