Gereja Protestan Kristian Batak atau Huria Kristen Batak Protestan ( HKBP, atau Batak Christian Protestant Church dalam Bahasa Inggeris) ialah sebuah gereja Lutheran Evangelis di kalangan orang Batak, umumnya Batak Toba di Indonesia . Gereja ini menggunakan gaya ibadat Ekumenikal .[2] [3] Dengan keahlian seramai 4,133,000, ia merupakan salah satu gereja Protestan terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara[4]. Cawangan gereja ini juga boleh didapati di kawasan diaspora batak seperti Gereja Protestan Kristian Batak di Malaysia dan Singapura.
Gereja ini berkembang daripada misi Persatuan Mubaligh Rhenish (RMG) dari Jerman yang diasaskan pada hari Isnin, 7 Oktober 1861. HKBP adalah anggota Persekutuan Gereja-gereja di Indonesia (PGI), anggota Dewan Gereja-gereja Asia (CCA), UEM Jerman, dan anggota Majlis Gereja Sedunia (WCC). Sebagai gereja yang berasaskan ajaran Lutheran, HKBP juga menjadi anggota dari Persekutuan Dunia Lutheran (LWF) yang berpusat di Jenewa, Swiss.
HKBP di Malaysia
Gereja HKBP terdapat di bandar-bandar utama Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, di mana komuniti Indonesia banyak menetap
Rujukan
- ^ "Konfesi HKBP". HKBP-Guidebook.com (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-22. Dicapai pada 2023-11-22.
- ^ "HKBP: Gereja Lutheran Gado-gado". SAEnababan.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-30. Dicapai pada 2022-07-06.
- ^ "Indonesia". Lutheran World Federation. Dicapai pada 15 September 2023.
- ^ "Serah Terima Jabatan Pimpinan HKBP Periode 2016-2020 Kepada Pimpinan HKBP Periode 2020-2024".
Galeri
-
Ludwig Ingwer Nommensen, adalah seorang mubaligh Lutheran Denmark (kini Jerman) ke tanah Batak, Sumatera Utara yang juga menterjemah Perjanjian Baru ke dalam bahasa Batak asli
-
Gereja di Balige, Sumatera Utara, dibina tahun 1917
Pautan Luar
- Tapak web rasmi
- van Klinken, Gerry. "Battle for the Pews". www.serve.com. Inside Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2005. Dicapai pada 2 February 2018.
- Sekolah Tinggi Theologia (Theological Seminary) HKBP