Angola |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Hubungan luar Angola adalah berdasarkan sokongan kuat Angola terhadap polisi luar AS kerana ekonomi Angola bergantung pada bantuan Amerika Syarikat.
Dari tahun 1975 hingga 1989, Angola adalah sepakatan dengan Gabungan Timur, terutamanya dengan Kesatuan Soviet, Libya, dan Cuba. Selepas itu Angola menumpukan pada memperbaiki hubungan dengan negara-negara Barat, memupuk hubungan dengan negara-negara berbahasa Portugis yang lain, dan menegaskan kepentingan sendiri di Afrika Tengah melalui pencelahan ketenteraan dan diplomatik. Pada tahun 1993, Angola memulakan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat. Angola memasuki Komuniti Pembangunan Selatan Afrika supaya mempertingkatkan hubungannya dengan jiran-jiran berbahasa Inggeris di selatan. Zimbabwe dan Namibia menyertai Angola dalam campur tangan ketenteraannya di Republik Demokratik Congo, semasa angkatan tentera Angola mengekalkan sokongan kepada kerajaan Joseph Kabila. Angola juga campur tangan di Republik Congo (Brazzaville) untuk menyokong kerajaan semasa.
Sejak tahun 1998, Angola berjaya bekerjasama dengan Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan UNITA. Kini mereka juga mengembangkan usaha ini dengan mengawal berlian konflik, sumber utama keuntungan UNITA. Pada masa yang sama, Angola mempertingkatkan pemuliharaan Komuniti Negara-negara Berbahasa Portugis (CPLP) sebagai forum pertukaran budaya dan terutamanya mempertingkatkan hubungan dengan Portugal dan Brazil.
Lihat juga
- Misi diplomatik Angola
- Hubungan Angola-China
- Hubungan Angola-Amerika Syarikat
- Hubungan Angola-Israel
Rujukan
- Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripada Buku Fakta Dunia CIA. Sebagai sebuah terbitan kerajaan Amerika Syarikat, terbitan in berada di domain awam.
- Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat laman web https://www.state.gov/countries-areas/ (U.S. Bilateral Relations Fact Sheets).