Jalan Negeri Johor J152, 216 dan 217 | |
---|---|
Jalan Lingkaran Dalam Segamat | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 6 km (4 mi) |
Wujud | 2001–kini |
Sejarah | Siap pada 2005 |
Simpang utama | |
Dari | Taman Pemuda, Segamat |
![]() ![]() ![]() | |
Ke | Kampung Abdullah |
Lokasi | |
Destinasi utama | Pusat bandar Segamat Kampung Gubah |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jalan Lingkaran Dalam Segamat merupakan satu sistem jalan lingkaran 4 lorong tunggal di Segamat, Johor, Malaysia. Jalan lingkaran ini terdiri daripada Jalan Pemuda, Jalan Hassan (Laluan Negeri Johor 154), Jambatan Kedua Segamat, Jalan Hassan Abdullah, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon.
Sejarah
Sebelum abad ke-20, medium pengangkutan utama di Segamat adalah melalui jalan sungai. Walau bagaimanapun, bentuk pengangkutan di Segamat mula berubah apabila kerajaan penjajah British mula membina sistem kereta api kebangsaan serta jaringan jalan raya (Laluan Persekutuan 1 dan Laluan Persekutuan 23) melalui Segamat. Hasilnya, beberapa jalan raya perbandaran mula dibina bagi menghubungkan kampung-kampung berhampiran Segamat.
Sejak itu, Jalan Pemuda dan Jalan Hassan digunakan sebagai laluan pintasan apabila jalan utama (Laluan Persekutuan 1) ditutup bagi upacara atau perayaan khas. Kadar aliran trafik di sepanjang Laluan Persekutuan 1 terus bertambah setiap tahun hasil pertambahan penduduk, maka bahagian jalan raya utama di Segamat sepanjang 8 kilometer telah dinaik taraf menjadi jalan raya tunggal 4 lorong (jalan raya kembar di pusat bandar) pada tahun 1985.
Hasil pertambahan aliran trafik, kesesakan jalan raya adalah lazim terutamanya di jambatan utama di Segamat. Oleh itu, kerajaan persekutuan membuat keputusan untuk membina jambatan kedua Segamat bagi mengurangkan kesesakan di jambatan utama. Pembinaan jambatan berkenaan bermula pada penghujung tahun 1998 dan siap pada tahun 2001. Sebaik sahaja jambatan tersebut siap, sebatang jalan raya kembar baru, Jalan Hassan Abdullah, dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat, menghubungkan jambatan kedua tersebut dengan Jalan Pee Kang Hai.
Pada tahun 1996, Segamat dipilih sebagai tuan rumah perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Pada masa tersebut, laluan lencongan, terutamanya di Jalan Hassan dan Jalan Pemuda yang hanya selebar dua lorong, sesak teruk serta tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak semasa perayaan tersebut. Oleh itu, JKR Segamat bercadang untuk membangunkan satu sistem jalan lingkaran dengan menaik taraf jalan perbandaran 2 lorong sedia ada seperti Jalan Pemuda, Jalan Hassan, Jalan Pee Kang Hai dan Jalan Chia Chin Koon kepada jalan raya tunggal 4 lorong. Pembinaan Jambatan Kedua Segamat juga termasuk dalam pakej jalan lingkaran tersebut. Pembinaan bermula sebaik sahaja Jambatan Kedua Segamat selesai dibina dan siap dibina pada Ogos 2005, beberapa minggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan tahun 2005.
Sebaik sahaja Jalan Lingkaran Dalam Segamat siap dibina, jalan lingkaran tersebut digunakan untuk melencongkan aliran lalu lintas apabila Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Hari Kebangsaan 2005 peringkat negeri Johor. Tidak seperti sambutan tahun 1996, aliran trafik kali ini sangat lancar semasa sambutan Hari Kebangsaan 2005.
Senarai persimpangan
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
Negeri | Daerah | Km | Susur keluar | Persimpangan | Ke | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
![]() |
Persimpangan Pemuda | ![]() Utara ![]() ![]() ![]() ![]() Selatan ![]() ![]() |
Simpang tiga | ||
Jalan Pemuda | ||||||
Kampung Jalan Pemuda | Kampung Jalan Pemuda | |||||
Jalan Pemuda | ||||||
Persimpangan Kampung Tengah | Utara J154 Jalan Kampung Tengah J154 Kampung Tengah J154 Kampung Tungku Tiga |
Persimpangan T | ||||
![]() | ||||||
Kampung Gubah | Kampung Gubah | |||||
Jalan Arshad | Barat Jalan Arshad Jalan Hussin Jalan Awang Sekolah Tinggi Segamat |
Simpang tiga | ||||
Jalan Sekolah | Barat Jalan Sekolah Jalan Hussin Jalan Awang Sekolah Tinggi Segamat |
T-junction | ||||
TNB Segamat | Ibu pejabat TNB cawangan daerah Segamat | |||||
![]() | ||||||
Persimpangan Laksamana | Utara Pusat bandar Segamat (Bandar Atas) Barat J154 Jalan Sultan ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kuala Lumpur |
Simpang empat | ||||
Jalan Hassan Abdullah | ||||||
BR | Jambatan Sungai Segamat Jambatan Kedua Segamat |
Jalan raya kembar bermula/tamat | ||||
Taman Utama | Taman Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) cawangan daerah Segamat |
|||||
Jalan Hassan Abdullah | ||||||
Persimpangan Pee Kang Hai | Pusat bandar Segamat (Bandar Seberang) Restoran KFC, McDonald's & Pizza Hut ![]() |
Simpang empat Jalan raya kembar bermula/tamat | ||||
Jalan Pee Kang Hai | ||||||
Persimpangan Cenderawasih | Timur Taman Segar Barat Jalan Syed Abdul Kadir Pasaraya Upwell Kampung Abdullah ![]() |
Simpang empat | ||||
Jalan Medoi | Utara![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | ||||
Jalan Pee Kang Hai | ||||||
Taman Kemawan | Taman Kemawan Jalan Meryani |
Persimpangan T | ||||
Jalan Chia Chin Koon | ||||||
Cowboy Hypermarket Segamat | Cowboy Hypermarket Segamat (pintu masuk belakang) | Arah Kampung Abdullah | ||||
Jalan Chia Chin Koon | ||||||
Persimpangan Kenawar | ![]() Utara ![]() ![]() ![]() Selatan ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Johor Bahru Singapura |
Persimpangan T |