Heinz Guderian | |
---|---|
Ketua Staf Am Markas Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 21 Julai 1944 – 28 Mac 1945 | |
Ketua | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Adolf Heusinger |
Digantikan oleh | Hans Krebs |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Heinz Wilhelm Guderian 17 Jun 1888 Kulm, Prusia Barat, Prusia, Empayar Jerman (sekarang Chełmno, Poland) |
Mati | 14 Mei 1954 Schwangau, Bavaria, Jerman Barat | (umur 65)
Pasangan | Margarete Goerne (k. 1913) |
Anak |
|
Anugerah awam | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Tandatangan | |
Nama panggilan | Schneller Heinz Hammering Heinz[1] |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Jerman (1907–1918) Republik Weimar (1919–1933) Jerman Nazi (1933–1945) |
Cabang | Tentera Darat Imperial Jerman Reichsheer Tentera Darat Jerman |
Tahun khidmat | 1907–1945 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Panzer |
Pangkalan | Divisyen Ke-2 Panzer Kor XVI Kor XIX Tentera Darat Ke-2 Panzer |
Perang/Pertempuran | |
Heinz Wilhelm Guderian (17 Jun 1888–14 Mei 1954) ialah seorang Jeneral tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau seorang pelopor peperangan berperisai, dan merupakan seorang pendokong penggunaan kereta kebal dan penjenteraan Wehrmacht (Angkatan Tentera Jerman). Pasukan panzer (armor) Jerman dibangunkan di bawah arahannya sebagai Ketua Pasukan Bergerak. Beliau merupakan komander pasukan panzer yang berjaya dalam beberapa kempen Perang Dunia Kedua, dan menjadi Inspektor Jeneral Pasukan Armor, dinaikkan pangkat ke Generaloberst ("Kolonel Jeneral"), dan merupakan Ketua Staf Am Heer (Tentera Darat Jerman) pada tahun terakhir Perang Dunia Kedua.
Teori Guderian
Tentera Darat Jerman mencetuskan idea menembusi barisan statik dengan meengguna penumpuan angkatan gabungan kesemua cabang tentera semasa Perang Dunia Pertama, yang mereka gerakkan pada Serangan Musim Bunga pada tahun 1918. Namun, mereka gagal mendapat keputusan muktamad oleh sebab unsur-unsur bulus berjalan kaki dan tidak dapat mengekalkan momentum serangan awal.
Infantri berkenderaan merupakan kunci pengekalan penerobosan, dan sehingga tahun 1930-an, idea itu tidak dapat dilaksanakan. Marsyal Soviet Mikhail Tukhachevsky mengembangkan idea itu akan tetapi doktrinnya dicemuh sebagai bertentangan dengan prinsip-prinsip Komunis dan beliau di hukum mati pada tahun 1937.
Guderianlah orang yang pertama yang mengembang serta menyokong strategi blitzkrieg dan mengilap doktrin ke dalam bentuk lengkapnya. Beliau meringkaskan taktik bitzkrieg scabai cari bagi mewujudkan angkatan di mana divisyen-divisyen armor dan berkenderaan bekerja bersama-sama dan saling membantu demi mencapai kejayaan muktamad. Dalam bukunya Ketua Panzer, beliau menulis:
Dalam tahun ini (1929) saya menjadi yakin bahawa kereta kebal yang bergerak dalam kelompok sendir atau bersama-sama infantri tidak akan dapat mencapai kejayaan bermakna. Kajian sejarah saya; latihan ketenteraan yang dilakukan di England dan pengalaman kita dengan pengolokan armor meyakinkan saya bahawa kereta kebal tidak akan dapat memberi kesan penuh jika senjata bantuan yang diperlukan tidak dinaik taraf ke standard kereta kebal dari segi kelajuan dan prestasi merentas desa. Dalam formasi sedemikian, kereta kebal semestinya perlu memainkan peranan utama; senjata-senjata lain digunakan mengikut keperluan armor. Adalah salah jika kereta kebal diletakkan dalam divisyen infantri: apa yang diperlukan ialah divisyen armor yang dimasukkan kesemua pasukan agar dapat bertempur dengan kesan sepenuhnya.[2]
Guderian mempercayai bahawa perkembangan teknologi tertentu perlu berlaku selari dengan blitzkrieg bagi memastikan kejayaan keseluruhan teori, terutamanya dalam bidang komunikasi dan peralatan visual khusus yang perlu dibekalkan kepada divisyen armor amnya, dan kereta kebal khususnya. Dalam tahun 1933 Guderian berkeras, dalam pemerintahan tinggi, bahawa setiap kereta kebal dalam angkatan armor Jerman perlu dilengkapi radio dan peraltan visual agar dapat membolehkan komander kereta kebal berkomunikasi dan berperanan sebagai penentu dalam blitzkrieg.[3]
Perang Dunia Kedua
Pada Perang Dunia Kedua, Guderian mula-mula berkhidmat sebagai panglima Kor ke-XIX dalam serangan terhadap Poland. Beliau sendiri memimpin angkatan Jerman dalam Pertempuran Wizna dan Pertempuran Kobryn, sekaligus menguji teorinya dengan keadaan nyata peperangan buat kali pertama. Selepas serangan itu beliau mengusir tuan punya hartanah (orang Poland) di kawasan Warthegau Poland dan mengambil alih hartanah tersebut. [4] Guderian memaklumkan Erich von Manstein bahawa beliau diberi senarai estet Poland yang dikajinya buat beberapa hari sebelum membuat keputusan hartanah mana yang akan diambilnya; selepas Perang, beliau menukar haribulan dan keadaan pemilikan hartanah bagi menggambarkan bahawa pemilikan hartanah tersebut sebagai hadiah sah buat persaraannya.[5]
Dalam operasi Fall Gelb, beliau memimpin serangan yang merentasi Hutan Ardennes, menyeberangi sungai Meuse dan menembusi barisan pertahanan Perancis di Sedan. Sewaktu kempen Perancis, beliau mengetaui pasukan Panzernya dalam kemaraan pantas ala blitzkrieg dan diberi nama cembung "Der schnelle Heinz" (Heinz yang pantas) oleh anggotanya.[6] Grup panzer Guderian mengepalai "perlumbaan ke laut" yang membahagikan kepada dua tentera Berikat, dan seterusnya menghalang tentera Perancis dan Pasukan Ekspedisi British (British Expeditionary Force, BEF) di utara Perancis dan Belgium daripada mendapat bekalan minyak, makanan, alat ganti, dan peluru. Berhadapan dengan perintah para ketuanya yang kerisauan agar beliau berhenti mara pada satu ketika, beliau berjaya meneruskan kemaraannya dengan menyatakan bahawa beliau sedang melakukan "tinjauan dengan kekuatan". Jajaran Guderian tidak diberi peluang untuk menghancurkan pertapakan Berikat di Dunkirk berikutan perintah masyhur daripada pemerintahan tingginya.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Fähnrich - 28 Februari 1907
- Leutnant - 27 Januari 1908
- Oberleutnant - 8 November 1914
- Hauptmann - 18 Disember 1915
- Major - 1 Februari 1927
- Oberstleutnant - 1 Februari 1931
- Oberst - 1 Oktober 1933
- Generalmajor - 1 Ogos 1936
- Generalleutnant - 10 Februari 1938
- General der Panzertruppe - 23 November 1938
- Generaloberst - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1: 8 November 1916
- Iron Cross (1914) Kelas 2: 17 September 1914
- Pingat Kesatria Kelas 2 Darjah Friedrich Wurttemberg berserta Pedang
- Medal Peringatan Perang Austria berserta Pedang
- Medal Peringatan Perang Hungary berserta Pedang
- Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1
- Medal Peringatan Anschluss (13 Mac 1938)
- Medal Peringatan Sudetenland berserta Lencana Istana Prague (1 Oktober 1938)
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 1: 13 September 1939
- Lencana Iron Cross (1939) Kelas 2: 5 September 1939
- Lencana Panzer warna Perak
- Knight Cross of the Iron Cross: 27 Oktober 1939
- Darjah Daun Oak bagi Knight Cross of the Iron Cross: 17 Julai 1941
- Nama Guderian disebut lima kali dalam Wehrmachtbericht (Laporan Angkatan Tentera) iaitu pada 6 Ogos 1941, 7 Ogos 1941, 21 September 1941, 18 Oktober 1941 dan 19 Oktober 1941. Ini membolehkan beliau tersenarai dalam Daftar Kehormat Tentera Darat Jerman. (Orang-orang atau unit-unit tentera yang disebut dalam Wehrmachtbericht dianggap satu penghormatan besar tentera dan dipandang tinggi)
Lihat juga
- Hermann Goering * Gerd von Rundstedt * Erich Raeder * Fedor von Bock * Wilhelm Ritter von Leeb * Walther von Brauchitsch * Wilhelm Keitel * Walther von Reichenau * Erwin von Witzleben * Gunther von Kluge * Wilhelm List * Georg von Kuchler * Erich von Manstein * Friedrich Paulus * Ernst Busch * Ewald von Kleist * Maximilian Freiherr von Weichs * Walter Model * Ferdinand Schorner * Erwin Rommel * Alfred Jodl * Panzer
Bibliografi
- Guderian, Heinz (1937). Achtung - Panzer! (ed. reissue). Sterling Press. ISBN 0-304-35285-3. Guderian reviews the development of armoured forces in the European nations and Soviet Russia, and describes what he felt was essential for the effective use of armoured forces.
- Guderian, Heinz (1942). Mit Den Panzern in Ost und West. Volk & Reich Verlag.
- Guderian, Heinz (1950). Kann Westeuropa verteidigt werden?. Plesse-Verlag.
- Guderian, Heinz (1952). Ketua Panzer. Da Capo Press Reissue edition, 2001. New York: Da Capo Press. ISBN 0-306-81101-4. Guderian describes his time as an officer in charge of various German armoured forces. Originally published in German, titled Erinnerungen eines Soldaten (Memories of a Soldier) (Kurt Vowinckel Verlag, Heidelberg 1950; 10th edition 1977).
- Alman, Karl (2008). Panzer vor - Die dramtische Geschichte der deutschen Panzerwaffe und ihre tapferen Soldaten. Würzburg, Germany: Flechsig Verlag. ISBN 978-3-88189-638-2.
- Balck, Hermann General Hermann Balck : an interview 12 January 1979. Merriam Press, Bennington, Vermont, 2000. ISBN
- Clark, Alan (1965). Barbarossa: The Russian-German Conflict 1941-45. New York: HarpersCollins. ISBN 978-0-688-04268-4.
- Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Guderian, Heinz (1937). Achtung - Panzer!. Sterling Press. ISBN 0-304-35285-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Guderian, Heinz (1952). Panzer Leader. New York: Da Capo. ISBN 0-306-81101-4. Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan).CS1 maint: ref=harv (link) - Rommel, Erwin (1982) [1953]. Liddell Hart, B. H. (penyunting). The Rommel Papers. New York: Da Capo Press. ISBN 978-0-306-80157-0.
- Schaulen, Fritjof (2003). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe I Abraham – Huppertz (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-20-1. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Williamson, Gordon and Bujeiro, Ramiro (2004). Knight's Cross and Oak Leaves Recipients 1939-40. Osprey Publishing Ltd. ISBN 1-84176-641-0.
- Young, Desmond (1950). Rommel The Desert Fox. New York: Harper & Row. OCLC 48067797.CS1 maint: ref=harv (link)
- Zimmer, Phil (October 2013) "Blitzkrieg Author" World War II History pp. 10–15, Volume 12, Number 6.
Nota
- ^ Boot 2006, m/s. 223.
- ^ p. 13
- ^ Guderian, Ketua Panzer, ms. 20.
- ^ James V. Koch, review Diarkibkan 2005-03-06 di Wayback Machine of Guderian: Panzer General by Kenneth Macksey
- ^ Corrupt Histories Emmanuel Kreike, William Chester Jordan, page 123, University of Rochester Press 2005
- ^ Guderian, Panzer Leader.
Bacaan lanjut
- Beevor, Antony, Berlin: The Downfall (2002)
- Corum, James, The Roots of Blitzkrieg (1992)
- Kershaw, Ian, Hitler 1936–1945: Nemesis (2001)
- Macksey, Kenneth, Guderian: Panzer General (1992, revision of Guderian, Creator of the Blitzkrieg, 1976)
- Searle, Alaric, Wehrmacht Generals, West German Society, and the Debate on Rearmament, 1949-1959, Praeger Pub., (2003).
- Walde, Karl J., Guderian (1978)
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Heinz Guderian |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Heinz Guderian |
- Personality Profile - General Heinz Guderian by the Journal of the Singapore Armed Forces
- Generaloberst Heinz Wilhelm Guderian at Achtung Panzer!
- Guderian's grave at Find-A-Grave
- song Roads to Moscow, Al Stewart [1]
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh — |
Panglima 2. Panzer-Armee 5 Oktober 1941 – 25 Disember 1941 |
Diikuti oleh: Generaloberst Rudolf Schmidt |
Didahului oleh Kurt Zeitzler |
Ketua Staf Am OKH Julai 1944 – Mac 1945 |
Diikuti oleh: Hans Krebs |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh Alexander Novikov |
Kulit Depan Majalah Time 7 Ogos1944 |
Diikuti oleh: Sir Arthur Coningham |