Fil Marsyal Erwin von Witzleben | |
---|---|
Nama lahir | Job Wilhelm Georg Erdmann Erwin von Witzleben |
Kelahiran | Breslau, Empayar Jerman | 4 Disember 1881
Meninggal dunia | 8 Ogos 1944 Penjara Plötzensee, Berlin, Jerman Nazi | (umur 62)
Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Heer |
Tahun perkhidmatan | 1901–1944 |
Pangkat | Generalfeldmarschall |
Unit | Infantri |
Arahan | Tentera Darat Pertama, 1939-40 Kumpulan Tentera Darat D, 1940-41 Angkatan Tentera Barat, 1941-42 |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern |
Job Wilhelm Georg Erdmann Erwin von Witzleben (4 Disember 1881 – 8 Ogos 1944) adalah seorang Fil Marsyal Jerman semasa Perang Dunia II. Pada September 1939, Generaloberst Witzleben, mengambil alih Tentera Darat Pertama Jerman yang bertempat di Perbatasan Barat. Apabila Jerman menyerang Perancis pada 10 Mei 1940, Tentera Darat Pertama adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat C. Pada 14 Jun ia menerobos masuk ke Garis Maginot, dan dalam masa 3 hari telah memaksa beberapa divisyen Perancis menyerah kalah. Beliau adalah salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-8 dalam senioriti Tentera Darat Jerman
Pada tahun 1941 beliau juga dilantik sebagai Panglima Tertinggi OB West, menggantikan Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt, tetapi setahun kemudian melepaskan jawatannya atas alasan kesihatan. Namun, sesetengah sumber mendakwa beliau telah dipaksa bersara selepas mengkritik kerajaan kerana menceroboh Soviet Union pada 22 Jun 1941. Seorang konspirator utama dalam Plot 20 Julai,[1] beliau telah dicalonkan sebagai Panglima Tertinggi Wehrmacht didalam kerajaan pasca Nazi jika plot itu berjaya. Pada 8 Ogos 1944, selepas dibicarakan oleh "Mahkamah Rakyat" (Volksgerichtshof), Witzleben telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Plötzensee, Berlin.
Tarikh kenaikkan pangkat
- Leutnant - 22 Mac 1901 (dengan senioriti 1 Jun 1901)
- Oberleutnant - 16 Jun 1910
- Hauptmann - 8 Oktober 1914
- Major - 1 April 1923
- Oberstleutnant - 1 Januari 1929
- Oberst - 1 April 1931
- Generalmajor - 1 April 1934
- Generalleutnant - 1 Disember 1934
- General der Infanterie - 1 Oktober 1936 (dengan senioriti 1 Mac 1936)
- Generaloberst - 1 November 1939
- Generalfeldmarschall - 19 Julai 1940
Anugerah kebesaran
- Iron Cross (1914) Kelas 1 dan Kelas 2
- Darjah Kepujian Tentera Bavaria Kelas 4 berserta Pedang
- Salib Hanseatic Hamburg
- Pingat Kehormatan Reuss Kelas 3 berserta Pedang dan Mahkota
- Pingat Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang
- Lencana Cedera warna Hitam: 1918
- Pingat Khidmat Lama Prusia
- Medal Helang Silesia Kelas 2
- Satria Keadilan Darjah Saint John Bailiwick of Brandenburg
- Kesatria Kehormat Darjah Saint John Bailiwick of Brandenburg
- Pingat Kehormatan Pejuang (1934)
- Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas 4 hingga Kelas 1
- Lencana Kehormat Olimpik Jerman Kelas 2
- Medal Peringatan Sudetenland
- Daun Oak bagi Pingat Khidmat Lama Angkatan Tentera Kelas Khas
- West Wall Medal: 2 Ogos 1939
- Pingat Semat Iron Cross (1939) Kelas 1 dan 2: September 1939
- Knight Cross of the Iron Cross: 24 Jun 1940
Lihat juga
Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman
- Hermann Goering (kemudian Marsyal Empayar)
- Werner von Blomberg
- Gerd von Rundstedt
- Erich Raeder
- Fedor von Bock
- Wilhelm Ritter von Leeb
- Walther von Brauchitsch
- Wilhelm Keitel
- Walther von Reichenau
- Gunther von Kluge
- Albert Kesselring
- Hugo Sperrle
- Wilhelm List
- Erhard Milch
- Eduard Freiherr von Bohm-Ermolli
- Erwin Rommel
- Georg von Kuchler
- Erich von Manstein
- Friedrich Paulus
- Ernst Busch
- Ewald von Kleist
- Maximilian Freiherr von Weichs
- Karl Donitz
- Wolfram Freiherr von Richthofen
- Walter Model
- Ferdinand Schorner
- Robert Ritter von Greim
- Plot 20 Julai
Penggambaran dalam media
- East German actor Otto Dierichs depicted Witzleben in the 1970 Eastern Bloc co-production Liberation.
- Joachim Bissmeier portrays von Witzleben in the 2004, Stauffenberg.
- English Actor David Schofield portrays von Witzleben in the 2008 Bryan Singer thriller Valkyrie.
Nota mengenai nama-nama peribadi
- The terms Schenk and Graf in "Claus Schenk Graf von Stauffenberg" began as titles, but are now considered additional name elements; with the 1918 revolution noble titles were abolished in Germany. Families in the former nobility got around the law by making the title a legal part of the person's name. Schenk was a role-title ("Butler" or "Cup-bearer"); Graf was the title "Count".
- Likewise, the term Freiherr in "Kurt Freiherr von Hammerstein-Equord" is now also a name element, not a title, Freiherr is equivalent to "Baron".
Rujukan am
- Fellgiebel, Walther-Peer (2000), Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945. Podzun-Pallas.
- Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives. Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Erwin von Witzleben |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh tiada |
Panglima 1. Armee 26 Ogos 1939 – 23 Oktober 1940 |
Diikuti oleh: Jeneral Johannes Blaskowitz |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt |
Oberbefehlshaber West 1 Mei 1941 – 15 Mac 1942 |
Diikuti oleh: Generalfeldmarschall Gerd von Rundstedt |
- ^ Exponat: Photo: Witzleben, Erwin von, 1941–1944 at www.dhm.de