Vanidah Imran | |
---|---|
Kelahiran | Vanida binti Imran 8 Februari 1973 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 2 |
Vanida binti Imran (lahir 8 Februari 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri (kini bekas) kepada pelakon Rashidi Ishak[1] yang dikahwininya sehingga perceraian pada 2018. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.[2]
Vanidah merupakan Naib Juara Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.
Kehidupan awal
Dilahirkan di Pulau Pinang, Vanidah dibesarkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pendidikan menengahnya di Convent Bukit Nanas.[3] Beliau mempunyai darah campuran India Muslim dan Jawa.
Kerjaya
Pada tahun 1995, di usia 22 tahun, Vanidah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Pada tahun 1998, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mantera. Vanidah muncul dalam iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak arahan Yasmin Ahmad (Allahyarhamah) yang diterbitkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-41, ia turut dibintangi oleh Ashraf Sinclair (Allahyarham).
Pada tahun 2003, beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Soffi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]
Pada tahun 2004, beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam filem thriler misteri, 7 Perhentian arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.[5] Dua tahun kemudian, Vanidah menjayakan peranan utama Azizah bersama Bob Mercer, Zahim Albakri dan Samantha Schubert dalam filem drama misteri The Red Kebaya arahan Oliver Knott.[6]
Vanidah meminjamkan suaranya bagi watak Normah dan ibu Aziz dalam filem animasi arahan Anwardi Jamil Budak Lapok, yang diilhamkan dari filem Bujang Lapok karya P. Ramlee. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Afdlin Shauki, Tony Eusoff, Eja, dan Nasha Aziz membintangi filem drama Sepi arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan pada 26 Jun 2008.[7]
Vanidah memegang watak sebagai Ain dalam filem Temuan Takdir yang ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[8] Bekerja di bawah arahan Syed Hussein, Vanidah mencurahkan pengalaman silamnya dengan menjayakan watak sebagai Suraya dalam filem Dendam Azalea. Filem ini mencipta sejarah apabila muncul sebagai filem Malaysia pertama yang tidak ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan secara eksklusif di Netflix.[9]
Pada tahun 2020, beliau berlakon dalam satu lagi filem Netflix, Daulat dengan memegang watak sebagai Suri.[10]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2015.[11][12] Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Ke-61 universiti itu pada 12 Mac 2022.[13]
Ibu beliau, Shariffah Bee Abdul Majid telah meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.[14][15]
Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan.[16] Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut[17] selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.[18]
Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama[19] dan enggan mengulas mengenai hal tersebut.[20][21] Walau bagaimanapun, ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: "Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,".[22][23]
Beliau berkahwin dengan jurutera, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.[24]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Putera | Puteri Balkiss | Filem pertama |
1996 | Cinta Metropolitan | Nurul | |
1998 | Badai Mantera | Noraini | |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Mustika | |
2001 | Cheritera | (suara) | |
2002 | KL Menjerit | Isteri Mustaffa | |
Mami Jarum | Shiqah | ||
2003 | Mami Jarum Junior | ||
2004 | Makar | Syamiza dan Kartini | |
Tujuh Perhentian | Mira | ||
Hingga Hujung Nyawa | Aliana | ||
2006 | The Red Kebaya | Azizah | |
2007 | Budak Lapok | Normah (suara) | |
2008 | Akhirat | Nurin Amira | |
Histeria | Ustazah Fauziah | ||
Sepi | Ilyana | ||
2009 | Setem | Alliyah | |
Papadom | Profesor Balqis | ||
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Cik Amy | |
Magika | Mahsuri | ||
2011 | Misteri Jalan Lama | Old Lady / Queen Devata | |
2012 | Untuk Tiga Hari | Ujie | |
Pontianak vs Orang Minyak | Gadis Kampung 1 | ||
2013 | Papadom 2 | Profesor Balqis | |
Arka: Raja Haji | |||
Pantang | Juga sebagai pengarah dan penulis; filem pendek | ||
2014 | Ophilia | Mak Uji | |
2016 | Temuan Takdir | Ain | |
2018 | One, Two, Jaga | Rozita | |
Kalla: Hidup Atau Mati | Serina | ||
Orang Itu | Guru Besar | ||
2019 | Till Death: Azalea's Wrath | Suraya | Ditayangkan eksklusif di Netflix |
2020 | Daulat | Suri | |
2021 | Tarantula X | Rahayu Rahman | |
2022 | Juang | Dr. Siti | |
Daddyku Gangster | Leha | Penampilan khas | |
2023 | Maryam Pagi Ke Malam | ||
Imam | Rubiah | ||
Sumpahan Malam Raya | Datin Sherry | Penampilan khas | |
2024 | Harimau Malaya: The Untold Journey | Maimon | |
Reversi | Hazirah | ||
2025 | Padang Kertas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1997 | Kiambang Bertaut | TV3 | ||
1999 | Lis | Lis | TV1 | |
2000 | Salam Taj Mahal | Aisyah | TV3 | |
2002 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Teh Rahayu | Episod: "Teh Manis" | |
2010 | 8 Bulan | Linda | ||
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Khadijah | Astro Oasis | Episod: "Susuk Marabbah" |
2013 | What If | Dr. Riana | 8TV | |
2017 | Mandatori | Dr. Asmah | Astro First Eksklusif | 6 Episod |
2018 | Ramadan Dan Hamdan | Penjual Kuih | TV3 | |
Mocha Kau Bahagia (Musim 2) | Kakak Melur | |||
2021 | Cheritera | Nenek Kebayan | TV9 | |
2022 | Kudeta | Mariam Imran | Astro Ria | |
2023 | Malam Zulaikha | Wangi | TV3 | |
Alter-Naratif | Dr. Alya | Viu | Penampilan khas | |
From Saga With Love | Kathy | |||
2024 | Framed | Sara | Astro Premier | |
Nafsu | Marina | Viu |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1991 | Mahligai Impian | VCD | |
1998 | Bayangan Wajahmu | TV3 | |
1999 | Impian Suraya | ||
Minah Meenachi | TV3 | ||
2002 | Pondok Buruk | Rina | Astro Ria |
2003 | Pondok Buruk 2 | ||
Neon | Pelanggan Stesen Minyak I | VCD | |
Suri Rumah | Salina | ||
2009 | Sebuah Keranda Kayu | Mariam | Astro Prima |
2011 | Dendam Maya | Zarina | Astro Citra |
2012 | Pelarian | TV3 | |
2013 | Poskad Dari Switzerland | TV AlHijrah | |
2015 | Kerana Lemang | TVi | |
Rekah | Laila | TV2 | |
Wan Embong | TV9 | ||
2016 | Dari Kerana Mata | Unifi TV | |
2017 | Sinar Cinta | Faridah | TV3 |
Mak Tak Bagi Balik [25] | Rohani | ||
Kismet | Farah | ||
Kasut Bola Pink! | Ibu Nina | Astro First Eksklusif | |
2018 | Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi | Santi | TV2 |
2022 | Semua Tentang Kita | TV3 | |
2023 | Quran Pondok Buruk | Rina | Astro Ria |
Sengkabung | TVS |
Teater
Tahun | Tajuk |
---|---|
1994 | Megat Terawis |
1995 | Anak Tanjung |
1997 | Selendang Umi |
1998 | Laila Majnun |
1999 | Keris Sang Puteri |
2000 | Tun Perak |
Lantai T. Pinkie | |
2002 | Anugerah |
Merdeka, Merdeka, Merdeka | |
2003 | Visits |
2005 | Mo Ho Huan |
2006 | Lantai T. Pinkie, KL |
Wangi Jadi Saksi | |
Lantai T. Pinkie, Ipoh | |
2007 | Nyonya |
2009 | Sirah Junjungan |
Mahsuri | |
Cuci The Musical | |
2015 | Baik Punya Cilok[26] |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Nona | Pengacara | TV3 | |
2023 | Ubi Superstar Live | Isteri Faizal | Astro Warna | Episod: "Takdir & Waktu" |
Anugerah dan pencalonan
Festival Filem Malaysia | |||
---|---|---|---|
Tahun | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
2012 | Untuk Tiga Hari | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
2009 | Setem | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Tercalon |
2008 | Akhirat | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
2007 | The Red Kebaya | Pelakon Wanita Terbaik | Menang |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
1995 | Putera | Pelakon Harapan (Wanita) | Tercalon |
Anugerah Skrin | |||
Tahun | Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
2007 | The Red Kebaya | Pelakon Wanita Terbaik (Filem) | Menang |
2000 | Minah Meenachi | Pelakon Wanita Terbaik (Drama) | Tercalon |
1999 | Perempuan Melayu Terakhir | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
Rujukan
- ^ Ranjau perkahwinan 15 tahun Utusan Malaysia (14 Mei 2015). Diperoleh pada 2 Ogos 2015.
- ^ Vanida Imran Pengacara Nona Tahun 2011 Ganti Maya Karin Cikyam. Dicapai pada 1 Januari 2012.
- ^ Actress finds comfort in the heart of the city The Star Online (16 Ogos 2008). Diperoleh pada 2 Ogos 2010.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ 7 Perhentian (2004) Filemkita.com. Diperoleh pada 24 Februari 2010.
- ^ "Kebaya berdarah The Red Kebaya". Utusan Malaysia. 28 November 2006. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.
- ^ Athirah Zulkifli (18 Julai 2016). "Temuan Takdir bukan sekadar filem polis biasa, ia penuh aksi mendebarkan". Intrend. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
- ^ Kenneth Chaw (14 Ogos 2019). Vanidah Imran draws from personal pains for role as mum in Till Death: Azalea's Wrath Star2. Dicapai pada 22 September 2019.
- ^ Azwan Safbri (8 April 2020). "Vanidah Imran 'think tank' politik Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2020.
- ^ Dennis Chua (14 September 2015). "Vanidah Imran graduates in English studies". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-15. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (13 September 2015). "Vanidah Imran bergelut tamatkan pengajian". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2015.
- ^ ""Hilang penat bila tengok skrol" - Vanidah Imran kini bergelar graduan Sarjana Seni Persembahan | Astro Awani". 13 March 2022.
- ^ Zaidi Mohamad (25 Disember 2017). "Ibu Vanidah Imran meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ "Ibu pelakon Vanidah Imran meninggal dunia". Kosmo!. 25 Disember 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
- ^ Maizatul Nazlina (7 April 2017). "Vanidah's suit against manufacturing company to go to trial". The Star Online. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Hafiz Yatim (19 Februari 2018). "Vanida menang lagi lawan syarikat kecantikan". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ Ahmad Johari Mohd Ali (19 Februari 2018). "Ronasutra gagal rayu kes saman pelakon Vanidah". New Straits Times. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
- ^ "Vanidah, Rashidi tidak lagi bersama". Utusan Malaysia. 19 Ogos 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ "Vanidah, Rashidi enggan ulas gosip bercerai". Sinar Harian. 20 Ogos 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Dennis Chua (19 Ogos 2018). "#Showbiz: Actress Vanidah declines comment on divorce rumours". New Straits Times. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (23 Mac 2019). Rashidi, Vanidah bercerai Ogos tahun lalu Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2019.
- ^ Tahir Alhamzah (21 Mac 2019). Rashidi Ishak, Vanidah Imran bercerai Kosmo! (20 Mac 2019). Dicapai pada 24 Mac 2019.
- ^ Sairul Zamri Misrani (7 Julai 2022). "Vanidah Imran kembali bergelar isteri, syukur suami ada persamaan". Kosmo!. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Budiey (article in Malay)
- ^ http://www.budiey.com/teater-baik-punya-cilok-di-istana-budaya/
Pautan luar
- Kelahiran 1973
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan India
- Orang Malaysia berketurunan Jawa
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang hidup
- Alumni Universiti Terbuka Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-20
- Orang dari Pulau Pinang
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia
- Pengacara wanita Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Anugerah Skrin