Framed: Can You Change Your Fate? | |
---|---|
Genre |
|
Pencipta | Kyle Goonting |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Sein Qudsi |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema |
|
Lagu pembukaan | "Udara" oleh Nadeera Zaini |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Raja Jastina Raja Arshad |
Penerbit | Zurina Ramli |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Izzat Emir Mainon Zahid Mukhlis |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Premier Astro GO Astro Ria (Episod 1 & 2 sahaja) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 3 Mei 2024 | – 21 Jun 2024
Kronologi | |
Mengikuti | I.D. |
Diikuti oleh | X-Change |
Framed: Can You Change Your Fate? ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Kyle Goonting. Dibintangi oleh Meerqeen, Mimi Lana, Ram Raaga dan Sangeeta Krishnasamy, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 3 Mei 2024 menggantikan I.D..[1][2]
Premis
Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak saat tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka siasatan untuk mengetahui misteri kehilangan ibunya.
Sewaktu menjalankan siasatan, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.
Pelakon
- Meerqeen sebagai Edi[1][3]
- Mimi Lana sebagai Lia[1][4]
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Rita[1]
- Ram Raaga sebagai Navin[1]
- Riz Amin sebagai Gibran[1]
- Zamarul Hisham sebagai Mansur[1]
- Khir Rahman sebagai Hassan[1]
- Namron sebagai Aziz[1]
- Kahoe Hon sebagai Ka Hong[1]
- Vanidah Imran sebagai Sara[1]
- Shaza Bae sebagai Azlina[1]
- Azri Iskandar sebagai Zul[1]
- June Lojong sebagai Yani[1]
- Michael Chen sebagai Inspektor Chong[1]
- Rusdi Ramli sebagai Hamzah[1]
- Zain Hamid sebagai Zaki[1]
- Ungku Ismail Aziz sebagai Mad[1]
- Dato' Fizz Fairuz sebagai Fakhrul[1]
- Rahhim Omar sebagai Kamarul[1]
- Ewan Fauzi sebagai Ayie[1]
- Adli Shinichi sebagai Hairul[1]
- Nizam Kama sebagai Bob[1]
Penerbitan
Menurut Sein Qudsi, Framed amat berbeza dengan karya arahannya sebelum ini. Beliau berkata: "Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan".[2]
Siaran
Framed memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO dan Astro Premier bermula 3 Mei 2024 setiap Jumaat.[2] Siri ini telah sohor kini satu jam selepas tayangan episod pertama.[5]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "Drama Framed (Astro Originals)". My Infotaip. 3 Mei 2024. Dicapai pada 5 Mei 2024.
- ^ a b c "ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN 'FRAMED' GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER". Astro Malaysia Holdings. 26 April 2024. Dicapai pada 5 Mei 2024.
- ^ Wafa Awla (27 April 2024). "Saya pernah jumpa Sarah Yasmine, dia peminat – Meerqeen". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Mei 2024.
- ^ Hazira Hasni (28 April 2024). "Syafiq Kyle doakan saya, saya pun doakan dia – Mimi Lana". Kosmo!. Dicapai pada 5 Mei 2024.
- ^ Astro Shaw [@astroshaw] (2024-05-03). "Dalam masa sejam #Framed dah trending! Korang memang hebat lah!" – melalui Instagram.