Kaisar (Jawi: قيصر[1] serapan Arab: قَيْصَر)[2] gelaran yang digunakan banyak takhta maharaja seberapa kerajaan dunia zaman-berzaman. Ia mula-mula dari nama Caesar (disebut [ˈkaːjzar]) iaitu gelaran (cognomen) gunaan Gaius Julius, seorang bangsawan yang mengambil alih Republik Rom sebagai seorang "pengarah abadi" (dictator perpetuo) pada tahun 44 Sebelum Masihi; beliau mendapat nama Caesar ini sebagai cicit keturunan Sextus Julius Caesar, seorang pegawai.[3][4] Gelaran Caesar sebagai pangkat untuk seseorang penguasa bertahan sampai ke empayar Byzantium terserap dalam bahasa Yunani (Καῖσαρ Kaisar) gunaan kerajaan ini mula-mula untuk pewaris takhta Maharajanya sebelum beralih kepada putera kedua dan ketiga sejak zaman Theodosios I sambil digantikan gelaran raja muda ini dengan Αὔγουστος aúgoustos[5][6] yang setaraf "raja se-takhta".[7][8]
Gelaran Καῖσαρ Kaisar ini dikenali warga Parsi Sasaniyah di tanah Iran (Parsi: قیصر روم, rumi: Qaysar-i Rum[nota 1])[9][10] dan orang Arab serata Timur Tengah menerus kepada kerajaan-kerajaan Islam yang akhirnya memuncak dengan penaklukan kota Kustantiniyah dari tangan Byzantium oleh balatentera Sultan Muhammad al-Fatih yang mengekalkan gelaran ini (dalam bahasa Turki Uthmaniyah: قيصر Kayser); dari titik inilah gelaran ini terserap ke dalam persuratan bahasa Melayu melalui pengaruh dunia Islam.
Nota
Rujukan
- ^ "kaisar". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.[halaman diperlukan]
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 297. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology, vol. I, p. 537.
- ^ Smith, William (1870). "1. Sex. Julius Caesar". Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology. 1. Little, Brown and Company. m/s. 537.
- ^ White, L. Michael (2005). From Jesus to Christianity: How Four Generations of Visionaries & Storytellers Created the New Testament and Christian Faith. San Francisco: HarperCollins. m/s. 44. ISBN 978-0060816100.
- ^ Strothmann, Meret (2006). "Augustus [2]". Brill's New Pauly (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-03-15.
- ^ Bury 1911, m/s. 36.
- ^ ODB, "Caesar" (A. Kazhdan), p. 363.
- ^ Bahasa Pahlawi: 𐭪𐭩𐭮𐭫𐭩 kysly (berbatusurat), kysl (bertulis), dibaca as kēsar
- ^ Hurbanič, Martin (2019). The Avar Siege of Constantinople in 626: History and Legend. Springer. m/s. 234. ISBN 978-3-030-16684-7.
- Sumber
- Bury, J. B. (1911). The Imperial Administrative System of the Ninth Century – With a Revised Text of the Kletorologion of Philotheos. London: Oxford University Press. OCLC 1046639111.