"Home Sweet Home" (digayakan dengan semua huruf besar) ialah lagu oleh penyanyi-penulis lagu Korea Selatan G-Dragon, yang menampilkan rakan sekumpulan BIGBANG, Taeyang dan Daesung. Runut tersebut dikeluarkan melalui Galaxy Corporation dan Empire pada 22 November 2024, sebagai single kedua untuk album studio ketiga G-Dragon yang akan datang.
Sehari sebelum lagu "Home Sweet Home" dikeluarkan iaitu pada 21 November 2024, G-Dragon mendedahkan imej acah yang terdiri daripada kekunci piano emas pada latar belakang hitam.[1] Peminat G-Dragon dan kumpulan muzik BIGBANG membuat spekulasi tentang lagu baharu yang berpotensi menampilkan dirinya sendiri, Taeyang dan Daesung, mentafsirkan kekunci piano tersebut sebagai representasi trio.[2] Lagu itu kemudiannya dilancarkan pada hari berikutnya, mengesahkan kerjasama antara mereka tanpa pengumuman awal.
Lagu "Home Sweet Home" ditulis oleh G-Dragon, Teddy Park dan Choice37 manakala penggubahan dikendalikan oleh oleh G-Dragon, Park, 24, Kush dan VVN. 24 dan Jumpa pula mengambil bahagian dalam penyusunan lagu.[3] Runut tersebut digubah dalam nada B minor dengan tempo 150 rentak seminit.[4]
^Ahn, Byung-gil (22 November 2024). "지드래곤, 오늘 깜짝 새 노래" [G-Dragon, kejutkan dengan lagu baharu hari ini]. Sports Kyunghyang (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2024. Dicapai pada 22 November 2024.
^Seo, Hyung-suk (22 November 2024). "[센터연예] 빅뱅 지드래곤·블랙핑크 로제 오늘 나란히 신곡 발표" [[Center Entertainment] G-Dragon daripada BIGBANG, Rosé daripada BLACKPINK bersama-sama melancarkan lagu baharu hari ini]. Yonhap News TV (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2024. Dicapai pada 22 November 2024.