Justin II | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Byzantium | |||||
Pemerintahan | 14 November 565 – 5 Oktober 578 | ||||
Didahului oleh | Justinianus I | ||||
Diikuti oleh | Tiberius II | ||||
Keputeraan | Constantinople (kini Istanbul, Turki) | ||||
Kemangkatan | 5 Oktober 578 Constantinople | ||||
Pasangan | Sophia | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Wangsa | Justinianus | ||||
Ayahanda | Dulcidio (atau Dulcissimus) | ||||
Bonda | Vigilantia | ||||
Agama | Kristian Khalsedon |
Justin II ( Latin: Iustinus ; Yunani: Ἰουστῖνος , translit. Ioustînos; mangkat 5 Oktober 578) ialah maharaja Rom Timur dari tahun 565 hingga 578. Baginda anak saudara Justinianus I dan suami kepada Sophia, anak saudara kepada Permaisuri Theodora, dan kerabat dinasti Justinianus.
Justin II mewarisi sebuah empayar yang sangat besar tetapi terlalu meluas, dengan sumber sedia ada yang jauh lebih sedikit berbanding zaman Justinianus I. Walaupun begitu, baginda berusaha untuk menandingi reputasi bapa saudaranya dengan tidak membayar ufti kepada jiran Empayarnya. Kesilapan percaturan ini mencetuskan perang semula dengan Empayar Sasan, dan pencerobohan bangsa Lombard yang menyebabkan Rom kehilangan sebahagian besar wilayah mereka di Itali.
Nota kaki
- ^ Gelaran diraja penuh Justin II dalam Latin terdapat dalam sebuah novel diisukan pada 1 Mac 570: Imperator Caesar Flavius Iustinus fidelis in Christo mansuetus maximus benefactor Alamannicus Gothicus Francicus Germanicus Anticus Vandalicus Africanus pius felix inclitus victor ac triumphator semper Augustus ("Maharaja Caesar Flavius Justin, setia kepada Kristus, penyayang, agung, dermawan yang paling hebat; juara ke atas orang Alamanni, Goth, Frank, Jerman, Antes, Vandal, Afrika; soleh, bertuah, terkenal, menang dan berjaya, sentiasa gemilang").[1] Gelaran kemenangan disalin terus daripada Justinian.
Justin II Tarikh kemangkatan: 578
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Justinianus I |
Maharaja Byzantine 565–578 bersama Tiberius II dari Constantine (574–578) |
Diikuti oleh: Tiberius II dari Constantine |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Anicius Faustus Albinus Basilius pada 541, kemudian luput |
Konsul Rom 566 |
Diikuti oleh: Tiberius Constantinus Augustus pada tahun 579 |
- ^ Lingenthal 1857, m/s. 13–14.