
Kahinah Hathor atau Nujum Hathor merupakan gelaran bagi pendeta-pendeta perempuan untuk dewi Hathor di Kuil Dendera di Mesir purba.[1]
Gelaran
Gelaran ini diketahui diberikan semasa Kerajaan Lama Mesir, dan sangat berkuasa dan berprestij pada masa itu. Mumia kahinah-kahinah ini menunjukkan mereka dihiasi dengan tatu keagamaan yang menutupi perut di sekitar kawasan rahim.[2] Selepas Kerajaan Pertengahan Mesir, gelaran ini sering dianugerahkan secara tidak konsisten kepada wanita-wanita kerabat diraja, biasanya puteri-puteri.
Sejarah
Kebangkitan, kejatuhan dan kepupusan kahinah Hathor dapat dilihat dalam budaya Mesir purba. Wanita yang ingin menjadi berkuasa secara sosial biasanya mencari perlindungan dalam agama dan mengambil alih jawatan keahinan.[3][4]
Masyarakat Mesir Purba memberikan lebih banyak kebebasan dalam pemberdayaan wanita berbanding Yunani Purba dan Rom Purba. Di sana wanita diberikan hak ke atas harta mereka sendiri. Namun, setelah menjadi kahinah, seorang wanita bukan sahaja dilihat sebagai tokoh penting dalam masyarakat Mesir purba, tetapi juga sebagai lambang hidup ketuhanan.[3]

Peranan
Kahinah Hathor dipanggil hm ntr hthr, salah satu gelaran paling lazim untuk wanita-wanita Kerajaan Lama hingga awal Kerajaan Pertengahan. Namun selepas Kerajaan Pertengahan Mesir, gelaran ini sering diberikan secara tidak konsisten hanya kepada wanita-wanita kerabat diraja, biasanya puteri-puteri. Ini termasuk puteri Ramesses II. Pada satu ketika, nama-nama mereka dihapuskan sepenuhnya dari catatan sejarah.[4][3] Gelaran ini pada Kerajaan Lama dan Pertengahan kelihatannya tidak merujuk betul-betul kepada kumpulan pemuja Hathor yang sebenar tetapi lebih kepada peranan sebagai pemuzik wanita dalam mana-mana pemujaan kuil. Hathor ialah dewi muzik dan bermain muzik adalah satu bentuk pengabdian kepada Hathor. Pada zaman Kerajaan Baru, gelaran kahinah Hathor menjadi sangat sukar ditemui, kerana gelaran pendikir menjadi biasa dan menggantikannya sebagai gelaran untuk pemuzik wanita dalam pemujaan kuil.[5]
Ahli Mesirologi telah menunjukkan bahawa pada awalnya hanya wanita keturunan bangsawan boleh dilantik sebagai kahin Hathor. Mereka dipanggil Pasangan Dewa (Hmt nTr). Mereka menari dan menyanyi semasa upacara suci. Kerana mereka mengalami haid dan mampu melahirkan anak, mereka dianggap tidak suci. Oleh sebab itulah mereka tidak boleh melakukan tugas suci seperti mengenakan pakaian pada patung-patung dewa.[6][3]
Asal usul
Perempuan pertama yang disebut sebagai kahinah Hathor ialah Neferhetepes. Beliau merupakan puteri Firaun Djedefre. Walau bagaimanapun, nama Hathor tidak ditemui dalam sejarah awal Mesir.[3]

Pemujaan
Kahinah-kahinah Hathor menyembah di kuil utamanya yang dikenali sebagai kuil Hathor, terletak berhampiran Lembangan Nil. Dianggarkan kira-kira empat ratus kahinah bekerja untuknya. Di sana, pembaikan terbesar dilakukan semasa pemerintahan Firaun Menkaure. Ahli arkeologi telah menemui beberapa buah catan berwarna yang menggambarkan Hathor dan Menkaure. Baginda juga menempatkan kahinah-kahinah Hathor di tempat lain. Dapat dilihat pada cap diraja bahawa baginda sendiri menyembah Hathor.[3]
Pemujaan dewi paling meluas semasa dinasti kelima. Pada masa ini kuil-kuilnya diasaskan di Userkaf dan tempat lain. Patungnya juga diletakkan di kuil pengebumian diraja. Dua tempat utama pemujaannya ialah di Nekropolis Giza, Selatan Memphis. Namun, penyelidik membuat spekulasi bahawa kedua-duanya berkait.[4]
Kebangkitan dan kejatuhan
Semasa dinasti keenam, sistem pentadbiran kahin mengalami beberapa perubahan, kerana kuasa berada di tangan menteri, bilangan kahin meningkat semasa pemerintahan Pepi I. Namun semasa dinasti kedua belas kebanyakan kahinah wanita secara beransur-ansur pupus.[3]
Kemerosotan dan kepupusan
Kahinah Hathor terakhir yang terkenal ialah isteri Senusret I, seorang menteri penting pada masa itu. Terdapat beberapa orang kahinah lagi pada masa itu, tetapi jumlahnya berkurangan dengan pantas. Kemudiannya, nama mereka dihapuskan sepenuhnya daripada catatan sejarah.[3][4]
Rujukan
- ^ Gillam, R. (1995). Priestesses of Hathor: Their Function, Decline and Disappearance. Journal of the American Research Center in Egypt, 32, 211-237. doi:10.2307/40000840
- ^ Robert Bianchi, ‘Tattooing and Skin Painting in the Ancient Nile Valley’, in Celenko, T. (ed.) Egypt in Africa , (1996), Indianapolis University Press
- ^ a b c d e f g h Zahan, S. (2018). Mishor (Egypt : Myths-Legends-Deities). Kolkata, India: Aranyaman. m/s. 45–48.
- ^ a b c d Gillam, Robyn A. (1995). "Priestesses of Hathor: Their Function, Decline and Disappearance". Journal of the American Research Center in Egypt (dalam bahasa Inggeris). 32: 211–237. doi:10.2307/40000840. ISSN 0065-9991. JSTOR 40000840.
- ^ Stephen Quirke, Women in Ancient Egyptː Temple Titles and Funerrary Papyri, in Anthony Leahy and John Tait (eds), Studies on Ancient Egypt in Honour of H. S. Smith, London 1999, ISBN 085698151-6, p. 228-229
- ^ "Archaeologists discover the 4,400-year-old tomb of a high ranking Egyptian priestess". ZME Science (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-05. Dicapai pada 2021-06-08.