Jalan Negeri Kedah K643 | |
---|---|
Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda | |
Panjang | 5.10 km[1][2] (3.17 mi) |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kampung Permatang Tengah |
K644 Jalan Kampung Bukit Berangan Jalan Tikam Batu–Pantai Merdeka | |
Hujung selatan | Kota Kuala Muda |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kampung Bukit Berangan Kampung Sungai Emas Kampung Sungai Emas Hujung |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah (Laluan Negeri Kedah K643) ialah jalan raya negeri di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[3][2]
Gambaran keseluruhan
Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[4] Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.1 kilometer (3.2 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah adalah jalan raya tunggal dua lorong.[5]
Permulaan jajaran Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah berada di Kota Kuala Muda bersimpang dengan Jalan Tikam Batu-Pantai Merdeka (Laluan Negeri K14), berdekatan dengan Masjid Kota Raja, Balai Polis Kota Kuala Muda dan Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda dan akan menuju ke utara ke Kampung Sungai Emas. Di kilometer 0.8, akan terdapat sebuah jambatan kecil menyeberangi sebatang parit dan pengguna jalan raya sudah berada di kawasan perkampungan Sungai Mas. Kira-kira di kilometer 2, jalan raya akan selekoh ke arah barat laut melalui kawasan Kampung Sungai Mas dan Kampung Sungai Mas Hujung.[5][6] Di Kampung Bukit Berangan tepatnya di kilometer 4, Jalan Kota Kuala Muda–Permatang Tengah akan bersimpang dengan Jalan Kampung Bukit Berangan (Laluan K644), laluan alternatif ke Kampung Sungai Meriam. Selepas melepasi persimpangan tersebut, akan terdapat Bukit Meriam di tepi jalan raya. Jajaran laluan K643 akan berakhir di Kampung Permatang Tengah bersimpang dengan jalan raya yang sama iaitu, K17.[5][6]
Senarai simpang
Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.
km[5] | bt | Lokasi/persimpangan | Destinasi | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
0.00 | 0.00 | Kota Kuala Muda | K14 — Pantai Merdeka, Tikam Batu | Persimpangan | |
Kampung Sungai Emas | |||||
Kampung Sungai Emas | Tapak Arkeologi Sungai Emas | ||||
Jambatan Saliran | |||||
Kampung Sungai Emas Hujung | |||||
Jambatan Sungai Udang | |||||
4.00 | 2.49 | Kampung Bukit Berangan | K644 K644 — Kampung Bukit Meriam | Persimpangan | |
5.13 | 3.19 | Kampung Permatang Tengah | K14 — Pantai Merdeka, Kampung Bukit Kechik K640 — Kampung Sungai Meriam |
Persimpangan |
Rujukan
- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ a b @JKRKMS (24 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik : Part 5 - Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
- ^ @JKRMalaysia (2021-02-22). "Kenali Jalan Raya Anda — Jalan Raya Negeri" (Twit) – melalui Twitter.
- ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b Google Inc. "Peta Google — K643" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.