Melon | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | www.melon.com |
Jenis | Gedung muzik damtal |
Tersedia dalam | Bahasa Korea |
Ditubuhkan | 2004 |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | Kakao M |
Komersial | Ya |
Pendaftaran | Diperlukan, hanya untuk pengguna di Korea Selatan[1] |
Pengguna | 2.3 juta (di Korea Selatan saja, setakat November 2013) |
Dilancarkan pada | November 2004 |
Pembangun web | SK Telecom |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | Per Juni 2018 ▲4,195 (Global) ▲123 (Korea Selatan)[2] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Los Angeles dan Santa Monica , Korea Selatan |
Pautan luar berkaitan | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Melon (Hangul: 멜론 ; RR: Mellon lakuran ungkapan Inggeris melody on "irama hidup",[3] digayakan sebagai MelOn) adalah sebuah gedung dan pelantar streaming muzik dalam tailian Korea Selatan dan dikembangkan dan diperkenalkan oleh SK Telecom pada November 2004. Pengurusannya diberikan kepada LOEN Entertainment (sekarang Kakao M) pada tahun 2009. Melon perkhidmatan mengandung muzik terbesar di Korea Selatan dengan 28 juta orang pelanggan serta lebih dari 50 peratus pasaran yang ada melampaui Genie milik KT Music, Mnet.com milik CJ E&M dan Bugs milik NHN Entertainment. Melon menjadi salah satu dari "25 Aplikasi Terbaik Korea" dalam 2011 App Awards Korea.[4]
Pada tahun 2012, Melon menerima Trusted Brand Awards.[5] Pada tahun yang sama, Melon memenangi "Grand Prize for Digital Contents" dalam 2012 Korean Digital Management Innovation Awards[6] serta mendapat pengakuan dalam 2012 Korea Brand Power Index.[7]
Ilgan Sports memberikan peringkat kepada Melon sebagai entitas paling berpengaruh ketiga di industri K-pop dalam jajak pendapat November 2013 dalam perayaan hari jadinya yang ke-44.[8]
Latar belakang
Melon adalah salah satu khidmat muzik dalam talian terbesar dan paling berpengaruh di Korea Selatan, dengan lebih dari 28 juta pelanggan.[9] Penjualan digital (muat turun dan penstriman) dari khidmat ini menyumbang kepada sebahagian besar naik turun tangga carta lagu dan sistem mata dalam sejumlah acara muzik di negara tersebut. Pengguna dapat memainkan dan memuat turun lagu dan video muzik serta membuat nada dering khusus.[10] Melon saat ini tersedia di gedung-gedung pelantar iOS dan Android.
Melon telah menjadi peneraju dalam pasaran khidmat muzik dalam talian. Menurut laporan tahun 2013 oleh MIDiA Consulting, Melon merupakan khidmat berlangganan pertama di dunia yang memiliki 1 juta pelanggan yang membayar dan memiliki 2 juta - dengan 18 juta pengguna terdaftar - pada waktu peluncurannya.[11] Biaya bulanan khidmat baru-baru ini naik menjadi sekitar USD5.60, naik dari US$ 3.00. Laman web Melon menyebutkan simpanannya memiliki 2.6 juta lagu,[12] kurang dari sepersepuluh dari katalog khas perkhidmatan seumpama di dunia Barat seperti Spotify.
Pada tahun 2010, cawangan Melon di Indonesia diluncurkan dengan kerjasama SK Telecom dan Telkom Indonesia.[13] Pada tahun 2016, Telkom Indonesia membeli semua saham yang sebelumnya dimiliki oleh SK Telecom setelah SK Telecom melepaskan semua milik niaga cawangan tersebut sekaligus menjadikan MelOn Indonesia dimilik penuh dalam Indonesia.[14]
Pemerolehan
Pada tahun 2016, Kakao mengambil alih LOEN Entertainment, pemilik Melon. Kakao telah melaburkan US$ 1.55 bilion untuk 76.4 peratus saham di LOEN Entertainment. Dana ekuiti swasta Star Invest Holdings, pemegang saham terbesar LOEN sebelumnya, menjual 61.4 peratus sahamnya.[15]
Melon bergabung dengan aplikasi pesanan ringkas seluler Korea Selatan, KakaoTalk yang dilaporkan memiliki 48 juta orang pengguna aktif pada bulan Februari. Aplikasi ini merupakan produk unggulan Kakao, perusahaan teknologi Korea Selatan dengan modal pasaran sebanyak USD 5.7 bilion. Dengan menggabungkan berbagai pelbagai dan khidmat kandungan Kakao dan kandungan muzik terkemuka LOEN yang diharapkan agar sinergi luar biasanya dapat membangun asas kuat untuk peluasan global pasaran Kakao. Kakao berancang mahu menghasilkan permintaan baru dalam bisnes kandungan dengan menambahkan streaming muzik ke dalam portfolio khidmat kandungannya. Secara khususnya, syarikat Kakao diharapkan untuk memanfaatkan kehadiran Melon di pasar kandungan hiburan di negara-negara Asia, termasuk China.[16]
Promosi
Anugerah Muzik Melon
Pada tahun 2009, LOEN Entertainment meluncurkan Melon Music Awards (MMA), sebuah acara penghargaan yang khusus bagi artis Korea berdasarkan jumlah penjualan digital dan pemilihan dalam talian.[17][18]
Program muzik televisi
Melon merupakan penaja utama acara-acara muzik berikut:
- Inkigayo (SBS, Oktober 2010 - Disember 2016, menaja kembali sejak Februari 2017. Sebelumnya dikenal sebagai Popular Song dan The Music Trend.)
- Show! Music Core (MBC, Agustus 2014 - Mac 2018)
- Show Champion (MBC Music, Januari 2013 - Mei 2018)
- You Hee-yeol's Sketchbook (KBS 2TV)
- Immortal Songs: Singing the Legend (KBS 2TV)
- K-pop Star (SBS, seluruh enam musim sejak 2011 - 2017)
- Tribe of Hip Hop (JTBC)
- King of Mask Singer (MBC, sejak Jun 2017)[a]
- MIXNINE (JTBC) (2017 - 2018)
- Music Bank (KBS 2TV) (Januari 2020 - sekarang)
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ "Terms: GENERAL". MelOn (dalam bahasa Inggeris). LOEN Entertainment, Inc.
- ^ "Melon.com Site Information" (dalam bahasa Inggeris). Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-10. Dicapai pada 2018-11-02. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Seung Si-yeon, Park Jong-geun (3 Disember 2011). "Shin Won-soo, representing Korea's largest OMS, "MelOn"". JoongAng Ilbo (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-13. Dicapai pada 4 Disember 2011. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "2011 App Awards Korea". MelOn (dalam bahasa Inggeris). LOEN Entertainment, Inc.
- ^ "2012 Trusted Brand Awards". MelOn (dalam bahasa Inggeris). LOEN Entertainment, Inc.
- ^ "2012 Korean Digital Management Innovation Awards". MelOn (dalam bahasa Inggeris). LOEN Entertainment, Inc.
- ^ "2012 Korea Brand Power Index". MelOn (dalam bahasa Inggeris). LOEN Entertainment, Inc.
- ^ Jun, R. (3 November 2013). "The Top 10 Most Influential Entities of K-Pop". Ilgan Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 November 2013 – melalui Soompi.
- ^ Yoon Sung-won (24 April 2017). "Paid music streaming services thrive in South Korea". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 April 2017.
- ^ "South Korea's Biggest Music Subscription Service Acquired by Mobile Messaging Company". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ Mulligan, Mark (Mei 2013), "The Curious Case of the South Korean Music Market" (PDF), MIDiA Consulting (dalam bahasa Inggeris), m/s. 4, dicapai pada 2 Disember 2015
- ^ "MelOn Biz". LOEN Entertainment (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2012. Dicapai pada 3 Mei 2018.
- ^ "Melon Indonesia". Melon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-13. Dicapai pada 1 November 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "MelOn kini 100% Merah Putih". Indotelko. 31 Oktober 2016. Dicapai pada 1 November 2016.
- ^ Yoon Sung-won (11 Januari 2016). "Kakao acquires Loen". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2016.
- ^ Glenn Peoples (11 Januari 2016). "South Korea's Biggest Music Subscription Service Acquired by Mobile Messaging Company". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Februari 2016.
- ^ "Winners from the '2012 MelOn Music Awards'!". Allkpop (dalam bahasa Inggeris). 14 Disember 2012. Dicapai pada 21 September 2013.
- ^ Kim, JiYeon (25 November 2011). "IU, B2ST, 2NE1 Win Big at 2011 Melon Music Awards". enewsWorld (dalam bahasa Inggeris). CJ E&M. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-02. Dicapai pada 13 Mei 2016. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)
Pautan luar
- Tapak web rasmi (Korea)
- Melon di Facebook
- Melon di Twitter
- Saluran Melon di YouTube