Jalan Negeri Kedah K657 | |
---|---|
Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung Jalan Sungai Jagung | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 2.34 km[1] (1.45 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Sungai Jagung |
K651 Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Hujung Jalan Lencongan Barat Jalan Sungai Layar K167 Jalan Semeling–Sungai Petani | |
Hujung timur | Kampung Sungai Layar |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung (Laluan Negeri Kedah K657) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Jalan raya ini menghubungkan Kampung Sungai Jagung di barat dan Kampung Sungai Layar di timur.
Gambaran keseluruhan
Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.34 kilometer (1.5 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Sungai Layar–Sungai Jagung adalah jalan raya tunggal dua lorong.[4]
Permulaan laluan ini terletak di Kampung Sungai Layar, di persimpangannya dengan Jalan Semeling–Sungai Petani (Laluan Negeri K167). Ia akan menuju ke arah barat daya melalui kawasan perkampungan Kampung Sungai Layar, Taman Padimas dan Kampung Haji Din. Beberapa meter di hadapan, jalan raya ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Layar (atau Jalan Sekolah Sungai Layar; Laluan Negeri K607). Jalan raya ini akan dipotong apabila di persimpangan Jalan Lencongan Barat (Laluan Persekutuan 257) disebabkan oleh dihalang oleh pengadang jalan; di mana pengguna jalan raya hanya dibolehkan untuk ke arah selatan. Bahagian jalan raya yang tertinggal terletak di sebalah barat Jalan Lencongan Barat.[5] Walaubagaimanapun, jajaran jalan raya masih diteruskan hingga di penghujungnya di Kampung Sungai Jagung, ia akan bersilang dengan Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Hujung (Laluan Negeri K651).[4][6][7]
Persimpangan utama
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[4][6][7] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Sungai Layar | 0.00 | K167 K167 — Merbok, Semeling, Alor Setar | Terminal timur | ||
0.23 | K607 — Kampung Haji Ibrahim, Kampung Penghulu Him, Sungai Petani | Simpang tiga | |||
0.38 | Lorong Padimas 1 — Taman Padimas | Simpang tiga | |||
Kampung Haji Din | 1.64 | FT257 (Arah Selatan) — Butterworth, Tikam Batu | Susur masuk dari utara, susur keluar ke selatan sahaja | ||
Kampung Sungai Jagung | 1.68 | FT257 (Arah Utara) — Alor Setar, Bandar Laguna Merbok | Susur masuk dari selatan, susur keluar ke utara sahaja | ||
2.34 | K651 K651 — Kampung Sungai Layar Hujung, Kampung Teluk | Terminal barat | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ @JKRKMS (27 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 6 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ Google Inc. "Peta Google — Pemerhatian Satelit Lencongan Barat" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K657 (Sungai Jagung-Lencongan Barat)" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K657 (Lencongan Barat-Sungai Layar)" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.
- Kategori berkenaan Jalan Negeri Kedah K657 di Wikimedia Commons