Gunung Tok Wan | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 676 m (2,218 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Daerah Hulu Langat, Selangor |
Induk banjaran | Banjaran Titiwangsa |
Gunung Tok Wan merupakan sebuah gunung yang terletak di timur Semenyih, Selangor, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Gunung ini mempunyai ketinggian 675 meter dari paras laut.
Asal usul nama
Nama gunung Tok Wan diberi sempena peneroka awal Dato’ Wan Mohamad Nazarie. Gunung ini telah diterokai oleh kumpulan pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia diketuai Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Dato Wan Mohamad Nazarie. Bersama dua anak beliau, Dr Wan Fahmi & Wan Farhan.
Pendakian
Gunung Tok Wan terletak di atas puncak Bukit Broga, Semenyih. Laluannya pula merentasi Bukit Broga dahulu, sebelum sampai ke Gunung Tok Wan.