X-Change: The Bonds Of Blood ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Norhanisham Muhammad (Labu) dengan skrip oleh Lemuel Ong. Dibintangi oleh Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong, Hariz Hamdan, Sadiq M. Jamil Steve Yap, Marissa Yasmin, Angeline Tan, Alvin Wong dan Shweta Sekhon ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 12 Julai 2024 sehingga 13 September 2024 menggantikan Framed.
X-Change: The Bonds Of Blood | |
---|---|
Genre | Keluarga Aksi Jenayah |
Ditulis oleh | Lemuel Ong |
Pengarah | Norhanisham Muhamad (Labu) |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Hisham A. Karim |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Astro Shaw Radius One Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Premier Astro Ria (Episod 1-3 sahaja) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 12 Julai 2024 – 13 September 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Framed |
Diikuti oleh | Projek: Exit |
Sinopsis
Mengisahkan Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.
Pelakon
- Arfie Shah sebagai Khalif
- Joey Leong sebagai Lilian
- Rosyam Nor sebagai Yakob
- Marissa Yasmin sebagai Mariam
- Hariz Hamdan sebagai Qabil
- Sadiq M. Jamil sebagai Capik
- Steve Yap sebagai Detektif Jay
- Alvin Wong sebagai Foong
- Ardini Angeline Tan sebagai Yi Ling
- Shweta Sekhon sebagai Detektif Divia
Penampilan khas
- Sathisvaran sebagai Scout
- Ikhram Juhari sebagai Pegawai Ihsan
- Nadia Aqilah sebagai Rokiah
- Fadilah Mansor sebagai Fauziah
- Bohari Ibrahim sebagai Hisham
- Andy Teh sebagai Ah Seng
- Fimie Don sebagai Yacob Muda
- Adam Tay sebagai Jay Muda
- Farah Ahmad sebagai Bakariah
- Arash Mohamad sebagai Kapten Ibrahim
- Nabil Aqil sebagai Nick
- Rafique Iskandar sebagai Khalif (kecil)
Penerbitan
Menerusi tagline ‘The Bonds of Blood’, ‘X-Change’ merupakan sebuah siri yang menampilkan aksi, jenayah dan romantik, serta mengetengahkan subjek ‘gaya authoritarian’ dalam sesebuah keluarga, iaitu melibatkan peraturan ketat, jangkaan yang tinggi dan kurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak sebagai konflik utama dalam naratif.
Penceritaan menerusi 10 episod ini adalah hasil ciptaan Lemuel Ong, juga selaku showrunner yang sebelum ini mengetuai Unit Kandungan Malaysia untuk Astro Gempak dalam memenangi filem pendek Malaysia, Kampung Malar. Diarahkan oleh sutradara Norhanisham Muhamad atau lebih dikenali sebagai “Labu”, siri ini menyaksikan kali pertama Labu mengarahkan siri premium.
Drama yang penuh debaran ini dibintangi oleh barisan pelakon berpengalaman serta yang meningkat naik termasuk Datuk Rosyam Nor (Yakob), Arfie Shah (Khalif), Joey Leong (Lilian), Hariz Hamdan (Qabil), Sadiq M. Jamil (Capik), Steve Yap (Jay), Marisa Yasmin (Mariam), Angeline Tan (Yi Ling), Alvin Wong (Foong), Shweta Sekhon (Divia) dan ramai lagi.
Ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor dalam naskhah aksi dan lakonan watak utama pertama oleh Arfie Shah. Joey Leong juga tampil buat kali pertama dalam naskhah siri Melayu.
Penerbit Eksekutif ‘X-Change’ juga merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “X-Change mempersembahkan drama aksi, jenayah, romantik pertama Malaysia yang menggabungkan enam bahasa berbeza serta dialek, dengan mengetengahkan isu sosial ‘gaya autoritarian’ dalam sesebuah keluarga. Isu ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat kita dan mungkin ada yang menormalkan gaya tersebut. Kami berharap, ia mampu menjadi topik perbincangan penonton sepanjang drama premium ini ditayangkan. X-Change turut membabitkan kisah percintaan pasangan berlainan latar yang terhalang kerana permusuhan keluarga, dan ini menampilkan himpunan pelakon Malaysia seperti Datuk Rosyam Nor, Steve Yap, Alvin Wong, Arfie Shah dan ramai lagi. Kami harap penonton dapat menerima sebuah lagi drama berkualiti dari Astro Originals ini dan terus memperkukuhkan usaha mengangkatkan cerita-cerita menarik tempatan.”
Pengarah ‘X-Change’, Norhanisham Muhammad (Labu), berkata, “Saya amat bersyukur kerana mendapat kumpulan yang kuat dalam menjayakan siri X-Change ini. X-Change merupakan sebuah naskhah yang mempunyai jalan cerita yang baik. Walaupun berlatar belakangkan aksi, tetapi saya ingin menekankan elemen kekeluargaan yang menjadi aspek utama penceritaan, yakni sesuatu yang bermakna buat semua. Terima kasih kepada semua yang sudah berusaha sepenuhnya untuk siri ini. Terima kasih juga kepada Astro dan Radius One kerana mempercayai saya sebagai pengarah untuk siri premium Astro Originals baharu ini. Saya berharap X-Change dapat menjadi antara naskhah terbaik, terutamanya naskhah yang bertemakan kekeluargaan”.
Kisah ‘X-Change’ bermula apabila Khalif yang baru tamat persekolahan, ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama kekasihnya, Lilian. Namun apabila bapanya terlibat dalam kemalangan, Khalif terpaksa mengambil alih “bisnes” keluarganya iaitu merompak kedai emas bersama abangnya, Qabil dan Capik. Tanggungjawab Khalif terhadap keluarganya telah mengheret Khalif semakin terjebak dalam dunia penjenayahan sehingga satu rahsia terbesar keluarganya terbongkar.
Selain padat dengan babak aksi, heist dan konflik drama, siri premium Astro Originals ini turut memaparkan kisah cinta berlainan kaum atau interracial relationship antara Khalif dan Lilian, yang ingin membina kehidupan bersama di luar negara selepas tamat persekolahan. Walaupun impian untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di luar negara terhalang oleh kehendak keluarga masing-masing, bibit-bibit romantik yang dipaparkan oleh kedua-dua watak ini memberi sentuhan unik kepada penggemar-penggemar siri romantik, terutamanya kepada generasi muda.
Siaran
Astro mempersembahkan ‘X-Change’, sebuah karya terbitan Astro Shaw yang memaparkan kisah remaja yang terpaksa terlibat dalam perbuatan jenayah keluarganya. Siri premium Astro Originals ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO, serta jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306).