Ludwig Ingwer Nommensen (6 Februari 1834 – 23 Mei 1918) ialah seorang mubaligh Lutheran asal Jerman yang diutus ke tanah Batak, Sumatera Utara oleh Serikat Misionaris Rhein. Nommensen menghabiskan 56 tahun hidupnya sebagai penginjil (Pendakwah agama Nasrani) di Tapanuli. Beloau meubuhkan dan juga uskup pertama Gereja Protestan Kristian Batak. Beliau juga mentaksir allkitab ke bahasa Batak.
Stephen Neill, seorang ahli sejarah misi, menganggap Nommensen sebagai salah seorang mubaligh terhebat sepanjang zaman. Dia diperingati sebagai mubaligh pada 7 November dalam Kalendar Santo Gereja Lutheran bersama John Christian Frederick Heyer dan Bartholomäus Ziegenbalg .
Beliau sangat berminatdalam kerja mubaligh Kristian..Ia menyebabkan Nommensen mendaftar di seminari Rhenish Missionary Society (Serikat Misionaris Rhein) di Wuppertal - Barmen pada tahun 1857. Dia dihantar sebagai mubaligh ke Sumatera pada tahun 1862. Dia menumpukan perhatiannya dalam pendakwaan agama nasrani kepada orang Batak di pedalaman Sumatera. Dia mengalami kesukaran awal, tetapi kemudiannya berjaya menukar beberapa ketua tempatan dan pengikut mereka kepada agama Nasrani. Dia melaporkan bahawa 2000 orang Batak telah memeluk agama Nasrani menjelang 1865. Pada mulanya kebanyakan mualaf terpaksa meninggalkan kampung mereka dan datang untuk tinggal bersama Nommensen di Huta damenya (Village of Peace). Pada tahun 1878 beliau menyelesaikan terjemahan pertama Perjanjian Baru ke dalam bahasa Batak.
Rujukan
- Mubaligh Ludwig Nommensen ke Sumatera
- Scott W. Sunquist, ed., Dictionary of Asian Christianity (Grand Rapids, 2001), hlm. 608
- Gustav Menzel, Ein Reiskorn auf der Strasse: Ludwig I. Nommensen, "Apostel der Batak", (1984)
- IL Nommensen. Endgültiger Bericht über den Krieg di Sumatera . BRMG (Berichte der Rheinischen Missions-Gesellschaft) 1878 (12): 361-381
- Werner Raupp, "Nommensen, Ludwig Ingwer". Dalam: Biographisch-Bibliographisches Kirchenlexikon (BBKL). Band 6, Bautz, Herzberg 1993, , Sp. 1002–1006.
- Stephen Neil, A History of Christian Missions, (London: Penguin, 1964).