![]() Grifon besar Vendée | |||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Grifon[a] ialah sejenis anjing, iaitu koleksi baka yang pada asalnya merupakan anjing pemburu. Terdapat tiga susur galur jenis grifon yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI): Grifon Vendée, anjing penuding berbulu dawai, dan smousje (anjing teman Belgium atau smoushond Belanda). Jenis grifon bercirikan bulu kasar atau dawai.
Grifon disebut seawal Xenophon.[1][2] Anjing, Canis Segusius, yang digunakan oleh orang Gaul ialah grifon.[3][4] Antara baka tertua merupakan anjing penuding berbulu dawai Itali atau spinone Itali (FCI #165) dan baka yang dibiakbakakan oleh Eduard Karel Korthals yang berasal dari Negeri-Negeri Pamah (Belgium, Belanda, Perancis utara) yang mempunyai muncung pendek berjanggut. Smousje, iaitu anjing kecil yang disebut sejak Zaman Pertengahan di Negeri-Negeri Pamah, yang terkenal dengan perangai tegas dan sekata dan lapis bulu kasarnya, ialah ternakan pembiakbakaan awal untuk grifon Brussel.[5][6][7]
Baka grifon
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu bau (FCI Kumpulan 6, Seksyen 1)
- saiz besar, bulu panjang
- saiz sederhana, bulu kasar
- saiz kecil
Anjing penuding
Anjing penuding (FCI Kumpulan 7, Seksyen 1)
- Anjing berjanggut Czech atau grifon penuding berbulu dawai Bohemia (FCI #245)
- Grifon penuding berbulu dawai atau grifon Korthals atau grifon penuding berbulu dawai Perancis (FCI #107)
- Anjing penuding berbulu dawai Hungary (FCI #239)
- Anjing penuding berbulu dawai Jerman (FCI #98)
- Anjing penuding berbulu kasar Jerman
- Anjing penuding berbulu kasar Slovakia atau anjing penuding berbulu dawai Slovakia (FCI #320)
- Spinone Itali atau grifon Itali (FCI #165)
- Spinone Itali putih-jingga
- Spinone Itali perang berangan kemerah-merahan
Anjing teman/anjing mainan
Anjing teman kecil Belgium, "smousje" (FCI Kumpulan 9, Seksyen 3)
- Grifon Brussel (FCI #80)
- Grifon Belgium (FCI #81)
- Anjing kecil Brabant atau grifon Brabant (FCI #82) - mempunyai lapis bulu licin pendek
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: ݢريفون; bahasa Inggeris: griffon
Rujukan
- ^ "Standard FCI N°107 GRIFFON A POIL DUR KORTHALS" [Piawaian FCI No. 107 Grifon Penuding Berbulu Dawai Korthals] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 September 2023. Dicapai pada 22 Mac 2025.
- ^ "FCI-Standard N° 107 GRIFFON D'ARRÊT À POIL DUR KORTHALS (Wire-Haired Pointing Griffon Korthals)" [Piawaian FCI No. 107 Grifon Penuding Berbulu Dawai Korthals] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Sporre-Willes, Renée; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 September 2023. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Standard FCI N° 17 GRIFFON NIVERNAIS" [Piawaian FCI No. 17 Grifon Nivernais] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2004. Dicapai pada 22 Mac 2025.
- ^ "FCI-Standard N° 17 GRIFFON NIVERNAIS" [Piawaian FCI No. 17 Grifon Nivernais] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Miller, John; Triquet, Raymond. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2004. Dicapai pada 26 November 2014.
- ^ "Standard FCI N° 80 GRIFFON BRUXELLOIS; Standard FCI N° 81 GRIFFON BELGE; Standard FCI N°82 PETIT BRABANÇON" [Piawaian FCI No. 80 Grifon Brussel; Piawaian FCI No. 81 Grifon Belgium; Piawaian FCI No. 82 Anjing Kecil Brabant] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 22 Mac 2025.
- ^ "FCI-Standard N° 80 GRIFFON BRUXELLOIS; FCI-Standard N° 81 GRIFFON BELGE; FCI-Standard N° 82 PETIT BRABANÇON" [Piawaian FCI No. 80 Grifon Brussel; Piawaian FCI No. 81 Grifon Belgium; Piawaian FCI No. 82 Anjing Kecil Brabant] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jeans-Brown, Pamela. Disemak oleh Raymond Triquet. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 8 Jun 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ van Lennep, John H. (1862). "Smousje" [Smousje]. Dalam Thomas, William John (penyunting). Notes and Queries [Catatan dan Pertanyaan] (dalam bahasa Inggeris). 1. Bell & Daldy. m/s. 239.