Ibu wilayah | Maebashi |
Kawasan | Kantō |
Pulau | Honshū |
Gabenor | Masaaki Osawa |
Keluasan | 6,363.16 km² (21st) |
- % air | 0.2% |
Penduduk (1 Mac 2008) | |
- Populasi | 2,014,608 (ke-19) |
- Kepadatan penduduk | 317 /km² |
Daerah | 8 |
Perbandaran | 39 |
ISO 3166-2 | JP-10 |
Laman rasmi | www.pref.gunma.jp/ english/ |
Lambang Wilayah | |
- Bunga | Azalea Jepun (Rhododendron japonicum) |
- Pokok | Pain Hitam Jepun (Pinus thunbergii) |
- Burung | Burung Kuang Gangsa (Phasianus soemmerringii) |
- Fish | Ikan Ayu (Plecoglossus altivelis) |
Lambang Wilayah Gunma Lambang Wilayah Gunma |
Wilayah Gunma (群馬県 , Gunma-ken) ialah sebuah wilayah di Jepun yang terletak di sudut barat laut di kawasan Kantō di pulau Honshū. Ibu kotanya ialah Maebashi.
Geografi
Sebagai salah satu daripada lapan wilayah tak berpantai di Jepun, Gunma ialah wilayah paling barat laut di dataran Kantō. Kecuali bahagian-bahagian tengah dan tenggara yang tertumpunya kebanyakan besar penduduknya, wilayah ini banyak bergunung-ganang. Wilayah Gunma bersempadan dengan wilayah-wilayah Niigata dan Fukushima di utara, wilayah Tochigi di timur, wilayah Nagano di barat, dan wilayah Saitama di selatan.
Antara gunung-gunung utama di Gunma termasuk Gunung Akagi, Gunung Haruna, Gunung Myōgi, Gunung Nikkō-Shirane dan Gunung Asama yang terletak di sempadan Nagano. Gunung-gunung Akagi, Haruna dan Myōgi dikenali sebagai "Tiga Gunung Jōmō", dan juga ditampilkan dalam babak-babak perlumbaan dalam siri manga Initial D. Sungai-sungainya termasuk Sungai Tone, Sungai Agatsuma, dan Sungai Karasu.
Bandaraya
12 bandaraya terletak di wilayah Gunma:
Bandar dan kampung
Bandar dan kampung di setiap daerah:
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Wilayah Gunma |