Kanbun (漢文 , "Tulisan Han"[1]) adalah cara pembacaan dan penerjemahan bahasa Cina Klasik kepada bahasa Jepun yang dikembangkan pada zaman Nara.
Cara pentafsiran
Kaeriten (返り点)
Kaeriten merupakan kaedah menanda aksara-aksara Cina agar ditukar daripada tatabahasa Bahasa Cina kepada tatabahasa Bahasa Jepun. Ia terdiri daripada beberapa tanda berupa angka dan aksara tertentu:[2][3]
- Angka
- 一 ichi
- 二 ni
- 三 san
- 四 yon
- Aksara
- 上 ue
- 中 naka
- 下 shita
- 甲 kinoe "pertama"
- 乙 kinoto "kedua",
- 丙 hinoe "ketiga",
- 丁 hinoto "keempat"
Komponen hiragana yang menandakan kata kerja serta kata penghubung diletakkan di akhir. Kana bantuan sebutan boleh juga ditambahkan sebagai pelengkap.
Jenis
Kaedah kanbun terdiri dari dua jenis:[4]
- Kanbun asli (純漢文 , jun-kanbun), kanbun dengan tatabahasa dan ragam tulis bahasa Cina Klasik
- Kanbun aneh (変体漢文 , hentai kanbun), bentuk menyimpang dari kanbun biasa ditulis oleh orang Jepun tanpa sebarang penerapan bahasa Cina Klasik tidak lagi dipakai. Ayat kalimat ditulis dalam susunan tatabahasa Jepun dengan tambahan "tanda-tanda penjelasan" (訓点 kunten). Kanbun jenis ini dipakai sejak zaman Heian untuk menulis dokumen rasmi seperti buku sejarah, undang-undang, buku harian dan surat; ia banyak mengembangkan perbendaharaan bahasa Jepun melalui kata-kata dipinjam dari bahasa Cina.
Lihat juga
- Gugyeol, sistem yang seumpama dalam bahasa Korea
Rujukan
- ^ Matsumura, Akira, penyunting (2006). Daijirin 大辞林 [Great Forest of Words] (dalam bahasa Jepun) (ed. 3rd). Tōkyō: Sanseidō. ISBN 9784385139050.
- ^ Nelson, Andrew Nathaniel (1966). The Modern Reader's Japanese-English Character Dictionary (ed. 2nd rev.). Tokyo, Japan: Rutland, Vt. C. E. Tuttle. ISBN 9780804804080. LCCN 70024036. OCLC 152520495. OL 7302036W.
- ^ Crawcour, Sydney (1965). An Introduction to Kambun. Ann Arbor, Michigan: Michigan Center for Japanese Studies. m/s. xvi–xvii. ASIN B0007DRCCY. hdl:2027/spo.akz7043.0001.001. LCCN 66065322. OL 16806692W.
- ^ Minegishi, Akira (1986). Hentai Kanbun( 変体漢文). Tokyo: Tokyodo Shuppan. ISBN 4-4902-0104-4. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)
Pautan luar
- International Research Project Based on Kanbun Sources to Reconstruct a View of Japanese Culture, Universiti Nishōgakusha