Zaman Heisei (平成時代 , Heisei-jidai) merupakan tempoh pemerintahan Maharaja Jepun ke-125, Akihito. Zaman ini bermula dari 8 Januari 1989 yakni sehari selepas kemangkatan ayahandanya Maharaja Hirohito sambil baginda puteranya ditabalkan, sehingga 30 April 2019 apabila Akihito turun takhta pada hari tersebut.[1]
Zaman ini disusuli dengan zaman Reiwa apabila putera baginda maharaja, Naruhito ditabalkan menjadi penguasa bertakhta seterusnya sejak 2019.
Penamaan zaman
Aksara-aksara untuk menulis nama "Heisei" iaitu 「平」 (hei, へい) dan「成」 (sei, せい) memetik dari dua kitab bersejarah Cina iaitu Catatan Sejarawan Agung dan Kitab Catatan masing-masing seperti berikut:
Teks asal: | 内平外成 |
---|---|
Pinyin | neì píng wài chéng |
Penjepunan: | 内平かに外成る |
Transliterasi | Uchi tairaka ni soto naru |
Maksud |
Teks asal: | 地平天成 |
---|---|
Pinyin | dì píng tiān chéng |
Penjepunan: | 地平かに天成る |
Transliterasi | Chi tairaka ni ten naru |
Maksud |
Kedua-duanya ditafsirkan membawa maksud "kedamaian serata".[2]
Rujukan
- ^ "Japan's emperor to abdicate on April 30, 2019: gov't source". english.kyodonews.net. Kyodo News. 1 December 2017.
- ^ 「明治」の由来は何ですか? (dalam bahasa Jepun). Kuil Meiji. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada 3 Mei 2019.
Didahului oleh Shōwa |
Zaman Jepun Heisei 8 Januari 1989 – 30 April 2019 |
Diikuti oleh: Reiwa |