Hantu Jerangkung | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | K. M. Basker |
Dibintangi | Aziz Jaafar Hashimah Yon |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan | 1957 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Hantu Jerangkung merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1957. Filem Hantu Jerangkung diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Hantu Jerangkung mula ditayangkan pada 1957 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Aziz Jaafar, Hashimah Yon dan ramai lagi.
Pengarah
Filem Hantu Jerangkung diarah dan diterbitkan pada 1957.
Ringkasan
Mak Hitam adalah seorang bomoh, yg telah mati dan dihidupkan semula oleh hantu belaan nya lalu berubah menjadi Hantu Jerangkung. Tujuannya ialah membunuh dan menghisap darah penduduk kampung. Apabila kampung asalnya mempunyai kawalan yg rapi di bawah lindungan seorang pawang, dia dan hantu belaan nya berpindah ke kampung lain. Supaya tidak disyaki orang bahawa mereka adalah hantu, Mak Hitam telah meresap ke dalam badan seorang wanita & menyamar sebagai seorang bomoh.
Pelakon
- Zainon Fiji sebagai Hantu Jerangkung
- Omar Suwita sebagai Hantu
- Habsah Buang sebagai Bomoh Mak Hitam
- Hashimah Yon sebagai Ramlah
- Aziz Jaafar sebagai Musa
- S. Kadarisman sebagai Tok Penghulu
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- Malek Sutan Muda sebagai Tok Pawang
- Siti Tanjung Perak sebagai Milah
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Ibrahim Pendek sebagai Ketot
- H. M. Busra sebagai Buntal
- Kemat Hassan sebagai Madun
- Nyong Ismail sebagai Tok Leman
- Sa'amah sebagai Isteri Tok Leman
- Rosiah Chik sebagai Isteri Tok Penghulu
- Ahmad C sebagai Ali
- Shariff Dol sebagai Saleh
Lagu
Hantu Jerangkung nyanyian Aziz Sattar