Dato' Firdaus Muhammad Rom bin Harun | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Rembau, Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi Baharu |
Digantikan oleh | Khairy Jamaluddin |
Majoriti | 18,656 (PRU-11) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Chembong | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Mahzan Hamzah |
Digantikan oleh | Muhammad Rais Zainuddin |
Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 2008–2010 | |
Didahului oleh | Zaharuddin Mohd Shariff |
Digantikan oleh | tiada |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 29 April 1950 Rembau, Negeri Sembilan |
Mati | 12 April 2023 Taman Paroi Jaya, Seremban |
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam, Kampung Baru Paroi, Jalan Seremban-Kuala Pilah |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Pasangan | Datin Faridah Kassim |
Anak | 5 |
Kediaman | Taman Paroi Jaya, Seremban |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Firdaus Muhammad Rom Bin Harun(DSNS, PMC, JP), atau lebih dikenali sebagai Firdaus Harun, dilahirkan pada 29 April 1950-12 April 2023 merupakan ahli korporat dan politik Malaysia. Pada tahun 1981 beliau menyertai Permodalan Nasional Berhad dan jawatan terakhir beliau di PNB sebelum bertanding di Pilihanraya Umum Malaysia ke-9 pada tahun 1995 ialah Pengurus Kanan/ Naib Presiden di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Beliau merupakan ADUN Chembong (1995-2004) dan juga Ahli Parlimen Rembau yang pertama (2004-2008). Beliau juga merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Sembilan (2008-2010).
Biodata
Dilahirkan di Kampung Rendah, Rembau, Negeri Sembilan. Firdaus merupakan anak sulung daripada 6 adik-beradik.
Pendidikan
Firdaus memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, pada peringkat rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau, pada peringkat menengah. Kemudian, beliau melanjutkan di Stamford College Kuala Lumpur, Mara Institute of Technology, Malaysian Institute of Management, dan akhirnya di University of Strathclyde, United Kingdom.
Rujukan
- ^ http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=pilihanraya2008&y=2008&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm[pautan mati kekal]
- ^ http://www.mykmu.net/~mykmu/modules.php?name=News&file=comments&sid=6184&tid=428&mode=thread&order=0&thold=0[pautan mati kekal]
- ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm