Jeffrydin | |
---|---|
Kelahiran | Raden Jeffrydin bin Raden Imbromsoekaman 18 Jun 1947 |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | Jeffydin |
Pasangan | Rashidah Abdullah |
Anak-anak | 3 |
Kerjaya muzik | |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1962-kini |
Yang Hormat Datuk Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin (lahir 18 Jun 1947) merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.
Jeffrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. Beliau selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.
Kerjaya
Kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tanglin Tinggi, Singapura. Jefrydin kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar 1962. Selepas itu Jefrydin bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut. Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat nombor dua manakala Allahyarham M. Osman pula di tempat ketiga.
Selepas itu, Jefrydin menyanyi di majlis perkahwinan bersama Kumpulan Rhythm Boysnya hampir setiap minggu.
Bakat Jeffrydin dicungkil oleh pengurus syarikat rakaman keturunan Cina-Indonesia, Mr Lee yang mendengar beliau menyanyi di majlis kahwin di Singapura. Ketika ditemuduga beliau disuruh memainkan lagu Seruling Bambu dan Fatwa Pujangga dan menandatangani kontrak. Di atas cadangan Mr Lee, beliau menyanyi pula dengan kumpulan The Siglap Five.
Kenangan yang tidak dapat dilupakan Jefrydin ialah apabila Rhythm Boys (sebelum A. Ramlie menyertainya) muncul sebagai Juara Kugiran anjuran Persatuan Pemuda Pemudi Bandaraya Singapura pada 1966 setelah mengalahkan M. Osman bersama The Clans manakala A. Ramlie ketika itu bersama The Ramlie's. Sungguhpun begitu hubungan mereka tetap akrab.
Hingga kini, Jefrydin telah pernah menghasilkan 30 album. Dia bertemu jodoh dengan gadis Pulau Pinang, Rashidah Abdullah, 49, yang juga pengurusnya dan dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Arjuna Mirko, 26, Raden Wira Sukma, 20, serta Raden Ratna Sari Dewi, 15.
Pada 2002, Jefrydin telah dianugerahkan Pingat AMP dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Jefrydin turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [1]
Diskografi
Album
Datuk Jeffrydin merupakan penyanyi Malaysia yang berjaya merakamkan lagu/album di setiap dekad semenjak 1960an hingga 2010an. Beliau berjaya muncul selama 6 dekad berbeza iaitu di era 1960an, 1970an, 1980an , 1990an, 2000an dan 2010an.[2][3]
- Jeffridin & The Siglap Five - Philips (1960an)
- Jeffridin & The Siglap Five - Lucky
- Kabus Di Pagi (1960an)
- Seruling Anak Gembala
- Kenanganku
- Seruling Bambu
- Sendiri
- Jessi 10 Pujaanku (1979)
- Koleksi Kenangan Abadi P Ramlee - Kompilasi (1980)
- Jasamu Di Kenang Vol 2 - Kompilasi (1989)
- Mas Mona 1 (1992)
- Pertemuan (1994)
- Setulus Murni (1995)
- 14 Lagu Pilihan Jeffrydin Penghargaan Artis 60an (1996)
- Tiada Bayangan Cinta (1997)
- Nostalgia Hari Raya Bersama Artis Lagenda (1999)
- Mas Mona II (1999)
- Adekku
- Berjanji
- Gadis Manja
- Kasihku Pergi
- Nada Suci Untuk Mu
- Peristiwa Di Awang Awangan
- Peristiwaku
- Seruanku
- Lagu Lagu Terhebat (2002)
- Debaran Rindu (2013)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1966 | Aksi Kuching | Dirinya sendiri | Filem pertama, pelakon tambahan |
1979 | Penagih Dadah | ||
Kisah Seorang Biduan | Amran |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Les Sekinchan | Dirinya sendiri | VCD | Penampilan istimewa |
Rujukan
- ^ Konsert Pop Yeh Yeh Di Mana Silapnya?
- ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-13. Dicapai pada 2015-11-06.