Kisah Seorang Biduan | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Penulis | M. Amin |
Lakon layar | M. Amin |
Cerita oleh | M. Amin |
Dihasilkan oleh | Deddy M. Borhan |
Dibintangi | Dahlan Zainuddin Ahmad Mahmud Gaya Zakry Dian P. Ramlee Bab Mustaffa |
Disunting oleh | Hashim Hamzah |
Muzik oleh | Ahmad Nawab |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1979 |
Masa tayangan | 102 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Melayu |
Kisah Seorang Biduan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1979. Filem ini dikeluarkan di dalam bentuk filem berwarna.
Pengarah
M. Amin telah bertindak sebagai pengarah manakala Deddy M. Borhan bertindak sebagai penerbit. Antara pelakon utamanya ialah Dahlan Zainuddin, Gaya Zakry, Jeffry Din dan ramai lagi.
Ringkasan
Dell, seorang penyanyi yang kecewa kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan mempertaruhkan nasibnya sebagai seorang penyanyi. Dengan sebuah gitar tua, dia menghadapi pelbagai rintangan tetapi akhirnya berjaya untuk menjadi seorang penyanyi. Di saat kejayaannya, bekas kekasihnya muncul kembali. Dia serba salah walaupun cita-citanya telah tercapai tetapi hatinya masih kecewa.
Pelakon
Pelakon Utama
- Dahlan Zainuddin sebagai Dahlan
- Ahmad Mahmud sebagai Saiful
- Dian P. Ramlee sebagai Ani
Pelakon Pembantu
- Bab Mustaffa sebagai Bob
- S. Zamila sebagai Lina
- Rosnah Abdul Rahman sebagai Rosnah
- Raja Ismail sebagai Mail
- Yahya Sulong sebagai Yahya
- Jeffrydin sebagai Amran
- Sidek Hussain sebagai Ketua Perompak
- Noorizan sebagai Ibu Rahayu
- Aimi Jarr sebagai Wakil Tunas Recording
- Baharuddin Omar sebagai Din
- Osman Botak
Memperkenalkan
- Gaya Zakry sebagai Rahayu
Penampilan Istimewa
- Quinary M (Mazuin Hamzah dan adik beradik) di majlis Harijadi Dell.
- Heavy Machine
Penyanyi
Album Runut Bunyi
Lihat Juga
Pautan Luar
- Kisah Seorang Biduan Diarkibkan 2010-10-31 di Wayback Machine di Sinema Malaysia
- Kisah Seorang Biduan di laman web Filem Kita