Jura Akhir/Atas | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Nama kronostratigrafi | Jura Atas |
Nama geokronologi | Jura Akhir |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Tidak ditakrifkan secara formal |
Calon takrif sempadan bawah | Ufuk amonit Cardioceras redcliffense. |
Calon keratan GSSP sempadan bawah | |
Takrif sempadan atas | Tidak ditakrifkan secara formal |
Calon takrif sempadan atas |
|
Calon keratas sempadan atas GSSP | Tiada |
Jura Akhir merupakan nama untuk epok ketiga Tempoh Jura, dan ia menjangkau masa geologi dari 161.5 ± 1.0 hingga 145.0 ± 0.8 juta tahun dahulu (jtd), yang tercatat pada stratum Jura Atas.[1]
Dalam litostratigrafi Eropah, nama "Malm" menunjukkan batuan epok Jura Akhir.[2] Pada masa lalu, Malm juga digunakan untuk menunjukkan unit masa geologi, tetapi penggunaan ini kini tidak digalakkan untuk membuat perbezaan yang jelas antara unit litostratigrafi dan geokronologi/kronostratigrafi.
Subbahagian
Epok Jura Akhir terbahagi kepada tiga usia, yang berpadanan dengan tiga peringkat (fauna) batu Jura Atas:
Titonia | (149.2 ±0.7 – 145.0 ± 0.8 Ma) |
Kimmeridgia | (154.8 ±0.8 – 149.2 ±0.7 Ma) |
Oksfordia | (161.5 ± 1.0 – 154.8 ±0.8 Ma) |
Paleogeografi
Semasa Epok Jura Akhir, adibenua Pangea terpecah kepada dua benua besar, iaitu benua Laurasia di utara dan benua Gondwana di selatan. Hasil daripada perpecahan ini ialah pembentukan Lautan Atlantik. Walau bagaimanapun, pada masa ini, Lautan Atlantik agak sempit.
Bentuk kehidupan zaman itu
Zaman ini terkenal dengan banyak jenis dinosaur terkenal, seperti sauropoda, teropoda, tireoforan, dan ornitopoda . Haiwan lain, seperti beberapa crocodilomorfa dan burung pertama, muncul pada tempoh Jura.
Rujukan
- ^ Owen 1987.
- ^ Gradstein, F.M.; Ogg, J.G.; Schmitz, M.D.; Ogg, G.M., penyunting (2012). The Geologic Timescale 2012 (volume 1). Elsevier. m/s. 744. ISBN 978-0-44-459390-0.
- Owen, Donald E. (March 1987). "Commentary: Usage of Stratigraphic Terminology in Papers, Illustrations, and Talks". Journal of Sedimentary Petrology. 57 (2): 363–372.
- Kazlev, M. Alan (2002-06-28). "Late Jurassic — The Malm Epoch: The Acme of the Dinosaurs". Palæos. Dicapai pada 2014-10-23.