Satu Titek Di Garisan | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Lakon layar | M. Amin |
Dibintangi | Aziz Jaafar Dayang Sofia Kuswadinata Bad Latiff |
Sinematografi | Hitam Putih |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1973 |
Masa tayangan | 90 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Satu Titek Di Garisan / Satu Titik Di Garisan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1973. Filem Satu Titik Di Garisan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna
Filem Satu Titik Di Garisan mula ditayangkan pada 1973 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Jaafar, Dayang Sofia, Kuswadinata dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Satu Titek Di Garisan diarah oleh pengarah M. Amin pada 1973.
Sinopsis
Selepas 10 tahun, Kamal yang sedang bercuti dari pengajiannya bertemu sahabat baiknya Harun. Kamal telah memperkenalkan teman wanitanya Sofea dan mereka berdua merancang untuk mendirikan rumahtangga selepas Kamal menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran.
Sewaktu Kamal menyambung pengajiannya di universiti, Sofea dan Harun sering bertemu dan keluar bersama. Mereka berdua akhirnya telah berkahwin. Setelah Kamal mendapat tahu perkahwinan mereka, dia membawa diri ke Sarawak.
Walaupun Sofea dan Harun sudah berkahwin, Harun masih meneruskan kehidupan lamanya iaitu berfoya-foya dengan perempuan. Harun mempunyai teman wanita dan selalu menghabiskan waktu dengannya. Kelakuan Harun masih tidak berubah walaupun telah dikurnikan cahaya mata. Mereka berdua sering bertengkar dan pada satu hari Sofea tanpa sengaja telah membunuh suaminya kerana Harun cuba membunuh anak mereka Kamil.
Pelakon
Pelakon Utama
- Aziz Jaafar sebagai Kamal
- Dayang Sofia sebagai Sofea
- Kuswadinata sebagai Harun
- Bad Latiff sebagai Kamil
Pelakon Pembantu
- Habsah Buang sebagai Makcik Sofea
- Shariff Medan sebagai Ayah Norlela
- Rahmah Latiff sebagai Ibu Norlela
- Julie Sudiro sebagai Teman Wanita Harun
- Sharifah Hasnor sebagai Norlela
- M. Shahdan sebagai Pemuda Membaca Suratkhabar
- Aini Jasmin