| Jalan Negeri Kedah K704 | |
|---|---|
| Maklumat laluan | |
| Panjang | 6.79 km (4.22 mi) |
| Simpang utama | |
| Hujung utara | Kampung Batu 49 Bongor/Kampung Banggol Saga |
| Hujung selatan | Kampung Rambong |
| Lokasi | |
| Destinasi utama | Kampung Batu 49 Bongor Kampung Padang Temu Kampung Telok Sungai Durian Kampung Rambong Kampung Padang Cicar Kampung Batu 7 Rambong |
| Sistem lebuh raya | |
| Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri | |
Jalan Batu 49 Bongor-Rambong (atau Laluan Negeri Kedah K704) merupakan jalan raya negeri di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1] Jalan raya sepanjang 6.794 kilometer (4.2 bt) ini diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.[2]
Sejarah
Permulaan jajaran Jalan Batu 49-Rambong terletak di Kampung Batu 49 Bongor, Kedah di Jalan Baling-Simpang Sik (K10). Jajaran akan berakhir di simpang tiga Kampung Batu 7 Rambong di mana ia akan bertemu dengan Jalan Baling-Pengkalan Hulu (FT76).[2] Pada 30 Oktober 2021, kejadian tanah runtuh telah berlaku di Seksyen 3.30-3.60 (diantara Kampung Telok Sungai Durian dan Kampung Rambong Jalan Batu 49 Bongor-Rambong pada jam 3 petang (MST).[3] JKR Baling telah menutup laluan ini kepada penduduk setempat akibat keadaan jalan yang tidak selamat dan berbahaya dan mencadangkan dua laluan alternatif yang terdekat.[3][4]
Senarai simpang
| Negeri | Daerah | km | Nama | Tujuan | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| Kedah | Daerah Baling | 0 | Jalan Baling-Simpang Sik | Persimpangan | |
| Kampung Batu 48 Bongor | |||||
| Kampung Padang Temu | |||||
| Jambatan Sungai Ketil | |||||
| Kedah | Daerah Baling | Kampung Telok Sungai Durian | |||
| Jalan Kampung Lahar-Telok Sungai Durian | Persimpangan | ||||
| Kampung Telok Sungai Durian | |||||
| Sempedan Mukim Bongor-Baling | |||||
| Kedah | Daerah Baling | Kampung Rambong | |||
| Kampung Banggol Pompang | |||||
| Kampung Padang Cicar | |||||
| Kampung Rambong (Batu 7) | |||||
| 6 | Jalan Lama Baling-Pengkalan Hulu | Persimpangan | |||
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b @JKRDaerahBaling (November 1, 2021). "MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DARI KEDUA-DUA ARAH DI JALAN BATU 49 BONGOR/TELUK SG. DURIAN/RAMBONG" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Laporan Bencana pada 4 Januari 2022". Facebook. Jabatan Kerja Raya Malaysia. 2022-01-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-05. Dicapai pada 2022-01-05.
Pautan luar
- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.








