Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Wilfredo Daniel Caballero Lazcano[1] | ||
Tarikh lahir | 28 September 1981 | ||
Tempat lahir | Santa Elena, Argentina | ||
Ketinggian | 1.86 m (6 ka 1 in)[2] | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Chelsea | ||
Nombor | 1 | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2001–2004 | Boca Juniors | 15 | (0) |
2004–2011 | Elche | 186 | (0) |
2006 | → Arsenal Sarandí (pinjam) | 13 | (0) |
2011–2014 | Málaga | 117 | (0) |
2014–2017 | Manchester City | 23 | (0) |
2017– | Chelsea | 3 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2001 | Argentina B20 | 2 | (0) |
2018– | Argentina | 5 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:26, 16 Jun 2018 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2018 |
Wilfredo Daniel "Willy" Caballero Lazcano (lahir 28 September 1981) ialah seorang pemain bola sepak profesional Argentina yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Argentina.
Kerjaya kelab
Boca / Elche
Dilahirkan di Santa Elena, Entre Ríos, Caballero memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Boca Juniors pada tahun 2001, dimana dia menang tiga kejuaraan utama pada tahun 2003. Pada 14 Disemeber, dia menyaksikan dari bangku simpanan semasa pasukannya menang ke atas A.C. Milan 3–1 menerusi penentuan penalti dalam Piala Antara Benua 2003.
Caballero menyertai kelab Sepanyol Elche CF pada tahun 2004, dan kembali beraksi secara pinjaman di negara asalnya bersama Arsenal de Sarandí pada tahun 2006. Dia kemudiannya beraksi hampir 200 perlawanan untuk Elche.
Málaga
Pada 10 Februari 2011, Caballero berpindah ke Málaga CF dengan yuran €900,000.[3] Dia membuat penampilan sulungnya pada 20 Februari ketika seri 1-1 dengan Villarreal CF,[4] dan bermain kesemua perlawanan sehingga akhir musim 2010-11 dan kelab Andalusia itu berjaya mengelak penyingkiran liga.
Pada 1 Oktober 2011, Caballero memasuki buku sejarah Málaga selepas dia mengekalkan pintu gol tanpa bolos selama 480 minit, memecahkan rekod kelab sebelum itu iaitu 429 minit oleh Pedro Contreras semasa musim 2001-02. Pada 16 Oktober, dia dibuang padang ketika menentang Levante UD selepas memegang bola di luar kotak penalti.[5]
Pada 18 Januari 2012, Caballero menandatangani kontrak lanjutan, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.[6] Pada 25 Mac, semasa menentang RCD Espanyol, tangan kirinya patah dan dia tidak boleh beraksi untuk baki musim.[7]
Caballero kembali pada musim 2012–13, hanya tidak beraksi dalam dua perlawanan dan membantu pasukannya menduduki tempat keenam. Goal.com menamakannya sebagai pemain terbaik di posisinya pada musim itu.[8] Pada akhir musim seterusnya, dia dicalonkan untuk penjaga gol terbaik liga bersama-sama Thibaut Courtois dari Atlético Madrid dan Keylor Navas dari Levante.[9]
Manchester City
Pada 8 Julai 2014 Caballero menandatangani perjanjian tiga tahun bersama Manchester City dengan yuran dipercayai sekitar £6 juta. Dia bersatu semula dengan bekas pengurus Malaga, Manuel Pellegrini,[10] dan penampilan sulung kompetitifnya tiba pada 10 Ogos dalam perlawanan Perisai Komuniti FA 2014, bermain keseluruhan 90 minit ketika kekalahan 0-3 kepada Arsenal di Stadium Wembley.[11]
Penampilan rasmi kedua Caballero untuk City berlaku kepada 24 September 2014, ketika kemenangan 7-0 ke atas Sheffield Wednesday dalam Piala Liga Inggeris. Dia membuat penampilan liga pertamanya ketika menentang Hull City tiga hari kemudian dimana mereka menang 4-2.[12]
Pada 25 Mei 2017, ia telah diumumkan bahawa Caballero akan meninggalkan kelab ini selepas kontraknya tamat. Dia secara rasmi meninggalkan kelab ini pada 1 Julai.[13]
Chelsea
Pada 1 Julai 2017, Caballero menyertai Chelsea secara perpindahan percuma.[14] Dia membuat penampilan kompetitif pertamanya 20 September ketika kemenangan 5–1 ke atas Nottingham Forest di dalam Piala Liga.[15]
Kerjaya antarabangsa
Caballero bermain untuk Argentina di peringkat bawah-20, membantu negaranya menang Kejohanan Belia Dunia FIFA 2001.[16] Pada tahun 2004, dia dipilih untuk beraksi dalam Sukan Olimpik 2004 dimana negaranya menang pingat emas.
Rujukan
- ^ "Squads for 2016/17 Premier League confirmed". Premier League. 1 September 2016. Dicapai pada 15 September 2016.
- ^ "Willy Caballero". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-28. Dicapai pada 15 November 2014.
- ^ Official: Malaga sign Willy Caballero from Elche; Goal.com, 11 February 2011
- ^ Villarreal left disappointed again; ESPN Soccernet, 20 Februari 2011
- ^ Levante go second; ESPN Soccernet, 16 Oktober 2011
- ^ Willy Caballero amplía su vinculación con el Málaga Club de Fútbol hasta la temporada 2015–2016 (Willy Caballero extends Málaga Club de Fútbol link until 2015–2016 season); Málaga's official website, 18 Januari 2012 (Sepanyol)
- ^ Caballero se operará de la fractura en su mano (Caballero to undergo hand fracture surgery); Marca, 27 Mac 2012 (Sepanyol)
- ^ La Liga Team of the Season: Messi, Ronaldo & Falcao make up all-star front line; Goal.com, 14 Mei 2013
- ^ Fernandez-Abascal, Eduardo (14 Oktober 2014). "Chelsea duo Thibaut Courtois and Filipe Luis nominated for La Liga awards". International Business Times. Dicapai pada 15 Oktober 2014.
- ^ "Willy Caballero: Man City sign Malaga goalkeeper for £6m". BBC Sport. 8 Julai 2014. Dicapai pada 8 Julai 2014.
- ^ Sanghera, Mandeep (10 Ogos 2014). "Arsenal 3–0 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
- ^ Keegan, Mike (27 September 2014). "Hull 2–4 Man City". BBC Sport. Dicapai pada 1 Oktober 2014.
- ^ "Willy Caballero to leave Man City". Manchester City F.C. 25 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-17. Dicapai pada 25 Mei 2017.
- ^ "Willy Caballero: Chelsea sign former Manchester City goalkeeper". BBC Sport. 1 Julai 2017. Dicapai pada 1 Julai 2017.
- ^ "Chelsea 5–1 Nottingham Forest". BBC Sport. 20 September 2017. Dicapai pada 21 September 2017.
- ^ Willy Caballero – Rekod persaingan FIFA
Pautan luar
- Profil rasmi Málaga (Inggeris)
- Statistik Liga Argentina (Sepanyol)
- Statistik di Irish Times
- Profil BDFutbol
- Profil Futbolme (Sepanyol)
- Biodata Willy Caballero di Soccerway
- Kelahiran 1981
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Argentina
- Penjaga gol (bola sepak)
- Pemain Argentine Primera División
- Pemain Boca Juniors
- Pemain Arsenal de Sarandí
- Pemain La Liga
- Pemain Segunda División
- Pemain Elche CF
- Pemain Málaga CF
- Pemain Liga Perdana Inggeris
- Pemain Manchester City F.C.
- Pemain Chelsea F.C.
- Pemain Piala Konfederasi FIFA 2005
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain bola sepak di Sukan Olimpik Musim Panas 2004