India Selatan | |
Zon waktu | IST (UTC+5:30) |
Keluasan | 635,780 km² |
Negeri dan wilayah | Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, Tamil Nadu, Pondicherry, Lakshadweep* |
Bandar raya yang mempunyai paling banyak penduduk (2008) | Chennai, Bangalore, Coimbatore, Hyderabad, Madurai, Visakhapatnam |
Bahasa rasmi | Kannada, Malayalam, Tamil, Telugu, Urdu, Inggeris, Perancis‡ |
Jumlah penduduk | 233,000,000 |
Kepadatan penduduk | 337/km² |
Kadar kelahiran | 20.4 |
Kadar kematian | 7.7 |
Kadar kematian bayi | 48.4 |
Nota kaki tidak bernombor:
|
India Selatan ialah kawasan India yang merangkumi negeri Andhra Pradesh, Karnataka, Kerala, dan Tamil Nadu, serta juga wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry. Luasnya 19.3% daripada seluruh kawasan India. India Selatan terletak di semenanjung penara Dakkan dan disempadani oleh:
- Laut Arab di barat;
- Lautan India di selatan; dan
- Teluk Bengal di timur.
Geografinya berbeza-beza dan merangkumi dua banjaran gunung — Gat Barat dan Gat Timur — serta penara Dakkan di kawasan tengah antara keduanya. Sungai Godavari, Sungai Krishna, Sungai Tungabhadra, dan Sungai Kaveri ialah sungai tak sentiasa berair yang merupakan sumber air yang penting.
Sebilangan besar orang India Selatan bertutur dalam salah satu daripada lima bahasa Dravidia — bahasa Kannada, bahasa Malayalam, bahasa Tamil, bahasa Telugu, dan bahasa Tulu. Pada sepanjang sejarahnya, sebilangan kerajaan dinasti memerintah berbagai-bagai bahagian India Selatan, dengan serangan mereka yang merentasi Asia Selatan dan Asia Tenggara mempengaruhi sejarah dan budaya negara bangsa moden seperti Sri Lanka, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Malaysia. Kawasan itu dijajah oleh Britain dan kemudian beransur-ansur diserap ke dalam Empayar British. Gaya kesusasteraan dan seni bina yang berkembang pada sepanjang dua ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan gaya di bahagian-bahagian negara yang lain. Politik India Selatan dikuasai oleh parti-parti politik kawasan yang lebih kecil, berbanding dengan parti-parti politik negara di kawasan yang lain.
Selepas mengalami naik turun pada dekad-dekad selepas kemerdekaan India, negeri-negeri India Selatan mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi pada tiga dekad yang lalu, berbanding dengan pertumbuhan dekad purata negara. India Selatan ditempatkan tertinggi daripada segi pembangunan sosioekonomi seperti kadar kesuburan dan infrastruktur, dengan kadar kesuburannya sebanyak 1.9 merupakan kadar yang paling rendah antara semua kawasan di India.[1] Walaupun demikian, ketaksamaan ekonomi, buta huruf, dan kemiskinan masih menjejaskan kawasan ini, sebagaimana dengan kawasan-kawasan yang lain di negara. Pertanian ialah penyumbang tunggal yang utama kepada keluaran dalam negeri bersih (KDNB), manakala teknologi maklumat (IT) merupakan teknologi yang berkembang dengan pesat.
Lihat juga
Nota
- ^ "National Family Health Survey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-24. Dicapai pada 2009-09-13.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang India Selatan di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- More about South India
- South Indian Travel Guides and reviews from Go Dakshin Diarkibkan 2009-02-18 di Wayback Machine
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi South India. - India Selatan di Curlie
- Hampi - South India's famous historical town Diarkibkan 2008-04-03 di Wayback Machine
- Deccan South India Online