Aimi Jarr | |
---|---|
Kelahiran | Omar bin Puteh 25 Julai 1939 |
Meninggal dunia | 10 Mei 2011 | (umur 71)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang |
Pekerjaan | Wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. |
Majikan | Utusan Malaysia |
Pasangan | Noriah Ishak |
Anak-anak | 3 |
Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar bin Puteh (25 Julai 1939 – 10 Mei 2011) merupakan seorang wartawan hiburan, pelakon, penolong pengarah, pengarah drama-drama TV, penulis skrip, rencana, dan novel. Beliau juga merupakan sub-penyunting di akhbar Utusan Malaysia.
Beliau sangat rapat dengan seniman agung Tan Sri P. Ramlee dan sering terlibat dalam perbincangan dan pertemuan-pertemuan antara P. Ramlee dengan rakan-rakan rapatnya dalam media. Beliau juga pernah berlakon di dalam beberapa buah filem dan drama dalam siri televisyen khususnya drama-drama arahan dan terbitan Skop Productions milik Datuk Yusof Haslam.[1]
Pencapaian
Allahyarham Aimi Jarr pernah dinobatkan sebagai penulis skrip terbaik semasa Pesta Filem Malaysia pada tahun 1981 bagi filem "Dia Ibuku".
Meninggal dunia
Pada tanggal 10 Mei 2011, Allahyarham Omar Puteh telah meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati pada usia 71 tahun akibat serangan jantung.[2] Sebelum itu, Allahyarham Datuk Omar Puteh pernah menghidap penyakit kencing manis yang tidak serius. Allahyarham Aimi Jarr meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga orang anak, Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40, dan Romy Jarr. Aimi Jarr dikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim Klang Gate, Hulu Klang, Selangor, Malaysia selepas Solat Zohor.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Penulis Skrip | Penulis Lirik | ||||
1977 | Menanti Hari Esok | ![]() |
![]() |
![]() |
— | Runut bunyi |
1979 | Tiada Esok Bagimu | ![]() |
![]() |
![]() |
Zamri | |
Kisah Seorang Biduan | ![]() |
![]() |
![]() |
Wakil Tunas Recording | ||
1980 | Esok Masih Ada | ![]() |
![]() |
![]() |
— | |
Detik 12 Malam | ![]() |
![]() |
![]() |
Cerita asal | ||
Jejak Bertapak | ![]() |
![]() |
![]() |
— | ||
1981 | Dia Ibuku | ![]() |
![]() |
![]() |
— | |
Bukit Kepong | ![]() |
![]() |
![]() |
— | ||
1991 | Juara | ![]() |
![]() |
![]() |
Bos | Penampilan khas |
Memory | ![]() |
![]() |
![]() |
Omar | ||
1992 | Kanta Serigala | ![]() |
![]() |
![]() |
Doktor Psikiatri | |
1997 | Gemilang | ![]() |
![]() |
![]() |
Pengacara | Penampilan Khas |
2003 | MX3 | ![]() |
![]() |
![]() |
En. Omar | |
Gila-Gila Pengantin | ![]() |
![]() |
![]() |
Bapa Aliah | ||
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | ![]() |
![]() |
![]() |
Pembesar Istana II | Penampilan khas |
Gila-Gila Pengantin Remaja | ![]() |
![]() |
![]() |
Badar |
Drama
Tahun | Tajuk | Dikreditkan sebagai | Watak | Saluran TV | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|---|
Pelakon | Penulis Skrip | |||||
1999 | Romeo & Juliet | ![]() |
![]() |
TV3 | Drama pertama | |
2000 | Maria Mariana The Series | ![]() |
![]() |
Ali | ||
2003-2005 | Sembilu | ![]() |
![]() |
— | TV2 | |
2005-2007 | Sembilu Kasih | ![]() |
![]() |
— | TV3 | |
2011 | Pak Kaduk | ![]() |
![]() |
Wan Seman | TV2 | |
Gemilang | ![]() |
![]() |
Umar (tua) | TV3 | Drama terakhir |
Buku
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1962 | "Gelanggang Film" | |
1974 | "Rima Juara Katil" | |
1984 | "P. Ramlee Dari Kaca Mata Aimi Jarr" | |
1985 | "Sepi Itu Indah" | |
1999 | "P. Ramlee Lagenda Yang Terus Hidup" | |
2000 | "P. Ramlee Insan Pesona Seni" | |
2005 | "Malaysian Films: The Beginning" | |
2006 | "Sejarah Awal Filem Melayu" | |
2007 | "Jejak Terbilang" | |
2009 | "Bermulanya Filem Melayu" |
Anugerah & Pencalonan
Tahun | Tajuk | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1981 | Festival Filem Malaysia ke-2 | Lakon Layar Terbaik | Dia Ibuku | Menang |
Rujukan
- ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
- ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.