![]() Mascherano pada tahun 2014. | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Javier Alejandro Mascherano | ||
Tarikh lahir | 8 Jun 1984 | ||
Tempat lahir | San Lorenzo, Argentina | ||
Ketinggian | 1.74 m (5 ka 8 1⁄2 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah / Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Hebei China Fortune | ||
Nombor | 14 | ||
Kerjaya remaja | |||
River Plate | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2005 | River Plate | 46 | (1) |
2005–2006 | Corinthians | 26 | (0) |
2006–2007 | West Ham United | 5 | (0) |
2007–2010 | Liverpool | 94 | (1) |
2010–2018 | Barcelona | 203 | (1) |
2018–2019 | Hebei China Fortune | 53 | (0) |
2019–2020 | Estudiantes | 10 | (0) |
Pasukan kebangsaan | |||
2003–2004 | Argentina B20 | 22 | (1) |
2004–2008 | Argentina B23 | 18 | (0) |
2003–2018 | Argentina | 147 | (3) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14 Ogos 2019 |
Javier Alejandro Mascherano (Sebutan Sepanyol: [mastʃeˈɾano], Sebutan Sepanyol: [maʰtʃeˈɾano]; lahir 8 Jun 1984) ialah pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai pemain tengah atau pertahanan untuk kelab Hebei China Fortune dan pasukan kebangsaan Argentina.[2][3][4][5]
Mascherano memulakan kariernya di River Plate. Dia memenangi trofi pertamanya pada musim 2003–04, memenangi Primera División Argentina. Dia berpindah ke kelab Brazil, Corinthians pada tahun 2005, memenangi Brazilian Série A dalam musim pertamanya. Mascherano berpindah ke Eropah, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. Walau bagaimanapun, pada permulaan tahun 2007, dia menyertai Liverpool secara pinjaman.
Dia merupakan naib juara Liga Juara-Juara UEFA semasa tempoh pinjamannya di Merseyside dan secara rasmi menyertai Liverpool pada bulan Februari 2008 dengan harga £18.7 juta. Selepas tiga tahun bermain untuk Liverpool, Mascherano menyertai FC Barcelona pada tahun 2010, bertukar posisinya daripada pemain tengah kepada pertahanan. Bersama Barcelona, dia memenangi La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA dua kali serta Piala Kelab Dunia FIFA sekali.
Mascherano telah membuat lebih daripada 100 penampilan untuk pasukan kebangsaan Argentina, menjadikannya pemain kedua terbanyak membuat penampilan untuk negara itu selepas Javier Zanetti. Dia telah mewakili negara itu dalam Copa América pada tahun 2004, 2007, 2011 dan 2015, Piala Dunia FIFA pada tahun 2006, 2010 dan 2014, dan Sukan Olimpik pada tahun 2004 dan 2008.
Rujukan
- ^ "Javier Mascherano profile". FC Barcelona. 24 March 2015. Dicapai pada 24 March 2015.
- ^ "Capitán sin brazalete (captain without the armband)". totalbarca. Dicapai pada 2015-07-23.
- ^ "Javier Mascherano proving to be Argentina's real leader". The Irish Times. Dicapai pada 2015-07-23.
- ^ "Argentina's Javier Mascherano a leader without fuss". Tampa Bay Times. Dicapai pada 2015-07-23.
- ^ "Javier Mascherano – the last great Argentine hero". backpagefootball. Dicapai pada 2015-07-23.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Javier Mascherano |
- Javier Mascherano di Twitter
- Profil rasmi FC Barcelona
- Profil Javier Mascherano di BDFutbol
- Biodata Javier Mascherano di Soccerway
- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Javier Mascherano
- (Inggeris) Profil Javier Mascherano di National-Football-Teams.com
- Javier Mascherano – Rekod persaingan FIFA
- Javier Mascherano – Rekod persaingan UEFA
- Profil ESPN
- Kelahiran 1984
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Argentina
- Pemain tengah (bola sepak)
- Pemain Argentine Primera División
- Pemain River Plate
- Pemain Campeonato Brasileiro Série A
- Pemain Sport Club Corinthians Paulista
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain West Ham United F.C.
- Pemain Liverpool F.C.
- Pemain La Liga
- Pemain FC Barcelona
- Pemain Hebei China Fortune F.C.
- Pemain Copa América 2004
- Pemain Copa América 2007
- Pemain Copa América 2011
- Pemain Copa América 2015
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain Piala Dunia FIFA 2010
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain bola sepak di Sukan Olimpik 2004
- Pemain bola sepak di Sukan Olimpik 2008
- Pemain pertahanan (bola sepak)