Dinasti Kelima Mesir | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ibu negara | Memphis | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Mesir | ||||||||
Agama | Agama Mesir Purba | ||||||||
Kerajaan | Kerajaan mutlak | ||||||||
Firaun | |||||||||
• 7–8 tahun (pertama) | Userkaf | ||||||||
• 13 tahun | Sahure | ||||||||
• s. 10 tahun | Neferirkare Kakai | ||||||||
• s. 2 tahun | Neferefre | ||||||||
• Beberapa bulan | Shepseskare | ||||||||
• 24–35 tahun | Nyuserre Ini | ||||||||
• 8–9 tahun | Menkauhor Kaiu | ||||||||
• 33 sehingga lebih daripada 44 tahun | Djedkare Isesi | ||||||||
• 15–30 tahun (terakhir) | Unas | ||||||||
|
Zaman dan Dinasti Mesir Kuno |
---|
Semua tahun adalah SM |
Dinasti Kelima Mesir purba (dinotasikan sebagai Dinasti V) sering digabungkan dengan Dinasti III, IV dan VI sebagai Kerajaan Lama. Firaun-firaun Dinasti Kelima memerintah selama kira-kira 150 tahun, dari awal abad ke-25 SM hingga pertengahan abad ke-24 SM.
Kronologi
Dinasti Kelima Mesir merangkumi sembilan orang raja yang memerintah Mesir selama kira-kira 150 tahun pada abad ke-25 dan ke-24 SM.[a] Turutan pewarisan raja-raja ini tidak diterima bulat-bulat kerana terdapat perselisihan antara sumber sejarah dan bukti arkeologi mengenai pemerintahan Shepseskare yang tidak begitu diketahui.
Pemerintah
Pemerintah-pemerintah Dinasti Kelima yang diketahui disenaraikan berikut.[19] Manetho, seorang sejarawan Mesir dari zaman kuno, menyatakan Dinasti Kelima memerintah selama 248 tahun; walau bagaimanapun, firaun-firaun dinasti ini lebih berkemungkinan memerintah selama lebih kurang 150 tahun.[20] Anggaran ini berbeza-beza mengikut sarjana dan sumber. Nama-nama Horus, iaitu lambang raja[21] dan kebanyakan nama permaisuri[21] dipetik daripada Dodson dan Hilton.[21]
Nama peribadi | Nama pemerintahan | Imej | Anggaran tempoh pemerintahan | Piramid | Ratu |
---|---|---|---|---|---|
Userkaf | Userkaf | 7 tahun | Piramid di Saqqara | Khentkaus I ?
Neferhetepes | |
Sahure | Sahure | 13 tahun, 5 bulan dan 12 hari | Piramid di Abusir | Meretnebty | |
Kakai | Neferirkare | 20 tahun | Piramid di Abusir | Khentkaus II | |
Isi | Neferefre | 2 hingga 3 tahun | Piramid Neferefre yang belum selesai di Abusir | Khentkaus III ? | |
Netjeruser | Shepseskare | Mungkin beberapa bulan | Mungkin di Abusir | ||
Ini | Nyuserre | 24 hingga 35 tahun | Piramid di Abusir | Reptynub | |
Kaiu | Menkauhor | 8 atau 9 tahun | "Piramid Tanpa Kepala" di Saqqara | Meresankh IV ? | |
Isesi | Djedkare | 33 hingga lebih 44 tahun | Piramid di Saqqara | Setibhor | |
Unas | Unas | 15 hingga 30 tahun | Piramid di Saqqara | Nebet Khenut |
Manetho menulis bahawa raja-raja Dinasti V memerintah dari Elefantin tetapi ahli arkeologi telah menemui bukti yang jelas menunjukkan bahawa istana mereka tetap berada di Ineb-hedj ("Tembok Putih").
Seperti sebelumnya, perlawatan pernah dihantar ke Wadi Maghareh dan Wadi Kharit di Sinai untuk melombong pirus dan tembaga, dan ke kuari barat laut Abu Simbel untuk gneis. Ekspedisi perdagangan dihantar ke selatan ke Punt untuk mendapatkan malakit, mur dan suasa, dan penemuan arkeologi di Byblos membuktikan perlawatan diplomatik ke kota Foenisia itu. Penemuan yang menunjukkan nama beberapa raja Dinasti V di tapak Dorak, berhampiran Laut Marmara, mungkin bukti perdagangan dengan bandar itu tetapi ia masih menjadi misteri.
Userkaf
Bagaimana Firaun Userkaf mengasaskan dinasti ini tidak diketahui secara pasti. Papirus Westcar, yang ditulis semasa Kerajaan Tengah, menceritakan kisah raja Khufu dari Dinasti IV diberi ramalan bahawa tiga orang kembar yang dilahirkan oleh isteri pendeta Ra di Sakhbu akan menggulingkan baginda dan pewaris-pewarisnya, dan baginda cuba mengarahkan kanak-kanak ini—bernama Userkaf, Sahure dan Neferirkare—dihukum mati; namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sarjana mengatakan bahawa kisah ini legenda sahaja dan mengakui mereka tidak tahu dengan cara apa peralihan satu dinasti ke dinasti lain berlaku.
Semasa dinasti ini, agama Mesir membuat beberapa perubahan penting. Salinan sembahyang pengebumian terawal yang diketahui yang tertulis pada makam diraja (dikenali sebagai Teks Piramid) mula muncul. Pemujaan tuhan Ra semakin penting, dan raja-raja dari Userkaf ke Menkauhor Kaiu membina kuil-kuil yang didedikasikan untuk Ra di atau berhampiran Abusir. Kemudian pada akhir dinasti ini, pemujaan dewa Osiris menjadi penting, terutamanya dalam prasasti-prasasti yang terdapat di makam Unas.
Djedkare Isesi
Di kalangan rakyat Mesir biasa pada masa ini, Ptahhotep, wazir kepada Djedkare Isesi, menjadi masyhur kerana kebijaksanaannya; Pepatah Ptahhotep dinisbahkan kepadanya oleh penyalin-penyalin yang terkemudian daripadanya. Makam-makam bukan diraja juga dihiasi dengan tulisan, seperti makam raja, bukan dengan doa atau mantera tetapi biografi si mati pada dinding.
Nota
Rujukan
- ^ Verner 2001b, m/s. 588–590.
- ^ Altenmüller 2001, m/s. 597–600.
- ^ Verner 2001d, m/s. 473.
- ^ Grimal 1992, m/s. 390.
- ^ a b von Beckerath 1997, m/s. 188.
- ^ Clayton 1994, m/s. 60.
- ^ Shaw 2000, m/s. 482.
- ^ Bard 1999, m/s. xlv, Chronology of Ancient Egypt.
- ^ Málek 2000, m/s. 98 & 100.
- ^ Rice 1999, m/s. xlix, Chronoloy.
- ^ Lehner 2008, m/s. 8.
- ^ Allen et al. 1999, m/s. xx.
- ^ Verner 2001a, m/s. 418.
- ^ Krauss 1998, m/s. 56.
- ^ Arnold 2003, m/s. 267.
- ^ Hornung 2012, m/s. 491.
- ^ Bárta 2017, m/s. 3.
- ^ Dodson & Hilton 2004, m/s. 288.
- ^ Shaw 2000.
- ^ Altenmüller 2001.
- ^ a b c Dodson & Hilton 2004.
Bibliografi
- Allen, James; Allen, Susan; Anderson, Julie; Arnold, Arnold; Arnold, Dorothea; Cherpion, Nadine; David, Élisabeth; Grimal, Nicolas; Grzymski, Krzysztof; Hawass, Zahi; Hill, Marsha; Jánosi, Peter; Labée-Toutée, Sophie; Labrousse, Audran; Lauer, Jean-Phillippe; Leclant, Jean; Der Manuelian, Peter; Millet, N. B.; Oppenheim, Adela; Craig Patch, Diana; Pischikova, Elena; Rigault, Patricia; Roehrig, Catharine H.; Wildung, Dietrich; Ziegler, Christiane (1999). Egyptian Art in the Age of the Pyramids. New York: The Metropolitan Museum of Art. OCLC 41431623.
- Altenmüller, Hartwig (2001). "Old Kingdom: Fifth Dynasty". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, Volume 2. Oxford: Oxford University Press. m/s. 597–601. ISBN 978-0-19-510234-5.
- Arnold, Dieter (2003). The Encyclopaedia of Ancient Egyptian Architecture. London: I.B Tauris & Co Ltd. ISBN 1860644651.
- Bard, Kathryn, penyunting (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. London; New York: Routledge. ISBN 978-0-203-98283-9.
- Bárta, Miroslav (2017). "Radjedef to the Eighth Dynasty". UCLA Encyclopedia of Egyptology. San Diego: The University of California. 1 (1). ISBN 978-0-615-21403-0.
- Clayton, Peter (1994). Chronicle of the Pharaohs. New York: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05074-3.
- Dodson, Aidan; Hilton, Dyan (2004). The Complete Royal Families of Ancient Egypt. London: Thames & Hudson. ISBN 978-0-500-05128-3.
- Grimal, Nicolas (1992). A History of Ancient Egypt. Translated by Ian Shaw. Oxford: Blackwell Publishing. ISBN 978-0-631-19396-8.
- Hornung, Erik; Krauss, Rolf; Warburton, David, penyunting (2012). Ancient Egyptian Chronology. Handbook of Oriental Studies. Leiden, Boston: Brill. ISBN 978-90-04-11385-5. ISSN 0169-9423.
- Krauss, Rolf (1998). "Wenn und aber: Das Wag-Fest und die Chronologie des Alten Reiches". Göttinger Miszellen (dalam bahasa German). Göttingen: Universität der Göttingen. Seminar für Agyptologie und Koptologie. 162: 53–64. ISSN 0344-385X.CS1 maint: unrecognized language (link)
- Lehner, Mark (2008). The Complete Pyramids. London: Thames & Hudson Ltd. ISBN 978-0-500-05084-2.
- Málek, Jaromir (2000). "The Old Kingdom (c.2160-2055 BC)". Dalam Shaw, Ian (penyunting). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford University Press. m/s. 83–107. ISBN 978-0-19-815034-3.
- Rice, Michael (1999). Who is who in Ancient Egypt. Routledge London & New York. ISBN 978-0-203-44328-6.
- Shaw, Ian, penyunting (2000). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-815034-2.
- Verner, Miroslav (2001a). "Archaeological Remarks on the 4th and 5th Dynasty Chronology" (PDF). Archiv Orientální. 69 (3): 363–418.
- Verner, Miroslav (2001b). "Old Kingdom: An Overview". Dalam Redford, Donald B. (penyunting). The Oxford Encyclopedia of Ancient Egypt, Volume 2. Oxford: Oxford University Press. m/s. 585–591. ISBN 978-0-19-510234-5.
- Verner, Miroslav (2001d). The Pyramids. The Mystery, Culture, and Science of Egypt's Great Monuments. Translated by Steven Rendall. New York: Grove Press. ISBN 978-0-8021-3935-1.
- von Beckerath, Jürgen (1997). Chronologie des pharaonischen Ägypten : die Zeitbestimmung der ägyptischen Geschichte von der Vorzeit bis 332 v. Chr. Münchner ägyptologische Studien (dalam bahasa German). 46. Mainz am Rhein: Philipp von Zabern. ISBN 978-3-8053-2310-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
Didahului oleh {{{before}}} |
{{{title}}} | Diikuti oleh: {{{after}}} |
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan