Tusam Pain Julat zaman: Barremia–Terkini
| |
---|---|
Tusam merah Korea (Pinus densiflora) di Korea Utara. | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Gimnosperma |
Divisi: | Pinofita |
Kelas: | Pinopsida |
Order: | Pinales |
Keluarga: | Pinaceae |
Subkeluarga: | Pinoideae |
Genus: | Pinus L. |
Spesies jenis | |
Pinus sylvestris | |
Subgenus | |
Lihat Senarai spesies Pinus untuk aturan lengkap pada tahap spesies. Lihat Senarai tusam mengikut kawasan untuk senarai spesies mengikut taburan geografi. | |
Julat Pinus. |
Pinus ialah genus tumbuhan konifer[1] dalam keluarga Pinaceae merangkumi 187 spesies pokok[2] yang diberikan nama-nama umum tusam, pain atau sanubar.[3][4] Spesies-spesies dalam genus ini banyak bertaburan di Hemisfera Utara terutamanya di kawasan pergunungan bertanah baik;[5] ada satu spesies pokok yang boleh didapati di kawasan beriklim tropika iaitu tusam sumatera (Pinus merkusii) pada latitud 2° S dari Khatulistiwa di pulau Sumatera.[6]
Peristilahan
Perkataan pain[7] diserap daripada kata Inggeris pine yang dijejak semula pada kata Latin pīnus[8] yang dipakai pada spesies Pinus sylvestris.[9] Kata Latin itu juga diserap menjadi nama genus pokok ini.
Perkataan "sanubar" diserap daripada Arab: صَنَوْبَر ṣanawbar melalui bahasa Parsi.[10]
Ciri-ciri
Pokok-pokok tusam atau pain ini jenis malar hijau yang mampu tumbuh setinggi 3 hingga 80 meter purata; banyak spesies tusam mampu mencecah ketinggian 15 hingga 45 meter.[11] Batang kayu pokok ini cenderung berkulit tebal dan bersisik namun ada jenis yang berkulit nipis juga.[12]
Pokok tusam hidup lama mencecah 100 hingga 1,000 tahun atau lebih. Pokok yang diukur paling tua pernah ditemukan di kaki Gunung Wheeler terletak di barat Nevada, Amerika Syarikat yang berusia 4,900 tahun; pokok itu ditumbangkan tanpa disedari dalam suatu kerja penyelidikan iklim setempat pada 1964.[13][14] Spesies yang masih hidup pada hari ini didapati di Pergunungan Putih, tenggara California dengan nama "Methuselah" yang berusia sampai 4,600 tahun.[15]
Kegunaan
Dalam perkakasan
Kayu tusam merupakan antara jenis kayu yang paling direbutkan secara komersil dalam pembuatan perabot dan kertas di serata dunia.[16][17]
Daun-daun pokok ini mempunyai pelbagai kegunaan: pucuknya boleh digantung sebagai hiasan[18] manakala dedaunnya boleh dianyam menjadi bakul atau bekas.[19]
Sebagai sumber makanan
Biji keras yang didapatkan dari buah pokok genus ini dapat digunakan dalam pelbagai jenis masakan terutamanya sebagai ramuan pesto di Itali serta sajian seperti kibbeh, sambusak, baklava dan sebagainya di Timur Tengah.
Daun-daun tusam muda boleh diseduh dan diminum airnya seakan-akan teh dalam kalangan orang-orang Nordik dan Asia Timur,[20][21] ia turut dijadikan bahan pembuatan arak khas di rantau Asia.[21]
Umbut teras batang tusam boleh dimakan mentah atau dikisar menjadi tepung yang boleh dibuat roti atau pemekat kuah sup.[20] Kulit kayunya kaya dengan vitamin A dan C.[22]
Perubatan
Para tabib Cina menggunakan getah tusam untuk merawat luka terbakar dan masalah kulit lain.[23]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Sunset Western Garden Book. 1995. m/s. 606–607. ISBN 978-0-376-03851-7.
- ^ "Pinus (L.)". World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 14 Ogos 2022.
- ^ Efrida Basri (2020). Yusuf Sudo Hadi; Tommy Listyanto (penyunting). Teknologi pengeringan kayu. PT Penerbit IPB Press. m/s. 27-28. ISBN 9786232561687.
Kandungan resin tinggi pada kayu karet (Hevea brasiliensis) dan tusam (Pinus spp.) juga merusak...
- ^ "Pinus". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ "Pine Trees". Basic Biology (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2019.
- ^ "Pinus merkusii / Sumatran pine". Conifer Species (dalam bahasa Inggeris). American Conifer Society. Dicapai pada 18 Oktober 2021.
- ^ "pain II". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
- ^ "pine". American Heritage Dictionary of the English Language (ed. ke-4). Dicapai pada 14 Ogos 2022.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "pinus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "sanubar". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 386 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Fattig, Paul (23 Januari 2011). "Tallest of the tall". Mail Tribune. Medford, Oregon. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2012.
- ^ Porter, V.I. (2018). Mystique Melodies. Dorrance Publishing.
- ^ Miranda, Carolina A. (28 Februari 2015). "Follow-up: More tales of the Prometheus tree and how it died". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Eveleth, Rose (15 November 2012). "How One Man Accidentally Killed the Oldest Tree Ever". Smithsonian (dalam bahasa Inggeris). Institusi Smithson. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
- ^ Ryan M, Richardson DM (December 1999). "The Complete Pine". BioScience. 49 (12): 1023–1024. doi:10.2307/1313736. JSTOR 1313736.
- ^ "Choosing a Timber Species". Timber Frame HQ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2018.
- ^ "Trees for pulp" (PDF). Paper.org.
- ^ "5 Ways to Decorate with Pine Boughs". Home Decorating Trends - Homedit (dalam bahasa Inggeris). 4 Disember 2012. Dicapai pada 4 Januari 2018.
- ^ McAfee MJ (1911). The pine-needle basket book. The Library of Congress. New York: Pine-Needle Pub. Co.
- ^ a b Angier, Bradford (1974). Field Guide to Edible Wild Plants. Harrisburg, PA: Stackpole Books. m/s. 166–167. ISBN 0-8117-0616-8. OCLC 799792.
- ^ a b Zeng WC, Jia LR, Zhang Y, Cen JQ, Chen X, Gao H, Feng S, Huang YN (March 2011). "Antibrowning and antimicrobial activities of the water-soluble extract from pine needles of Cedrus deodara". Journal of Food Science. 76 (2): C318–23. doi:10.1111/j.1750-3841.2010.02023.x. PMID 21535752.
- ^ "Pinus / pine | Conifer Genus". American Conifer Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 September 2022.
- ^ Ulukanli Z, Karabörklü S, Bozok F, Ates B, Erdogan S, Cenet M, Karaaslan MG (December 2014). "Chemical composition, antimicrobial, insecticidal, phytotoxic and antioxidant activities of Mediterranean Pinus brutia and Pinus pinea resin essential oils". Chinese Journal of Natural Medicines. 12 (12): 901–10. doi:10.1016/s1875-5364(14)60133-3. PMID 25556061.