Kriogen | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama yang diratifikasi | 1990 |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Tempoh |
Unit stratigrafi | System |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Ditakrifkan secara kronometrik dengan umur ditent ukur secara interim pada sekitar 720 Ma. GSSP sedang dijalankan. |
Calon takrif sempadan bawah | Penampilan pertama pengglasieran yang meluas.[1] |
Calon keratan GSSP sempadan bawah | Akan ditetapkan |
Takrif sempadan atas |
|
Sempadan atas GSSP | Bahagian Caruk Enorama, Banjaran Flinders, Australia Selatan 31°19′53″S 138°38′00″E / 31.3314°S 138.6334°E |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | March 2004[2] |
Data atmosfera dan iklim | |
Kandungan purata O2 di atmosfera | c. 12 vol % (60 % berbanding aras moden) |
Kandungan purata CO2 di atmosfera | c. 1300 ppm (5 kali ganda berbanding sebelum zaman industri) |
Purata suhu permukaan | c. 5 °C (9 °C kurang berbanding paras moden) |
Kriogen (daripada perkataan Bahasa Yunani Kuno: κρύος , krýos , bermaksud "sejuk" dan γένεσις , génesis, bermaksud "kelahiran") merupakan suatu tempoh geologi yang kedua pada era Neoproterozoik bermula 720 hingga 635 juta tahun dahulu.[3] Tempoh ini didahului oleh Tempoh Tonos dan diikuti oleh Tempoh Ediakara.
Tempoh Kriogen merupakan tempoh masa berlakunya perubahan biosfera yang drastik. Selepas kepegunan iklim sewaktu Tempoh Bosan Bilion Tahun, tempoh Kriogen bermula dengan pengglasieran Sturt yang teruk, sehingga membekukan keseluruhan Bumi dengan Bumi pada ketika itu berada dalam keadaan Bumi Bola Salji. Selepas 70 juta tahun berlalu pengglasieran tersebut berakhir, tetapi dengan segera Bumi pada ketika itu mengalami pengglasieran Marino yang juga merupakan peristiwa global. Peristiwa-peristiwa pembekuan global ini masih diperdebatkan secara saintifik khususnya sama ada: (1) peristiwa-peristiwa tersebut meliputi keseluruhan Bumi, atau (2) terdapat satu kawasan kecil di lautan terbuka berhampiran khatulistiwa yang terselamat daripada pengglasieran. Keadaan yang kedua dikenali sebagai keadaan Bumi Bola Lecah Salji (dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "slushball Earth").
Rujukan
- ^ Shields-Zhou, Graham A.; Porter, Susannah; Halverson, Galen P. (2016). "A new rock-based definition for the Cryogenian Period (circa 720 – 635 Ma)" (PDF). Episodes. 39 (1): 3–8. doi:10.18814/epiiugs/2016/v39i1/89231. ISSN 0705-3797.
- ^ Knoll, Andrew H.; Walter, Malcolm R.; Narbonne, Guy M.; Christie-Black, Nicholas (3 March 2006). "The Ediacaran Period: a new addition to the geologic time scale" (PDF). Lethaia. 39: 13–30. doi:10.1080/00241160500409223. Dicapai pada 6 December 2020.
- ^ "Chart". International Commission on Stratigraphy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-13. Dicapai pada 2017-02-14.
Bacaan lanjutan
- "Cryogenian Period". GeoWhen Database. Diarkibkan daripada yang asal pada December 2, 2005. Dicapai pada January 5, 2006.
- James G. Ogg (2004). "Status on Divisions of the International Geologic Time Scale". Lethaia. 37 (2): 183–199. doi:10.1080/00241160410006492.
- Brain, C. K.; Prave, A. R.; Hoffmann, K. H.; Fallick, A. E.; Herd, D. A.; Sturrock, C.; Young, I.; Condon, D. J.; Allison, S. G. (2012). "The first animals: ca. 760-million-year-old sponge-like fossils from Namibia" (PDF). South African Journal of Science. 108: 1–8. doi:10.4102/sajs.v108i1/2.658.
- Hoffman, Paul F.; Abbot, Dorian S.; dll. (November 8, 2017). "Snowball Earth climate dynamics and Cryogenian geology-geobiology". Science Advances. American Association for the Advancement of Science. 3 (11): e1600983. Bibcode:2017SciA....3E0983H. doi:10.1126/sciadv.1600983. PMC 5677351. PMID 29134193. S2CID 1465316.
Pautan luar
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Miracle Planet : Snowball Earth di YouTube (2010s) BBC/CBC/NHK